Tuesday, December 15, 2009

Lasykar Pelangi- Karya Agung Dekad Ini


Sukar memperoleh karya yang dapat memenuhi kepuasan intelek, ruhi dan emosiku. Tapi kali ini aku tidak dapat menafikan karya agung seorang penulis dari Indonesia...Andrea Hirata...Lasykar Pelangi, betul-betul berjaya memuaskan naluriku sebagai guru, muallimah juga murabbi...

Kisah bermula di daerah Belitong, Ibu Muslimah dan Pak Harfan tekad untuk meneruskan perjuangan mempertahankan satu-satunya sekolah agama di situ. Cukup teruja melihat pengorbanan dua orang murobbi tabah ini...Sekolah Muhammadiyah yang hanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang telah reput di sana-sini dan hampir roboh itu diberi syarat oleh pejabat pendidikan daerah agar mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang pelajar untuk meneruskan operasi. Dan, mereka berjaya memenuhi syarat itu dengan mendaftarkan cukup-cukup 10 orang pelajar.

Ibu Muslimah (Ibu Mus) percaya anak-anak miskin juga berhak mendapatkan pendidikan. Justeru dia tegar setia di Sekolah Muhammadiah meskipun ditawarkan gaji yang lebih lumayan di sekolah milik kerajaan di kota.

Suatu hari, hujan turun sangat lebat. Lantai kelas yang tidak bersimen jadi lecak hingga menyebabkan mustahil untuk meneruskan pembelajaran. Anak-anak yang 10 sepuluh orang itu leka pula bermain dengan kambing di dalam ruang kelas sehingga memburukkan lagi keadaan yang sedia lecak. Lalu Pak Harfan selaku pengetua sekolah mengarahkan Ibu Mus menjalankan proses P&P di luar kelas sahaja. Anak-anak yang sepuluh itu dibawa ke tepi pantai dengan menaiki basikal. Di situ mereka melihat pelangi indah terlukis di langit. Lantas Ibu Mus terus menggelar mereka sebagai Lasykar Pelangi.

Anak-anak Lasykar Pelangi itu terdiri daripada pelbagai latar belakang rakyat miskin di Belitong. Namun mereka punyai keazaman dan tekad yang teguh untuk belajar. Cukup tersentuh apabila membaca semangat Lintang yang sanggup berbasikal sejauh 20 km setiap hari meskipun ada hari-hari tertentu dia hanya sempat menyanyikan lagu Padamu negeri pada akhir waktu sekolah.

Syukur, aku bukan sahaja dapat membaca karya Andre Hirata ini menerusi novelnya malah dapat pula menonton karya ini yang telah difilemkan. Terima kasih kepada Hafiz Aris yang telah menghadiahkan CD filem ini yang dibawa langsung dari Indonesia. Aku syorkan kepada semua murobbi, muallim yang telah atau bakal menjadi, supaya menonton karya agung ini...semoga semangat kita jadi makin tajam untuk terus menyumbangkan bakti kepada agama melalui bidang pendidikan yang kita corakkan sendiri.

Tuesday, December 8, 2009

Abi Kini di Dalam Saff Kepimpinan JIM Pusat



4-6 Disember lalu, kami sekeluarga bermusafir ke Kuala Kangsar sempena PPN & PPWN 2009. Tahun ini tahun pemilihan. Kali ini aku pergi bukan sebagai perwakilan mahupun pemerhati, tetapi sekadar menemani suami tercinta yang tercalon untuk pertandingan jawatan AJK Pusat (juga Penolong S/U tetapi telah menarik diri)sambil-sambil buka gerai buku-buku tarbawi dan JIMedia. Seronok sungguh bertemu aktivis JIM yang sentiasa bersemangat dalam aktivitas dakwah. Pelbagai relung pemikiran, gaya dan penampilan tetapi masih berkongsi matlamat yang sama atas jalan dakwah. Rindu bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di alam kampus dulu sedikit-sebanyak terubat bila bersua wajah di PPWN & PPN.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Dr Har menjadi Ketua Wanita, kerana selepas ini beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden pula. Semoga semangat Dr Har semasa di sayap wanita dulu akan terus menyala dan berkobar-kobar semasa berada di saff kepimpinan pusat pula. Chaiyyok, Dr Har! Pertama kali dalam sejarah JIM meletakkan seorang wanita di jawatan sepenting Naib Presiden. Semoga suara perjuangan kita akan lebih kuat selepas ini.

Tahun ini bukanlah pertama kali, Abu Itqan bertanding di peringkat pusat. Kalau tak silap, ini adalah kali kedua dia dicalonkan. Sebagai isteri pastilah sokongan 200% untuk dirinya. Namun tak dinafikan kebimbangan menjentik tangkai hati juga. Pasti kesibukannya bertambah 5 kali ganda daripada yang sedia ada. Pastilah semakin kerap kami anak berana ditinggal-tinggalkan..Walau apapun, teruskan langkahmu sayang...teruslah thabat di atas jalan dakwah ini. Jangan menoleh ke belakang lagi. Dan keputusan pemilihan yang diumumkan 6 Disember lalu meletakkan Abu Itqan sebagai salah seorang kepimpinan baru dalam Saff Kepimpinan Pusat. Berikut disenaraikan keputusan pemilihan tersebut:

Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) sesi 2009-2011

Presiden: Zaid Kamaruddin
Timbalan Presiden: Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden:
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
Prof Dr Shahrim Ahmad
Setiausaha Agung: Hj Nahar Md Nor
Penolong Setiausaha Agung: Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Bendahari: Tuan Yaacob Tuan Sof

AJK:
Muhammad Abdullah
Mokri Sabran
Ahmad Jamali Sepihie
Dr Zulfakar Ramlee
Prof Madya Dr Hjh Salwani Mohd Daud
Wan Muhammad Wan Ibrahim
Ahmad Raji Yaakob

Pengerusi Tetap: Ainol Azhar Jamil
Timbalan Pengerusi Tetap: Ibni Khalid Jurait
Pemeriksa Kira-kira:
Jusni Yusof
Wan Suhaimi Wan Sulaiman

Kepada abi/ayang/buah hati pengarang jantungku, tahniah dan selamat berjuang daripada ummi....

Pengalaman pertama kali buka gerai semasa PPN & PPWN juga cukup istimewa. Sepanjang tiga hari bergerai, jumlah jualan mencapai RM 6K! Syukur! Lepas ni bolehlah buka gerai lagi di PPN & PPWN akan datang...seronok bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan semua aktivis JIM yang mengunjungi gerai milikku dan suami. Paling penting, semangat membangunkan business sendiri tambah meluap-luap..tunggulah tahun depan, pelancaran brand terbaru produk kami, IMTIYAZ, Muslim Kids Wear...

Monday, November 30, 2009

Selamat Bertunang Adikku...

11 Zulhijjah, Mak Ija selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Sulaiman...Kami adik-beradik pakat bergotong-royong ramai-ramai. Masak juadah sorang sikit...kenalah pandai2 sendiri. Orang lain bolehlah mengharapkan ayah bonda...tapi kami, sejak dari dulu lagi dah terbiasa berkongsi susah dan senang adik-beradik. Majlis kecil-kecilan diadakan di rumah Kak Yang, kakak sulungku...Dikongsikan di sini foto-foto majlis tersebut...


