"Why in the first place you wanna marry me?" soalan yang pernah kutanya kepada suamiku suatu masa dulu...dan jawabnya...jalan dakwah ini terlalu sunyi, dia mahu ada seseorang di sisi menemani, menyokong jatuh bangunnya dan berkongsi susah senang bersama...bunyinya macam terlalu ideal...terlalu sedap pada pendengaran...dan alasan itu sudah cukup untuk aku menerima dia dalam hidupku...
dan aku pula berkahwin kerana ingin memburu syurga...bukankah pintu syurga itu terbuka seluas-luasnya kepada seorang wanita bergelar isteri yang solehah serta taat pada suaminya? Syurga itu mudah bagi seorang wanita, begitu juga neraka...(dan aku terus bermujahadah untuk mencapai tahap solehah itu...bukan senang sebenarnya)
Perkahwinan kami tidak dimulakan dengan cinta yang asyik masyuk...bukan juga dengan siri-siri dating yang kerap...apatah lagi bertukar-tukar SMS yang penuh unsur khayalan dan lagha...perkenalan kami bermula di medan program, dilanjutkan dengan taaruf ringkas di rumah naqibahku sehinggalah ke siri-siri pertemuan dengan keluarga untuk mengatur walimah.
Bagaimana berkahwin tanpa cinta? cinta itu akan lahir sendiri andai benar perkahwinan itu disandarkan untuk mencari redha Allah. Malah cinta itu lebih manis selepas perkahwinan kerana tiada bayangan dosa. Segala-galanya telah halal malah setiap detik masa yang dihabiskan bersama-sama suami atau isteri adalah pahala. seperti yang pernah disampaikan oleh naqibah usrahku dulu, Dr Hafidzah Mustaqim (Kak Peed),"love is a verb not noun. you need action to flourish love." Apabila seseorang itu sudah benar-benar bersedia menyandang gelaran suami atau isteri, tidak salah mencari atau mempelajari cara-cara membajai cinta terhadap pasangan masing-masing. Peringatan: Hanya apabila telah benar-benar tiba masanya. Tak applicable pada golongan remaja yang saja-saja mencari cinta terlarang.
Realiti sekarang tidak seideal yang dibayangkan. Muda-mudi sekarang, menerima gaya hidup berpasang-pasangan itu sebagai sesuatu yang biasa atau normal. Sesiapa yang tiada pasangan atau couple, maka dialah yang dianggap sebagai abnormal. Lantaran itu, berlumba-lumbalah golongan muda-mudi ini mencari pasangan masing-masing. Tak kisahlah latar belakang atau rupa, semua disebat. Janji ada couple. Malah dalam keadaan tertentu, mereka ini turut mendapat pengiktirafan dari ibu bapa masing-masing sehingga ada yang sanggup menghantar dan menjemput anak pergi 'dating'.
Sedar atau tidak, dunia makin maju, manusia pula semakin kembali mengamalkan hukum rimba. Yelah, dalam hukum rimba, mana ada halangan untuk berpasang-pasangan nih. Sunnatullah menetapkan ada musim yang dinamakan mating season atau musim 'mengawan' untuk para haiwan ini. Semuanya berdasarkan gerak fitrah. Para haiwan bebas memenuhi tuntutan fitrah masing-masing tanpa melalui sebarang ikatan perkahwinan. Berbeza dengan manusia yang pernah disebut sebagai makhluk sebaik-baik kejadian dalam Al-Quran. Allah mengangkat taraf manusia dengan menggariskan hukum-hukum yang membezakan kita daripada makhluk lain. Taraf itu akan menjadi rendah serendah-rendahnya jika hukum Allah itu dilanggar.
Sebagai peraturan hidup yang syamil dan sempurna, yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau bagaimana sempurnapun undang-undang itu.
Nyatanya, kebahagiaan sesuatu perkahwinan itu bukan ditentukan dari gahnya majlis kenduri atau hebatnya penampilan sang mempelai mengenakan busana memukau tetapi sejauhmana pasangan itu mampu meletakkan keutamaan terhadap hukum-hakam Allah melebihi adat dan ukuran pangkat. Amat malang jika pada peringkat perkenalan sudah dicemari maksiat, semasa tempoh pertunangan pula tegar melanggar batas-batas yang ditetapkan Allah, malah majlis perkahwinan pula dilatari dengan pembaziran dan riak yang melampau-lampau. Di manakah barakah yang ingin dibawa ke alam rumahtangga kelak? Tanpa barakah, tiadalah kebahagiaan. Rumah yang luas pun terasa sempit. Bertemu rasa gelisah, berjauhan pula dibayangi syak wasangka....
Apabila terfikir untuk berkahwin, jangan dibayangkan perkara yang seronok-seronok sahaja. Kerana jika niat berkahwin hanya untuk menghalalkan yang haram sahaja, maka setelah diperoleh apa yang diniatkan itu, mulalah perasaan jemu bertandang di hati. Berkahwinlah dengan visi yang lebih jauh, lebih soleh...berkahwinlah dengan niat menambahkan jundullah-jundullah yang bakal berjuang menegakkan agama Allah...berkahwinlah kerana ingin mencari redha Allah...berkahwinlah kerana ingin mengangkat martabat seorang wanita dan berkahwinlah kerana kahwin itu sunnah Rasul..
2 comments:
Couldn't agree more with you kak arasy.....doakan saya mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH ke atas perkahwinan yang bakal diadakan.
insya-Allah...semoga Allah memberkatimu..
Post a Comment