Wednesday, July 28, 2010

White Sauce Recipe & Baked Rice With Cheese

I got this recipe from Kak Nik Eliani (founder of Bacalah Anakku & Read Easy). Very simple but delicious...you can use the white sauce for macaroni or spaghetti..

WHITE SAUCE
Ingredients:

2 tablespoon of butter
2 tablespoon of flour
1 cup of milk
some salt n pepper

Directions:
In a small saucepan over medium heat, melt butter. Add flour and stir until the butter and flour are well combined. Pour in milk, stirring constantly as it thickens. Add more milk depending on desired consistency. Flavour your sauce with salt and pepper. Sprinkle some chopped oregano on top of your sauce. Ready to be served!(for cheese sauce, add some grated mozzarella cheese)

BAKED RICE WITH CHEESE
Ingredients:

1. Fried rice with mushroom and chicken (or shrimp)
2. White sauce
3. Grated cheese

Directions:
Put the fried rice in a baking dish. Layer the top of the rice with white sauce. Sprinkle grated cheese on top of the white sauce. Bake at 150 degree celcius for 1 hour. Your baked rice with cheese is ready to be served!

Monday, July 19, 2010

Ummi, Ibarat Pelabuhan Kasih Buat Anak-anak...


Ummi, ibarat satu pelabuhan..tempat anak-anak mengisi bekalan kasih dan menghilang dahaga sayang..kerana selamanya, ummi tidak berniat mengikat anak-anak ummi kekal di sini...apabila tiba masanya, ketika bekalanmu cukup, ilmumu kukuh, imanmu mantap, kalian akan berlayar juga, meninggalkan pelabuhan ini...merentasi lautan dugaan dan terjahan gelombang hidup...tetapkan haluanmu, anak-anakku...menuju Allah...pilihlah anak-anakku...jalan dakwahNya...teruskan anak-anakku menabur benih islah..agar jadi pulau maghfirah...tempat insan pendosa berteduh...cari sekelumit suluh buat penerang hati..

Namun, anak-anakku, apabila bekalan kasih dan minuman sayangmu terasa surut...kembalilah ke pelabuhan ummi dan abi...buat menambah semula nilai yang susut...ummi dan abi masih di sini, dengan segudang kasih dan sayang..juga segedung semangat...supaya dapat kalian sambung semula perlayaran yang tertangguh itu...

Selalulah kembali ke sini, bila memerlukan..ummi tidak mengharapkan apa-apa..kerana hati ini penuh kasih dan cinta untuk dicurahkan..buat anak-anak ummi tersayang..

Thursday, July 15, 2010

Six wonderful years..thank you sayang..

I have been planning of posting this as a tribute to our sixth anniversary..wallaa..so busy lot...yet, manage to write this down though it was one month and more since our last anniversary..dedicated to my one and only prince charming...

6 tahun sudah berlalu..namun, dia masih muda dan akan sentiasa muda pada mata ini (kami berkahwin ketika sama-sama berusia 23 tahun). Tiada apa yang berkurang setelah 6 tahun ini berlalu..malah makin bertambah...anak, pengalaman, ilmu, kasih sayang, kegembiraan..dan paling penting, cinta...pada dirinya, perjuangan dakwahnya, kesabarannya..

Kata orang, 5 tahun pertama sesebuah perkahwinan itu adalah tempoh tribulasi, ribut, ombak, taufan...jika berjaya dilepasi, maka akan lamalah kekal perhubungan itu..jika gagal, akan kecundanglah di tengah jalan..syukur, setiap tribulasi yang kami hadapi, diterima sebagai satu ibrah untuk lebih mematangkan diri..saling membangunkan jika ada antara kami yang terjatuh..saling mengesat air mata jika ada antara kami yang dirundung duka..juga saling ketawa bila ada rasa ria menyapa...

Dia di sisi seperti suluh yang nyalanya terang dan menghangatkan...kesederhanaannya cukup menyenangkan diri ini..tidak pernah diminta layanan seumpama raja...tidak pernah pula merungut andai ada kekurangan di sana sini...Al-basaqah..itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan dirinya...

Syukur dikurniakan teman hidup sepertinya...seorang ibu saudaraku pernah berkata, "Dalam banyak-banyak menantu abah kamu, tak ada sorang pun yang 'sejuk' macam abg wan"...juga, "jaga wan elok-elok. susah nak cari orang macam dia.."itu pesan mak cik Zuraida, adik kepada mama..Ya..itulah antara alasan kenapa aku perlu sentiasa zahirkan kesyukuran ini dalam setiap munajat malamku..seorang suami soleh dan musleh..

6 tahun bersamanya, terasa terlalu singkat..malah aku sanggup untuk berkongsi hidup dengannya biarpn 600 tahun lagi...kerana aku ditakdirkan sebagai pelengkap rusuk kirinya...dan akan terus setia di situ menyokong jatuh bangunnya...kerana cinta ini terbina atas jalan dakwah dan akan terus mekar selagi manhaj dakwah itu hidup dalam diri...

Anak-anak..itulah harta yang akan kami wariskan atas jalan dakwah ini...supaya ketika kami dihantar menuju barzakh...semangat kami tidak turut terkubur, malah terus menyala ibarat obor..disambung perjuangannya oleh 'harta' yang kami tinggalkan kelak...

Terima kasih sayang...atas 6 tahun yang penuh warna-warni...sesungguhnya diri ini cukup bahagia..