Berdebar menanti cincin disarungkan..huhu


"Jari yang mano nih, fazza? Semuo jari ekau dah bercincin nih!" Agaknyo itulah yang ditanyo dek bakal omak mentua Ija. haha!


Dari kiri, Sulaiman (tinggi sungguh pak cik nih!), abah, mama, ija, mak cik Hendon dan pak cik Daud. Bakal menjadi sebuah keluarga besar...


Mak Ija bersama-sama Kak Yoi (akulah tu), Ijlal, Naurah & Baby Imtiyaz


Bersama penaja utama, Kak Yang (tudung pink) Naurah dan Mak Opai


Dua orang anak dara Cikgu Halim yang vogue dan melaram habih!


Pasangan pengantin yang sentiasa evergreen..hehe...


Baby Imtiyaz yang cumil!

Wednesday, November 25, 2009

Happy 1st Birthday My Dearest Imtiyaz...

A year ago, on the 26th of November, 2.17 pm, another princess of mine was born into the world...born along with hopes and vision to continue the task of da'wah inherited from the route of Ar-Rasul and Sahabah...this beautiful poem is dedicated for my little Imtiyaz...



I have this little angel. For me she left her wings.
She has no idea how much happiness she truly brings.
She brightens up my days with her smiles and her laughs.
She helps me to remember all the blessings that I have.

Her face, it is so perfect, she's sweet and soft and pure.
Sometimes she can be willful and sometimes she is demure.
She tries her very hardest to please and do what's right.
She gives the greatest hugs from morning until night.

When she sees someone is sad, it opens up her heart.
She wants to do all that she can; she wants to do her part.
She'll squeeze away the sorrow and make me forget about my pain.
She shows me where the sun is when we're hiding from the rain.

I know that Allah must love me, He showed me with His Grace
I knew just how completely when I saw my little Imtiyaz's face.
And in that very moment when she came into my world,
I knew that she was so much more than just my baby girl.

She would be my sunshine, with a sweetness that won't end.
And when she grows up one day she would be my closest friend.
She would be the reason I would always try my best.
For my little angel baby girl would be my greatest test.

When Allah entrusts to you an angel, who has left her wings for you.
Encircle her with love with everything you do.
Let her know God made her, and that He trusts you with her care.
Be sure to make time for special moments with her to share.

And when at night she finally says her prayers and goes to sleep
I Thank Him for my Imtiyaz, and ask for him to always keep
A watchful eye and hand to protect her from this world.
Protect my little Imtiyaz; protect my baby girl.

Wednesday, November 4, 2009

Kisah cinta seorang suami...

Kisah ini dinukilkan berdasarkan kisah benar...

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar..."

Masih adakah lagi insan semulia Pak Suyatno di atas muka bumi ini?? Semoga Allah memuliakan dia dan meletakkan dia dalam kalangan insan yang beroleh rahmat Allah.

Wednesday, October 28, 2009

Happy 3rd Birthday Little Ijlal


My sweet Ijlal is going to be 3 y/o tomorrow (29 Oct)...how time flies...it seems just like yesterday i gave birth to her yet she's now a smart, sweet and loving little sister to Itqan and Imtiyaz...

Little Ijlal, a girl with high spirit, courage and wisdom. How I wish one day she will be someone who's 'Ijlal' (Honour, strong, protective) for Islam and the route of da'wah. Ummi will always pray for you my dear...be strong in heart and iman, Insya-Allah Allah will always be with you...

When times seem too hard to bear & I l feel like giving up...I vision your beautiful face, the twinkle of your eyes and things of such...The bond we created from my womb to the day you were born...Is a mother and daughter bind that can never be torn...With the strength and guidance of Allah and the blessings He pours down from above...I want to be the best mom I can be to you and embrace you with all my love...You are as precious as a flower and as gorgeous as a rose...You have been specially made to the very tip of your nose...You are as sweet as honey; such an innocent young child...You are brighter than any star in the sky every time you smile..I want you to be proud of who you are and strive to be the best...Put forth your efforts to achieve your goals and let Allah do the rest...I will always be your mother first, but I'm also your friend...Your are the most precious gift, that I've ever been given...Happy Birthday dear...Ummi will always be here...for you

Monday, October 19, 2009

Thank you, Rahman!


Rahman Dashuki, anak muridku yang pintar berkarya walaupun asalnya pelajar jurusan sains tulen...sekarang di Mesir melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan...teringat zaman aku sekolah dulu...kerap juga mengirim karya (genre cerpen dan sajak)ke majalah2 dan akhbar arus perdana buat menambah duit poket..hihi..bila time2 terdesak, adalah cek honorarium sampai dari mana-mana syarikat penerbitan buat bayaran karya yang tersiar...bukan soal duit yang utamanya, tapi aku memang gila sastera sejak dari kecik lagi. Jumaat lepas Abdul Rashid, adik Rahman datang menghulurkan senaskah buku kompilasi karya anak2 muda yang bergelandangan di luar negara, antaranya, karya anak muridku yang seorang itulah... Terima kasih Rahman, sebab ingat kat cikgu..nanti bagi address Man, yek? cikgu akan poskan novel sulung cikgu yang bakal terbit tak lama lagi...all d best my dear!

Monday, October 5, 2009

Kapal Terbang dan Mak Uda

Dah dua hari berturut-turut Itqan dan Ijlal nampak kapal terbang melintasi ruang langit Bandar Tasik Puteri. Dan setiapkali itu jugalah Ijlal akan melaung sambil melambai-lambaikan tangan, "Bye, mak uda! Babai...Bye mak uda..." (macam mak uda dia sorg je yg pernah naik kapal terbang! hehe..). Itqan pula akan bertanya ,"Ummi, kenapa mak uda balik Mesir? Kampung mak uda ke?" dan aku pun akan menjawab, "Mak uda belajar".."Owh!" dan Itqan pun akan sama-sama menyertai Ijlal melambai kapal terbang itu sehingga hilang ditelan awan..

Tahun ini, mak uda pulang ke Mesir dengan sebentuk cincin tersarung di jari. Makin hebat dugaan hati yang bakal ditempuhi Mak Uda, makin kuat Mak Uda kena berusaha mendekatkan diri pada Allah. Moga Mak Uda semakin tabah dan matang mengharungi hari-hari di Cairo...

Good luck Mak Uda...semoga berjaya memburu 'Mumtaz'.


Bergambar sekeluarga dengan Mak Uda Fathiyyah


Mak Uda dan mama menembab pipi Imtiyaz...


Dah nak pergi dah..


Lambaian terakhir mak uda semasa memasuki departure hall. Babai..jumpa lagi tahun depan...

Friday, October 2, 2009

G-13th beraya di Tasik Puteri..

