Tuesday, July 14, 2009

Tahniah...Anak-Anakku!

Ya...mereka makin dewasa...makin mantap dan sudah mampu mencorak aliran pemikiran mereka sendiri...jika dulu mereka tercari-cari panduan untuk membentuk jati dari dan keterampilan agar mampu melempar hujah, menerjah idea lawan...kini, mereka sudah boleh dibiarkan meniti jalan mereka sendiri...buktinya, mereka adalah JUARA debat bagi Kejohanan Debat Antarabangsa Musleh 2009 (bagi kategori Bahasa Melayu. Kategori Bahasa Inggeris mendapat Naib Johan)...tahniah diucapkan kepada barisan pendebat SMI Al-Amin, Gombak yang telah menjulang nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa....gambatte!

SMI Al-Amin Gombak vs SMI Hidayah JB di pusingan akhir debat B.M. Buku bertemu ruas??



SMI Al-Amin Gombak vs Seri Ayesha final debat B.I


Yang Amat Berhormat PM Khalilah Al-Huda...cool and steady semasa membentangkan hujah perdana..

3 comments:

Khalilah Alhuda said...

hmm,
bila debat, mesti igt cg Arash,
cg lah insan yg memperkenalkan ana dengan dunia debat..
jasa cg xkan pernah dapat dibalas..

bila, kami JUARA,
bila kami BERJAYA,
siapalah kami tanpa CIKGU..
kalau bukan kerana cg DAHULU,
kami bukan begini KINI...hehe

apa2pun,
terima kasih cg!!

Anonymous said...

tumpang bangga & gembira. Go Al Amin Go!

ummu ijlal said...

to khalilah:

ye..sama2..debate is part of my life...dah lama tinggalkan alam kampus dan alam debat, tapi semangat tu masih ada..tu yang turunkan pada anak2 murid pulak...hahaha...yang selalu jadi regu debat skrg ni sapa lagi kalau bukan abg wan...hehe

to kak anfaal:
al-amin meniti kegemilangan debat...ibrahnya, jaga hati bila dianugerahkan kemenangan, ajar diri bersyukur kerana semuanya dr Allah. Al-Amin d best!