Tuesday, December 15, 2009

Lasykar Pelangi- Karya Agung Dekad Ini


Sukar memperoleh karya yang dapat memenuhi kepuasan intelek, ruhi dan emosiku. Tapi kali ini aku tidak dapat menafikan karya agung seorang penulis dari Indonesia...Andrea Hirata...Lasykar Pelangi, betul-betul berjaya memuaskan naluriku sebagai guru, muallimah juga murabbi...

Kisah bermula di daerah Belitong, Ibu Muslimah dan Pak Harfan tekad untuk meneruskan perjuangan mempertahankan satu-satunya sekolah agama di situ. Cukup teruja melihat pengorbanan dua orang murobbi tabah ini...Sekolah Muhammadiyah yang hanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang telah reput di sana-sini dan hampir roboh itu diberi syarat oleh pejabat pendidikan daerah agar mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang pelajar untuk meneruskan operasi. Dan, mereka berjaya memenuhi syarat itu dengan mendaftarkan cukup-cukup 10 orang pelajar.

Ibu Muslimah (Ibu Mus) percaya anak-anak miskin juga berhak mendapatkan pendidikan. Justeru dia tegar setia di Sekolah Muhammadiah meskipun ditawarkan gaji yang lebih lumayan di sekolah milik kerajaan di kota.

Suatu hari, hujan turun sangat lebat. Lantai kelas yang tidak bersimen jadi lecak hingga menyebabkan mustahil untuk meneruskan pembelajaran. Anak-anak yang 10 sepuluh orang itu leka pula bermain dengan kambing di dalam ruang kelas sehingga memburukkan lagi keadaan yang sedia lecak. Lalu Pak Harfan selaku pengetua sekolah mengarahkan Ibu Mus menjalankan proses P&P di luar kelas sahaja. Anak-anak yang sepuluh itu dibawa ke tepi pantai dengan menaiki basikal. Di situ mereka melihat pelangi indah terlukis di langit. Lantas Ibu Mus terus menggelar mereka sebagai Lasykar Pelangi.

Anak-anak Lasykar Pelangi itu terdiri daripada pelbagai latar belakang rakyat miskin di Belitong. Namun mereka punyai keazaman dan tekad yang teguh untuk belajar. Cukup tersentuh apabila membaca semangat Lintang yang sanggup berbasikal sejauh 20 km setiap hari meskipun ada hari-hari tertentu dia hanya sempat menyanyikan lagu Padamu negeri pada akhir waktu sekolah.

Syukur, aku bukan sahaja dapat membaca karya Andre Hirata ini menerusi novelnya malah dapat pula menonton karya ini yang telah difilemkan. Terima kasih kepada Hafiz Aris yang telah menghadiahkan CD filem ini yang dibawa langsung dari Indonesia. Aku syorkan kepada semua murobbi, muallim yang telah atau bakal menjadi, supaya menonton karya agung ini...semoga semangat kita jadi makin tajam untuk terus menyumbangkan bakti kepada agama melalui bidang pendidikan yang kita corakkan sendiri.

Tuesday, December 8, 2009

Abi Kini di Dalam Saff Kepimpinan JIM Pusat



4-6 Disember lalu, kami sekeluarga bermusafir ke Kuala Kangsar sempena PPN & PPWN 2009. Tahun ini tahun pemilihan. Kali ini aku pergi bukan sebagai perwakilan mahupun pemerhati, tetapi sekadar menemani suami tercinta yang tercalon untuk pertandingan jawatan AJK Pusat (juga Penolong S/U tetapi telah menarik diri)sambil-sambil buka gerai buku-buku tarbawi dan JIMedia. Seronok sungguh bertemu aktivis JIM yang sentiasa bersemangat dalam aktivitas dakwah. Pelbagai relung pemikiran, gaya dan penampilan tetapi masih berkongsi matlamat yang sama atas jalan dakwah. Rindu bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di alam kampus dulu sedikit-sebanyak terubat bila bersua wajah di PPWN & PPN.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Dr Har menjadi Ketua Wanita, kerana selepas ini beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden pula. Semoga semangat Dr Har semasa di sayap wanita dulu akan terus menyala dan berkobar-kobar semasa berada di saff kepimpinan pusat pula. Chaiyyok, Dr Har! Pertama kali dalam sejarah JIM meletakkan seorang wanita di jawatan sepenting Naib Presiden. Semoga suara perjuangan kita akan lebih kuat selepas ini.

Tahun ini bukanlah pertama kali, Abu Itqan bertanding di peringkat pusat. Kalau tak silap, ini adalah kali kedua dia dicalonkan. Sebagai isteri pastilah sokongan 200% untuk dirinya. Namun tak dinafikan kebimbangan menjentik tangkai hati juga. Pasti kesibukannya bertambah 5 kali ganda daripada yang sedia ada. Pastilah semakin kerap kami anak berana ditinggal-tinggalkan..Walau apapun, teruskan langkahmu sayang...teruslah thabat di atas jalan dakwah ini. Jangan menoleh ke belakang lagi. Dan keputusan pemilihan yang diumumkan 6 Disember lalu meletakkan Abu Itqan sebagai salah seorang kepimpinan baru dalam Saff Kepimpinan Pusat. Berikut disenaraikan keputusan pemilihan tersebut:

Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) sesi 2009-2011

Presiden: Zaid Kamaruddin
Timbalan Presiden: Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden:
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
Prof Dr Shahrim Ahmad
Setiausaha Agung: Hj Nahar Md Nor
Penolong Setiausaha Agung: Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Bendahari: Tuan Yaacob Tuan Sof

AJK:
Muhammad Abdullah
Mokri Sabran
Ahmad Jamali Sepihie
Dr Zulfakar Ramlee
Prof Madya Dr Hjh Salwani Mohd Daud
Wan Muhammad Wan Ibrahim
Ahmad Raji Yaakob

Pengerusi Tetap: Ainol Azhar Jamil
Timbalan Pengerusi Tetap: Ibni Khalid Jurait
Pemeriksa Kira-kira:
Jusni Yusof
Wan Suhaimi Wan Sulaiman

Kepada abi/ayang/buah hati pengarang jantungku, tahniah dan selamat berjuang daripada ummi....

Pengalaman pertama kali buka gerai semasa PPN & PPWN juga cukup istimewa. Sepanjang tiga hari bergerai, jumlah jualan mencapai RM 6K! Syukur! Lepas ni bolehlah buka gerai lagi di PPN & PPWN akan datang...seronok bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan semua aktivis JIM yang mengunjungi gerai milikku dan suami. Paling penting, semangat membangunkan business sendiri tambah meluap-luap..tunggulah tahun depan, pelancaran brand terbaru produk kami, IMTIYAZ, Muslim Kids Wear...