Bestnya bila anak-anak murid ingat dan ziarah kita...baru2 ni, generasi-13 Al-Amin datang beraya di rumah. Riuh-endah, penuh rumah...adalah dalam 6 kereta...diorang nih semua masing-masing sedang menyambung perjuangan di IPT dalam dan luar negeri..jazakumullah cikgu ucapkan kepada semua yg sudi berkunjung ke teratak cikgu..tahun depan datang lagi tau? Tak payah tunggu raya pun takpe, rumah cikgu sentiasa terbuka untuk antum..


Banat...6 orang kesemuanya termasuklah mak ndak Itqan, Ijlal n Imtiyaz..


Banin..menjamu selera


Bergambar di depan rumah Abang Wan. Dari kiri (berdiri), Rahman Dashuki, Abdullah Hafidz, Muhaimin Shahriman, Shakir, Ammar Sahrim, Hadi, Muhaimin MK, Asyraf, Basith, Alwi. Dari kiri (duduk), Muhammad dan Harith


Banat: Dari kiri, Wafda, Sabirah, Habsah, Hazimah, Fatimah dan Farah Nadia


Brgambar bersama-sama Abang Wan (yang paling kecik!)

Kalau ada lagi yang nak berkunjung sempena Syawal nih, jemputlah ke rumah. Tapi kena bagitau awal-awal tau..takut cikgu pulak keluar beraya kat rumah orang lain..

Eidulfitri 2009...

Lebih 2 tahun tidak menyambut eidulfitri bersama keluarga di kampung, Alhamdulillah, berkesempatan tahun ini berkumpul dengan semua adik beradik termasuklah Kak Yang yang semenjak kahwin tak pernah berkesempatan beraya di kampung sendiri. Entah bila dapat berkumpul semula seperti ini lagi. Tiqah, selepas ini bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India, Ija pula dapat tawaran buat doctorate di Korea, Kak Yang, kalau sambung buat specialist pula selepas ini pasti sibuk, Ufairrah pula, dah sibuk nak berkahwin...hmm...

Sesekali berkumpul adik-beradik di rumah memang riuh dibuatnya. Ditambah dengan telatah anak-anak dan anak buah...hubungan antara adik-beradik yang memang rapat semenjak kecil menjadikan kami betul-betul memanfaatkan saat-saat indah yang entah bila akan berulang lagi...Anak-anak pula tak melepaskan peluang bermanja dengan atuk wan dan nenek mereka...sampai nak tidur pun, mesti sebelah atuk wan...

Raya tahun ni sempat mengunjungi pusara Tuk Wan Ibrahim, juga menziarahi sanak-saudara di sebelah Kedah...tak dilupakan, anak sepupu baru Nauwal Ash-Fiya' (betul ke ejaan nih? hentam jelah)anak sulung Kak Adik dan Roslan...


Mak Ija dan Ijlal


Bersama abah



Bergambar sekeluarga...yang di tengah, barisan depan tu bibik Kak Yang...vogue mengalahkan cik puan dia pulak!


Bermaaf-maafan dengan mentua


Abi, menantu kesayangan tuk wan!


Gambar keluarga...baby Imtiyaz ngamuk pulak!


Bersama pak-pak dan mak-mak penakan juga sepupu-sepapat sebelah mama


Di hadapan masjid bersejarah, tempat umi dan abi diijabkabulkan!


Si kecil Nauwal...cucu Ngah Man yang ke 11..

Wednesday, September 30, 2009

Calar Hati...

Aku membayangkan bagaimanakah keadaanku kelak andai hidup berseorangan di tengah-tengah kota besar membesarkan tiga anak gadis...pasti hebat cabarannya...aku tanam dalam hati keyakinan dan kekuatan iltizam bahawa aku mampu menongkahnya. aku kuat...hati ini sepejal besi waja yang dibentuk oleh lurah-lurah kehidupan yang pernah aku lalui...

Jangan samakan aku dengan insan lain yang membesar dalam keluarga yang mewah kasih-sayang. Jangan samakan aku dengan insan lain yang hidup dalam keluarga yang kaya perhatian. Aku membesar dalam lakaran garis hidup yang aku sendiri corakkan. pilihannya...aku yang tentukan tanpa pengaruh sesiapa...itu, aku tak pernah kesali kerana setiap yang kutempuh itu menjadikan aku lebih tabah, dewasa dan matang.

Aku telah benar-benar bersedia. Ya...aku sudah bersedia andai itu yang dia inginkan. Sedikitpun aku tidak sedih. Buat apa memupuk duka andai kelak menjadi nanah yang membusuk dalam dada. Biar aku kuburkan sahaja di dasar bumi, tidak akan kutatap lagi...ini, aku terima sebagai tarbiah dari Tuhan. Mungkin setakat ini sahaja ditakdirkan perjalanan hidup aku bersama dia. Dan aku sendiri merasainya, jelas, ketara, bahawa eidulfitri tahun ini adalah eidulfitri yang terakhir disambut bersama.

Aku ingin mengakhiri segala-galanya segera...air mata ini telah lama kering. tidak akan kutitiskan lagi. aku bukan wanita lemah dan itu, aku akan buktikan! selamat tinggal segala-galanya..selamat tinggal!

Ikuti kisah perjalanan seorang wanita tabah dalam novel kedua Ummu Ijlal. Bakal terbit awal tahun depan! Nantikan, ya!

Tuesday, September 8, 2009

Itqan's Hobby..

Four-year-old Itqan can spend hours reading books. She owns a collection of simple wording books, animals encyclopedia, numbers of colouring books and few boxes of flash cards...All are shared with her best friend, Adik (Ijlal). Manage to capture her picture reading during the school break...

An attentive reader, I believe she inherits the reading habit from both her abi and ummi...now little Imtiyaz too has shown the same interest towards books..except that, she's interested more in 'tasting' the book instead of reading it..hoho..

Thursday, September 3, 2009

Good Luck My Dearest Students!

I woke up one morning, feeling dizzy yet still need to be up on feet to prepare for sahur...then, realizing something...made me gasp..Allah, SPM trial begins today!(started on the 2nd of Sept)...it is kind of common when your students are sitting for their examination, the teacher will always has this kinda feeling-of-butterfly-in-my-stomach..

How are you guys doing? Well, this first few days I bet your level of adrenaline is still under control..wait until you see Biology paper (of course constructed by me- the high expectation teacher)...hope that the eye balls will not bulge out of the sockets..hoho...

To my dearest fellow students, I would like to wish the best of luck for your SPM trial...try to do your very best especially for my paper, k? Promise me that all of you will break last year record and make me proud of you...May Allah leads you to success...pass with flying colours and make me the happiest teacher on earth...

Gambatte Kudasai!

Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan Kareem...

Ramadhan mendidik jiwa dan rohani juga menjadi tempoh rehat yang cukup baik bagi sistem penghadaman kita yang tidak henti-henti bekerja sejak 11 bulan yang lalu. Selain daripada puasa secara zahiriahnya, iaitu menahan lapar dan dahaga, puasa juga perlu diperluaskan kepada mental (cara berfikir), emosi (pengendalian dan pengawalannya) dan ruhi.

Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:

a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti pada waktu berbuka?

f. Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakan lah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa pada bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.

g. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabi n yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai- Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya!

Selamat Memburu Lailatul Qadr...

