Wednesday, September 30, 2009

Calar Hati...

Aku membayangkan bagaimanakah keadaanku kelak andai hidup berseorangan di tengah-tengah kota besar membesarkan tiga anak gadis...pasti hebat cabarannya...aku tanam dalam hati keyakinan dan kekuatan iltizam bahawa aku mampu menongkahnya. aku kuat...hati ini sepejal besi waja yang dibentuk oleh lurah-lurah kehidupan yang pernah aku lalui...

Jangan samakan aku dengan insan lain yang membesar dalam keluarga yang mewah kasih-sayang. Jangan samakan aku dengan insan lain yang hidup dalam keluarga yang kaya perhatian. Aku membesar dalam lakaran garis hidup yang aku sendiri corakkan. pilihannya...aku yang tentukan tanpa pengaruh sesiapa...itu, aku tak pernah kesali kerana setiap yang kutempuh itu menjadikan aku lebih tabah, dewasa dan matang.

Aku telah benar-benar bersedia. Ya...aku sudah bersedia andai itu yang dia inginkan. Sedikitpun aku tidak sedih. Buat apa memupuk duka andai kelak menjadi nanah yang membusuk dalam dada. Biar aku kuburkan sahaja di dasar bumi, tidak akan kutatap lagi...ini, aku terima sebagai tarbiah dari Tuhan. Mungkin setakat ini sahaja ditakdirkan perjalanan hidup aku bersama dia. Dan aku sendiri merasainya, jelas, ketara, bahawa eidulfitri tahun ini adalah eidulfitri yang terakhir disambut bersama.

Aku ingin mengakhiri segala-galanya segera...air mata ini telah lama kering. tidak akan kutitiskan lagi. aku bukan wanita lemah dan itu, aku akan buktikan! selamat tinggal segala-galanya..selamat tinggal!

Ikuti kisah perjalanan seorang wanita tabah dalam novel kedua Ummu Ijlal. Bakal terbit awal tahun depan! Nantikan, ya!

2 comments:

Zimah Zaiwani said...

salam.

kehadapan kakakku yang dikasihi, semoga redha dan rahmat Allah sentiasa bersamamu, kak arsyi.

bersabarlah dgn ujian yg dihadapi. mmg mudah bg imah utk katakan ini kerana imah sndiri belum merasai apa yg sedang akak rasai sekarang. tp, kak di sebalik setiap yang pahit itu ada manisnya. imah sebagai adik akak, sentiasa ada di sini utk menyokong akak. kalau akak ada apa2 yg nk dikongsikan dengan imah, insya Allah imah sedia menadah telinga dan hati imah juga terbuka untuk membantu akak semampu yg mngkn.

akak, jgnlah bersedih. la tahzan, innallah ma'ana. insya Allah.

kebahagiaan akan datang pada akak. insya Allah.

salam sayang

ummu ijlal said...

thanks dik...

masih bertatih di bumi Allah mencari makna pada sebuah kehidupan