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah..

Kekasihku datang lagi..
Seperti saban tahun yang lalu...
Datang membawa limpahan rahmat...
Juga janji keampunan...
Dan perlindungan dari azab neraka...
Datang dengan kegembiraan..
Segala kebaikan dan kebajikan digandakan...
Segala syaitan dan bisikan thaghut dijauhkan..
Datang dengan hadiah..
Datang dengan hidayah..

Kekasih yang kurindui..
Datang dengan malam Al-Qadr..
Malam seribu bulan..
Temukan aku Ya Allah..
Dengan malam sakti itu..
Temukan aku Ya Allah...

Kekasihku datang lagi..
Dan aku menanti dengan tangan terbuka..
Agar bisa kudakap
erat...rapat..

Ya Allah...
Berkati dan rahmati saudara-saudara seagamaku,
di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, juga di mana jua mereka
bertebaran atas muka bumiMu
dalam Ramadhan Kareem yang penuh barakah ini...

P.S: Salam Ramadhan kepada semua..
Perbanyakkan sedekahmu dalam bulan yang mulia ini
Jangan lupakan anak2 yatim, fakir miskin, mualaf dan mereka yang kurang bernasib baik di sekeliling kita...

Thursday, August 20, 2009

Tuk Wan...Kembali Menghadap Ilahi

Tuk Wan Brahim telah pergi jam 9.30 a.m tadi. Dimaklumkan oleh Abah pagi tadi semasa aku masih di sekolah...sempat bertanya bila Tuk Wan akan dikebumikan, mengenangkan masa yang akan diambil lebih kurang 7 jam untuk kami tiba di Alor Setar dari KL. Abah dengan tenang menyabarkan, tak perlu bergegas kata abah, hadiahkan fatihah untuk Tuk Wan...Kak Yang di Melaka juga tak dapat pulang menziarahi jenazah lantaran tiada doktor lain yang dapat menggantikan tugasannya pada saat-saat akhir...

Terkilan sungguh dalam hati kerana niatku balik beraya tahun ini ingin menziarahi semua sanak saudara termasuklah Tuk Wan yang dah hampir 2 tahun tidak ketemu..nyata niatku tak kesampaian...

Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan dia dalam golongan kekasih-kekasih Allah..

Al-Fatihah..

Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri..Pergi Tak Kembali


3 Ogos yang lalu, Ustaz Asri genap 40 tahun...tidak disangka-sangka, dua minggu tepat selepas ulangtahun kelahirannya, dia dipanggil pulang menghadap Ilahi...terkedu, kelu dan sedih...semua bercampur baur dalam diri...kebetulan salah seorang guru di al-amin mempunyai hubungan rapat dengan Ustaz Asri, sebaik sahaja mendapat berita ustaz Asri rebah di RTM, kami di al_amin terus dimaklumkan walaupun pihak media belum lagi mendapat makluman sebenar...hati rasa enggan mempercayai namun hakikat sebenar harus ditelan...

Beliau adalah antara pahlawan nasyid yang hebat...kuat semangat dan tegar berdakwah menerusi genre nasyid...terlalu besar jasanya...semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan kekasih-kekasih Allah...

Sukarnya mencari ganti insan bersuara emas seperti ustaz...peminat-peminat nasyid pasti merinduinya...Ya Allah, berkatilah ruhnya, ganjarilah dia atas segala usaha dakwahnya, dan muliakanlah dia dan keluarganya...Amin

Thursday, August 13, 2009

Erti Sebuah Kesihatan...



Sihat pada kebanyakan orang bermaksud bebas dari penyakit. Sihat juga dikaitkan dengan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Bagi diriku, sihat itu bermaksud keseimbangan atau equilibrium yang tercapai antara fizikal, mental dan rohani. Yang mendasari kesihatan itu sebenarnya adalah kekuatan pada unsur roh. Apabila rohani sihat, ia akan terpancar pada jasad dan pemikiran. Dalam istilah homeopati (subjek elektif yang kuambil semasa di tahun dua) sakit atau penyakit itu berlaku apabila terjadinya 'untuned of the vital force'. Gangguan pada 'vital force' atau roh akan dimanifestasikan dalam bentuk penyakit.

Masalah orang kita sekarang ini, setiap kali diuji dengan kesakitan atau penyakit, maka ubat-ubatan sintetik itulah yang dicari, ditelan. Ubat-ubat itu sebenarnya bukanlah pengubat kepada penyakit sebenar tetapi hanya memadamkan 'manifestation of the disease'. Kerana itu, perubatan konvensional hanya mampu memadamkan simptom tetapi tidak merawat penyakit itu secara holistik. Malah meninggalkan pula kesan sampingan ke atas organ hati. Dalam banyak keadaan berlaku pengulangan pada penyakit yang sama. Perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana pada dasarnya apabila manifestasi penyakit yang dirawat, bukan penyakit sebenar, maka ia akan timbul pula dalam manifestasi yang lain pada masa akan datang.

Manusia terbina dari entiti fizikal dan rohani. Perubatan konvensional hanya mampu mengubati entiti fizikal tetapi tidak dapat menembusi entiti rohani. Bertuah jika doktor yang merawat turut mentarbiah pesakit tentang rawatan berbentuk ruhi seperti meningkatkan taqarrub kepada al-Khaliq, juga memahamkan pesakit bahawa penyakit itu suatu kaffarah atas dosa-dosanya yang lampau. Jika dia bersabar, maka keampunanlah yang bakal diperoleh. Malangnya, itu semua tidak berlaku. Yang biasa dituturkan oleh para doktor, "Awak habiskan antibiotik ni. Kalau tak baik juga, awak jumpa saya semula. Saya akan perscribe antibiotik yang lebih kuat." Astaghfirullah....seolah-olah hanya antibiotik dia sahaja yang mampu menyembuhkan penyakit si pesakit. Pernah juga aku berhadapan dengan seorang oncologist yang dengan angkuh berkata,"Setakat ni, chemotherapy adalah rawatan terbaik untuk merawat kanser!" Really? Kalau macam tu, mengapa ada pesakit kanser yang mati akibat tidak tertanggung kesan chemotherapy itu atas jasadnya? mengapa pasti berlaku pengulangan kes? mengapa kesembuhan tidak berlaku secara holistik? dia tidak dapat menjawab...

Satu kajian yang pernah dilakukan ke atas pesakit-pesakit kanser mendapati mereka pernah atau sering menghadapi tekanan atau stress yang berterusan, gagal merasai ketenangan dan sentiasa dihambat kesibukan. Jika dikaitkan dengan unsur 'vital force', memang antara tanda gangguan pada 'vital force' ini ialah kegelisahan, keresahan, kesedihan yang berpanjangan, dendam kesumat yang tersimpan juga perasaan kebencian yang meluap-luap. Dan jika berterusan akan menyebabkan 'the untuned of vital force' yang dimanifestasikan dalam bentuk penyakit kronik. Justeru, cara terbaik untuk mengekalkan keseimbangan pada 'vital force' ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah agar hati lebih tenang, rohani lebih damai dan mental terpelihara. Kesihatan itu sebenarnya bermula dari dalam ke luar. Sihat hati rohani, sihat jugalah jasad dan 'akal.

Sesekali diuji dengan kesakitan sebenarnya menjadi ibrah terbaik untuk kita menyuburkan sifat kehambaan dalam diri. Sesungguhnya manusia itu lemah, mengharap pada Tuhannya, dan sentiasa layak diuji...bila sakit, perkara pertama yang dicari sepatutnya bukan ubat tetapi istighfar supaya kita sedar sakit itu dari Allah dan kesembuhan itu juga dari Allah. Lagi sakit diri kita sepatutnya lagi hampir kita kepada Pencipta.

Wednesday, August 12, 2009

Walimatul Urus yang Ummi Impikan..


My dearest Itqan...

Tadi, semasa breakfast ummi bersembang dengan muallimah Bibi Ratna..entah bagaimana, soal kenduri kahwin pula yang timbul...Muallimah Bibi nyata sedih dan kesal dengan masyarakat kita yang masih gemar berhabis-habisan wang semasa majlis kenduri...entah apa yang cuba dicari...kepuasan dunia yang sebentarkah? atau rasa bangga dikagumi oleh para tetamukah? apalah gunanya kegembiraan dan perasaan megah yang hanya muncul sebentar...sedangkan barakahnya hilang lesap dibawa angin...alangkah ruginya...entah bagaimana, ummi pula teringatkan impian walimah itqan yang akan ummi selenggarakan kurang lebih dua dekad dari sekarang (jika usia ummi panjang..)

ummi impikan walimah yang sederhana tapi penuh barakah untuk anak perempuan sulung ummi...pada bulan Ramadhan...hah?pasti orang-orang biasa rasa pelik. Kenapa bulan Ramadhan? tak pernah dibuat orang! sapa kata tak pernah? ramai je ikhwah akhwat sefikrah kita di sebelah Indonesia sana yang menumpang barakah bulan Ramadhan untuk membina masjid. Bayangkan sayang...berapa ganda pahala yang Itqan dan suami bakal dapat kerana bernikah dalam bulan yang mulia ini...jika amalan wajib digandakan 70 kali ganda, menyempurnakan sebahagian dari agama pula...pasti lumayan ganjarannya di sisi Allah...

Kendurinya pula, akan Ummi adakan untuk menjamu para tetamu ketika berbuka puasa. Ya, orang-orang yang menghadiri walimahmu kelak adalah di kalangan orang-orang yang berpuasa...orang-orang berpuasa pula amat dicintai Allah...bukankah memberi makan kepada orang-orang berpuasa itu besar ganjarannya...maka berdoalah orang-orang yang berpuasa itu untuk mempelai, anak dan menantu ummi...doa orang yang berpuasa mudah diterima...itulah bekalan azimat ummi untuk itqan dan suami melangkah ke alam rumahtangga kelak...

dan ummi tidak akan lupa mengundang anak-anak yatim untuk turut memeriahkan walimahmu kelak...kerana cintanya ummi kepada anak-anak yatim...ummi akan pastikan doa mereka mengiringi langkahmu ke alam bahagia...

Memang sayang..cabarannya pasti hebat bernikah pada bulan Ramadhan, tapi percayalah ia akan menjadi tarbiah hidup buat dirimu dan suamimu mendidik kekuatan diri, membentuk keunggulan peribadi, mendahulukan hak Allah melebihi hak diri...pasti Itqan kuat menghadapinya...

Itqan sayang,

Jangan sekali-kali Itqan impikan walimah yang dicemari pembaziran...kerana ummi amat membenci pembaziran sebagaimana ummi membenci syaitan...bukankah membazir itu sahabat syaitan...dan sekali-kali jangan kita mengharapkan duit daripada tetamu-tetamu yang datang...tujuan walimah bukan untuk mengutip keuntungan atau mengumpulkan wang untuk cover kos walimah, sebaliknya walimah itu sebagai tanda kesyukuran terbinanya sebuah masjid atas jalan dakwah...demi melahirkan pewaris perjuangan dakwah...

Itqan sayang,

Ummi bersyukur ditemukan jodoh dengan insan yang jelas fikrah islamiyyahnya...yang ummi yakin akan menyokong setiap usaha ummi merealisasikan walimah yang dilatari syarak, dipenuhi barakah dan dilimpahi dengan doa-doa makbul dari kekasih-kekasih Allah...iaitu mereka yang berpuasa....

Ummi tidak berangan-angan kosong sayang...sebagaimana 6 tahun dulu, sewaktu ummi menelaah buku Kepribadian Muslim dan menjumpai kalimah 'Itqan' dulu, terus ummi bertekad untuk menjadikan kalimah itu sebagai nama kepada bakal anak ummi. Padahal pada waktu tu kelibat abi langsung tak ada dalam fikiran ummi... Alhamdulillah...berjaya menjadi kenyataan...dan begitulah dengan angan2 ummi tentang walimah Itqan kelak...

Bercakap tentang Ramadhan...tak sabar menantikan bulan penuh rahmat itu...dan ummi akan hias rumah kita untuk menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak...

Friday, July 31, 2009

Welcome To Our Family, Hasan Jabeer...


Dia anak manis yang telah menjadi yatim seawal usia setahun...usianya sebaya dengan Itqan, malah dia lahir dalam bulan dan tahun yang sama dengan Itqan. Beza hanya hari..Thanks to Aman Palestin, Itqan, Ijlal n Imtiyaz now have a Palestinian brother, Hasan Jabeer Khalid As-Syantaf. Ummi and abi adopt him from AmanPalestin Orphanage Programme..semoga Hasan akan jadi sekuat abinya yang telah syahid angkara puak Israel laknatullah...Ada kesempatan kita ketemu ya, Hasan? Ummi doakan Hasan sejahtera di bumi Gaza, Ar-Ridhwan dan membesar sebagai mujahid demi memerdekakan bumi Al-Quds..

Kepada sahabat2 di luar sana yang punyai kemampuan, jom sertai program pengambilan anak angkat Palestin anjuran Aman Palestin...sila hubungi nombor 03-89267019 (Aman Palestin)untuk keterangan lanjut. Dengan hanya RM 150.00 sebulan, rebutlah peluang berbakti kepada anak-anak yatim di bumi Al-Quds...bukankah Rasulullah itu kasih akan anak-anak yatim?

RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.

Malah menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Saturday, July 25, 2009

Dulu...Kini..


Itqan & Ijlal dulu...dengan gaya retro


Itqan & Ijlal sekarang..new hair style

Seronokkah Berkahwin??

"Why in the first place you wanna marry me?" soalan yang pernah kutanya kepada suamiku suatu masa dulu...dan jawabnya...jalan dakwah ini terlalu sunyi, dia mahu ada seseorang di sisi menemani, menyokong jatuh bangunnya dan berkongsi susah senang bersama...bunyinya macam terlalu ideal...terlalu sedap pada pendengaran...dan alasan itu sudah cukup untuk aku menerima dia dalam hidupku...

dan aku pula berkahwin kerana ingin memburu syurga...bukankah pintu syurga itu terbuka seluas-luasnya kepada seorang wanita bergelar isteri yang solehah serta taat pada suaminya? Syurga itu mudah bagi seorang wanita, begitu juga neraka...(dan aku terus bermujahadah untuk mencapai tahap solehah itu...bukan senang sebenarnya)

Perkahwinan kami tidak dimulakan dengan cinta yang asyik masyuk...bukan juga dengan siri-siri dating yang kerap...apatah lagi bertukar-tukar SMS yang penuh unsur khayalan dan lagha...perkenalan kami bermula di medan program, dilanjutkan dengan taaruf ringkas di rumah naqibahku sehinggalah ke siri-siri pertemuan dengan keluarga untuk mengatur walimah.

Bagaimana berkahwin tanpa cinta? cinta itu akan lahir sendiri andai benar perkahwinan itu disandarkan untuk mencari redha Allah. Malah cinta itu lebih manis selepas perkahwinan kerana tiada bayangan dosa. Segala-galanya telah halal malah setiap detik masa yang dihabiskan bersama-sama suami atau isteri adalah pahala. seperti yang pernah disampaikan oleh naqibah usrahku dulu, Dr Hafidzah Mustaqim (Kak Peed),"love is a verb not noun. you need action to flourish love." Apabila seseorang itu sudah benar-benar bersedia menyandang gelaran suami atau isteri, tidak salah mencari atau mempelajari cara-cara membajai cinta terhadap pasangan masing-masing. Peringatan: Hanya apabila telah benar-benar tiba masanya. Tak applicable pada golongan remaja yang saja-saja mencari cinta terlarang.

Realiti sekarang tidak seideal yang dibayangkan. Muda-mudi sekarang, menerima gaya hidup berpasang-pasangan itu sebagai sesuatu yang biasa atau normal. Sesiapa yang tiada pasangan atau couple, maka dialah yang dianggap sebagai abnormal. Lantaran itu, berlumba-lumbalah golongan muda-mudi ini mencari pasangan masing-masing. Tak kisahlah latar belakang atau rupa, semua disebat. Janji ada couple. Malah dalam keadaan tertentu, mereka ini turut mendapat pengiktirafan dari ibu bapa masing-masing sehingga ada yang sanggup menghantar dan menjemput anak pergi 'dating'.

Sedar atau tidak, dunia makin maju, manusia pula semakin kembali mengamalkan hukum rimba. Yelah, dalam hukum rimba, mana ada halangan untuk berpasang-pasangan nih. Sunnatullah menetapkan ada musim yang dinamakan mating season atau musim 'mengawan' untuk para haiwan ini. Semuanya berdasarkan gerak fitrah. Para haiwan bebas memenuhi tuntutan fitrah masing-masing tanpa melalui sebarang ikatan perkahwinan. Berbeza dengan manusia yang pernah disebut sebagai makhluk sebaik-baik kejadian dalam Al-Quran. Allah mengangkat taraf manusia dengan menggariskan hukum-hukum yang membezakan kita daripada makhluk lain. Taraf itu akan menjadi rendah serendah-rendahnya jika hukum Allah itu dilanggar.

Sebagai peraturan hidup yang syamil dan sempurna, yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau bagaimana sempurnapun undang-undang itu.

Nyatanya, kebahagiaan sesuatu perkahwinan itu bukan ditentukan dari gahnya majlis kenduri atau hebatnya penampilan sang mempelai mengenakan busana memukau tetapi sejauhmana pasangan itu mampu meletakkan keutamaan terhadap hukum-hakam Allah melebihi adat dan ukuran pangkat. Amat malang jika pada peringkat perkenalan sudah dicemari maksiat, semasa tempoh pertunangan pula tegar melanggar batas-batas yang ditetapkan Allah, malah majlis perkahwinan pula dilatari dengan pembaziran dan riak yang melampau-lampau. Di manakah barakah yang ingin dibawa ke alam rumahtangga kelak? Tanpa barakah, tiadalah kebahagiaan. Rumah yang luas pun terasa sempit. Bertemu rasa gelisah, berjauhan pula dibayangi syak wasangka....

Apabila terfikir untuk berkahwin, jangan dibayangkan perkara yang seronok-seronok sahaja. Kerana jika niat berkahwin hanya untuk menghalalkan yang haram sahaja, maka setelah diperoleh apa yang diniatkan itu, mulalah perasaan jemu bertandang di hati. Berkahwinlah dengan visi yang lebih jauh, lebih soleh...berkahwinlah dengan niat menambahkan jundullah-jundullah yang bakal berjuang menegakkan agama Allah...berkahwinlah kerana ingin mencari redha Allah...berkahwinlah kerana ingin mengangkat martabat seorang wanita dan berkahwinlah kerana kahwin itu sunnah Rasul..

Friday, July 24, 2009

Kesibukan yang telah berlalu...

Cepat sungguh minggu ni berlalu...tak perasan..tup2 dah hari Jumaat..sibuk tersangat sibuk sampai tak perasan waktu breakfast sebenarnya dah masuk waktu lunch...minggu ni je dua orang nazir kawasan datang cek pentaksiran kerja kursus yang aku handle. Geografi for PMR dan Bio for SPM. Tak menang tangan dibuatnya...

Macam-macam gaya bila tengok cikgu-cikgu ni kena taksir...ada yang kool dan relax (aku ler tu)...apa-apa yang dikomen dek nazir, telan je lah...tak luak apa pun...ada jugak yang panik dan kelam-kabut...macam nak terbalik bilik guru dibuatnya...macamlah pentaksir dia sorang je yang nak datang...relaks ler...bawak bersabar...bertenang-tenang itu dari malaikat...berkalut-kalut itu dari syaitan..

cuma satu je aku nak tegur, jangan halang kerja-kerja orang lain semata-mata sebab nak siapkan kerja kita. harta kat bilik guru ni, milik bersama, jadi, tak perlulah conquer dan buat macam harta sendiri...

syukur...pentaksiran Bio berjalan lancar...takde komen negatif...semuanya positif...lega semuanya telah berlalu...selepas ni nak tumpu pada trial spm pulak...macam manalah result anak2 aku ni nanti...tengoklah...

Tuesday, July 14, 2009

Tahniah...Anak-Anakku!

Ya...mereka makin dewasa...makin mantap dan sudah mampu mencorak aliran pemikiran mereka sendiri...jika dulu mereka tercari-cari panduan untuk membentuk jati dari dan keterampilan agar mampu melempar hujah, menerjah idea lawan...kini, mereka sudah boleh dibiarkan meniti jalan mereka sendiri...buktinya, mereka adalah JUARA debat bagi Kejohanan Debat Antarabangsa Musleh 2009 (bagi kategori Bahasa Melayu. Kategori Bahasa Inggeris mendapat Naib Johan)...tahniah diucapkan kepada barisan pendebat SMI Al-Amin, Gombak yang telah menjulang nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa....gambatte!

SMI Al-Amin Gombak vs SMI Hidayah JB di pusingan akhir debat B.M. Buku bertemu ruas??



SMI Al-Amin Gombak vs Seri Ayesha final debat B.I


Yang Amat Berhormat PM Khalilah Al-Huda...cool and steady semasa membentangkan hujah perdana..

Monday, July 6, 2009

Luka di luar nampak berdarah...Luka di hati hanya Allah yang tahu..


Ijlal dengan imej pesakit...macam best je kena bandage kepala...


Kesian...Ijlal

29 Jun 2009,

Seperti biasa Ijlal datang ke sekolah ummi bersama-sama abi, along Itqan dan baby Imtiyaz...berlari-lari, riang ria...ummi tunggu bawah kanopi depan pejabat sambil bersembang dengan Kak Liner, ibu kepada salah sorang pelajar al-amin...

Abi kata nak ke kantin sekejap. Abi dahaga. Nak beli air. Ummi kata, okeylah. Ummi tunggu abi kat sini. Tengah ummi leka dengar Kak Liner bercerita pasal anaknya yang sibuk bertanding MPP di universiti, dengar abi menjerit-jerit..."Ayang! Ayang! darah!" Ummi berpaling...terasa hati ummi bagai disiat-siat melihat darah mengalir laju...melumuri wajah kecil Ijlal...terus ummi berlari, sempat pas baby pada Kak Liner...peluk Ijlal...waktu tu dah tak ingat lagi tentang baju atau tudung...darah Ijlal terus membuak-buak, mengenai tudung ummi...ummi cempung Ijlal bawa ke dalam pejabat, baringkan atas riba...sempat capai gauze dalam almari ubat...mujur ada cikgu normah bawakan ubat...

ummi nangis sambil bersihkan luka Ijlal...sedihnya hati lihat Ijlal luka sampai muka dan baju berlumuran darah...Ijlal berhenti nangis bila tengok ummi nangis...lain kali adik jangan lari, ye sayang...adik jalan elok-elok ye...jangan lari lagi...Ijlal angguk-angguk kepala...sebak rasanya bila tatap wajah Ijlal..sayu...

Abi cerita, Ijlal jatuh masa nak ikut abi ke kantin...tak ada siapa nampak Ijlal jatuh...abi dengar Ijlal menjerit, bila abi toleh, Ijlal dah bangun sendiri cari abi...darah mengalir laju, habis masuk dalam mata kanan, hidung...

Selesai cuci luka, ummi tukarkan baju Ijlal. Abi terus bawa ke GMC. Kes kecemasan, Ijlal terus dibawa masuk ke bilik dressing walaupun ramai pesakit yang menanti waktu tu...Ijlal taat je bila doktor baringkan atas examination bed..."luka tak dalam..shallow cut.."doktor bagitahu...syukur, tak perlu jahit..doktor cukur sikit rambut Ijlal, letak sterile strip dan bandage untuk kurangkan bengkak..

Alhamdulillah..semoga tak ada kecederaan dalaman...balik tu sempat singgah rumah cikgu Alia...anak cikgu Alia pun luka di kepala kena langgar kereta masa pulang dari sekolah. kena 6 jahitan...lagi kesian...

Bila anak2 sakit, luka atau cedera, hati ummi lebih lagi sakit, luka atau cederanya...sakit kerana merasakan kesakitan yang ditanggung anak2 ummi, luka kerana merasakan luka anak2 ummi dan cedera kerana merasakan kecederaan anak2 ummi...cuma di luar ummi harus nampak kuat supaya semangat anak-anak ummi terus kuat...

Biarlah ummi diuji dengan pelbagai dugaan asal sahaja ia bukan kesakitan pada anak-anak ummi...

Dan hari ini...Ijlal kembali berlari-lari di sekolah ummi...

Monday, June 29, 2009

Imtiyaz dan kenakalannya...


Dalam bas bersama-sama Ummi ikuti rombongan muallimah SMI Al-Amin ke Cameron Highland


Berlagak manje...


Imtiyaz sudah makin lasak sekarang nih..dah kuat mengusik kakak-kakaknye...semalam je dah banyak kali Imtiyaz kacau along Itqan dan angah Ijlal tido...Imtiyaz tarik rambut suruh bangun, Imtiyaz panjat pinggang along, Imtiyaz cium-cium pipi angah...akhirnya, abi cempung Imtiyaz bawak tido kat bilik ummi...hari-hari di sekolah pasti hari-hari yang dilalui dalam rindu pada Imtiyaz...cepat besar ye sayang!

Thursday, June 25, 2009

Kematian yang Kunantikan...

Pernah dengar lagu Menanti Di Barzakh, dendangan kumpulan Far East? Pertama kali dengar lagu itu terasa hati bergetar...rasa menggigil seluruh badan mengenangkan bagaimanakah keadaanku ketika menghadapi alam barzakh kelak...Allah...Allah...Allah...adakah aku juga akan menjadi seperti subjek dalam lagu itu yang merayu-rayu minta dikembalikan semula ke dunia...Argh! terasa sungguh ralat...

Sepanjang 28 tahun menghirup udara di bumi Allah ini, tak tahulah amal ibadah yang manakah dapat menyelamatkan aku dari seksa kubur mahupun azab neraka...Allah...Allah...Allah...hanya rahmat Allah yang benar-benar dapat menyelamatkan diri yang lemah lagi jahil ini...entah segunung dosa yang pernah aku lakukan, aku sendiri tidak pasti...entahkan tiada satupun catatan amalanku yang diterima...juga aku kurang pasti...Allah...Allah...

Satu majlis pengkebumian yang paling aku ingati sampai kini ialah ketika ibu angkatku yang kupanggil Wa meninggal dunia...lebih tiga tahun lalu...berita kematian Wa aku terima ketika sedang berada di sekolah. terasa lemah segala sendi, aku tergamam tambah pilu...insan yang mengasuhku ketika kecil sudah diambil Allah...aku bergegas pulang ke Rembau dengan suami. Saat itu Ijlal masih lagi dalam kandungan....dari ketika jenazah dimandikan, dikapan, disolat dan disemadikan dalam lahat, aku ikuti meski hati direnggut seribu satu rasa yang sukar diungkap...saat mencium dahi Wa yang sejuk dingin, masih lagi terakam dalam mindaku...

Tiga malam tidurku tidak lena selepas menghadiri majlis tersebut...terjaga di tengah malam, berpeluh dingin, menggigil segenap tubuh...bukan sedikit air mata yang tumpah...bukan kerana takut tapi mengenangkan bagaimanakah keadaan Wa ditinggalkan sepi dalam kubur...kubur yang zulmat...namun, aku percaya Wa tenang dalam persemadian...aku cuba meletakkan diriku di tempat Wa...ditinggalkan bersendirian dalam liang lahat yang gelap, sunyi dan sempit......saat kaki anak-anak dan kerabat melangkah meninggalkan tanah perkuburan maka, Munkar dan Nakir pun tampil melontarkan persoalan demi persoalan...bersediakah aku menjawabnya? Allah...Allah...Allah...

Mungkinkah amalanku akan muncul dalam wajah indah dan harum atau mungkin muncul dalam wajah buruk dengan bau busk yang meloyakan?? persoalan yang sukar dijawab. tiada satupun ramalan yang tepat dapat menggambarkan keadaan sebenar di alam kubur kelak...

Mati itu sakit...ibarat dikupas kulit dari jasad hidup-hidup...hanya ihsan dan rahmat Allah dapat melepaskan kita dari seksa kematian...lebih penting lagi menyelamatkan kita dari azab di kubur, di Masyar mahupun neraka...bagi orang-orang yang beriman, para syuhada', pejuang agama yang terpilih, kubur itu ibarat taman dari taman-taman syurga. Maka bergembiralah dan bahagialah mereka di sana sementara menanti dibangkitkan pula pada yaumul hisab kelak. Setelah bersusah payah di dunia, berpenat lelah dengan amal dan ibadah, kubur menjadi tempat rehat yang nyaman bagi mereka. Tetapi, bagi orang-orang fasik, dan musyrik, kubur itu ibarat lubang dari lubang-lubang neraka yang mengerikan. Maka duduklah mereka dalam azab sehingga dibangkitkan pula untuk menerima azab yang lebih pedih di akhirat nanti.

Ya Tuhanku, seandainya aku dipanggil menghadapmu kala waktu terdekat ini, izinkan aku pergi dalam keadaan sedang berbakti untuk agamaMu...dalam perjuangan dakwah yang suci...jangan Kau panggil aku dalam keadaan aku sedang leka dengan hiburan dunia atau lalai dalam lagha...Ya Rabb, terlalu sedikit amal ibadahku, terlalu kurang sedekahku, solatku...entah diterima entah tidak..puasaku, entah mencapai piawaianMu entah tidak...lalaiku, lebih banyak dari insafku...ingkarku, lebih banyak dari taatku...Allah...bagaimanakh nasibku ketika menghadapMu kelak? Entahkan Engkau sudi memandang wajahku entahkan tidak...Allah...Allah..

Menanti Di BArzakh
Kumpukan Far East


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Di Muka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Tuesday, June 2, 2009

The Enchanted 3rd of June...


Happy 5th anniversary, my darling!
All I am is yours, as you are mine.
Perhaps the years erode the boundary line;
Perhaps the fortune fades into the feeling.
Yet we are will, though often not quite willing,
As this year's choice becomes the next year's wind.
Nor without love could we endure the time
Needed to bestow so great a blessing.
In choosing love, unburdening desire,
Viewing passion as a gift to give,
Embracing as we long to be embraced,
Remaining where we would someone remain:
So do we tend both equally the fire
As each becomes the one one needs to live,
Replacing what can never be replaced,
Yearning for what comes again, again.
Thank you for the 5 happening years.
Happy anniversary my dear...

Monday, May 25, 2009

On Children




Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life's longing for itself.
They come through you but not from you,
And though they are with you yet they belong not to you.

You may give them your love but not your thoughts,
For they have their own thoughts.
You may house their bodies but not their souls,
For their souls dwell in the house of tomorrow,
which you cannot visit, not even in your dreams.
You may strive to be like them,
but seek not to make them like you.
For life goes not backward nor tarries with yesterday.

You are the bows from which your children
as living arrows are sent forth.
The archer sees the mark upon the path of the infinite,
and He bends you with His might
that His arrows may go swift and far.
Let our bending in the archer's hand be for gladness;
For even as He loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable.

by: Kahlil Gibran

Thursday, May 21, 2009

Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban.

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina. Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.

INFO: Alzheimer

· Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

· Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

· Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

· Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

· Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

· Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

· Menjadi punca keenam kematian utama.

Sumber: Berita Harian Online, 26 Jan 2009, di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090125083312/Article/

Monday, May 18, 2009

Bahagia Hati Seorang Murobbiah...


Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya berjaya..

Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya ceria...

Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya rajin sms ini itu...

dan, bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya ingat padanya selalu...

Terima kasih tak terhingga kepada pelajar-pelajar cikgu yang mengingati, mengirim ucapan sempena hari guru yang lalu...

Their sweet messages:


Fathy Nabila Najla:
Selamat Hari Guru...syukran atas sgl tunjuk ajarmu selame ni..doakan fathy ye spy dipermudahkan dan dapat jawab exam 30 juz minggu depan.


Yes, my dear...cikgu doakan hanya yang terbaik untuk Fathy


Abdullah Hafidz Gazali:
Salam. Terima kasih atas sgl doa, ilmu & jasa yg dicurahkan. Hanya Allah yg lyk mblsnya.Moga dipanjangkan umur dalam ketaatan & keberkatan. Doakan ana bjy dunia akhirat t'utamanya dlm final exam minggu depan.

Semoga Allah kurniakan kejayaan pada Hafidz seperti yang diharapkan..

Syafiqah Afdzal:
Slmt Hari Guru. I luv u so much. doakan ana kat dq ni cikgu!

Ya..cikgu doakan. luv u too hihi!

Syifa' Kamarudin:
Slmt hari guru cikgu. Syifa' ni

Ya, sayang...tq my dear

Nabil Afham:
Guru bukan mcm papan skate..
Belum main, gilap
Dah main, pijak
Guru bukan mcm bola sepak..
Belum main pegang,
Dah dpt tendang..
Guru bukan mcm bulu tangkis...
Belum main, pegang,
Dah main, pukul.
Guru IBARAT mcm bola ragbi...
belum dapat, rebut...
Dah dpt, lindungi...
SELAMAT HARI GURU..


Yolah tu..tak mahu cikgu jadik bola ragbi..hihi..nyway, thanks for the wish

Nurazah Fathirah:
Salam Heppie Teacher's Day!
Jasamu dikenang selalu
Moga Allah Merahmatimu


ok..tq dear

Nurfatmah Nabilah
Terima kasih guru, kerna hulur tanganmu. Ku menghargai setulus jiwaku...Bicaramu guru kanku ingat slalu, mjadi azimat, hingga ke akhirnya...syukran.

thanks dear...

Asyraf:
Assalamualaikum, Selamat Hari Guru, Cikgu.

thank you for the wish...

Wardah Soberi:
assalamualaikum cgu!.. selamat hari guru. terima kasih atas segalanya.. p/s:i miss bio class dgn cgu.. hehe

Miss u too my dear...tq


Fathiyyah (my sis in law):
salam kak.Selamat HAri Guru!
Tq sayang...

Syazana:
Selamat Hari Guru cikgu! :)
Tq my dear...

Diana KB:
selamat hari guru ! lagu best! =)
Thanks sweetheart!

Abd Rahman Dashuki:
salam cikgu...selamat hari guru..sorry la sikit ucap..hehe..apa2 pun thank you very much for being my gud teacher.doakan kejayaan ana didunia dan akhirat ye

Insya-Allah...cikgu doakan Man berjaya jadi doktor muslim yg berbakti...thanks 4 d wish..

Pelajar-pelajar ini ada yang sudah bertebaran serata muka bumi dan ada juga yang masih di SMI Al-Amin...suatu masa nanti bila mereka sudah semakin menghampiri kejayaan, cikgu pula semakin menghampiri saat tua...harapan cikgu semoga antum semua menjadi pewaris du'at...terus memakmurkan dunia dengan risalah Islam yang hak...luv u and miss u all...