Tuesday, December 15, 2009

Lasykar Pelangi- Karya Agung Dekad Ini


Sukar memperoleh karya yang dapat memenuhi kepuasan intelek, ruhi dan emosiku. Tapi kali ini aku tidak dapat menafikan karya agung seorang penulis dari Indonesia...Andrea Hirata...Lasykar Pelangi, betul-betul berjaya memuaskan naluriku sebagai guru, muallimah juga murabbi...

Kisah bermula di daerah Belitong, Ibu Muslimah dan Pak Harfan tekad untuk meneruskan perjuangan mempertahankan satu-satunya sekolah agama di situ. Cukup teruja melihat pengorbanan dua orang murobbi tabah ini...Sekolah Muhammadiyah yang hanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang telah reput di sana-sini dan hampir roboh itu diberi syarat oleh pejabat pendidikan daerah agar mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang pelajar untuk meneruskan operasi. Dan, mereka berjaya memenuhi syarat itu dengan mendaftarkan cukup-cukup 10 orang pelajar.

Ibu Muslimah (Ibu Mus) percaya anak-anak miskin juga berhak mendapatkan pendidikan. Justeru dia tegar setia di Sekolah Muhammadiah meskipun ditawarkan gaji yang lebih lumayan di sekolah milik kerajaan di kota.

Suatu hari, hujan turun sangat lebat. Lantai kelas yang tidak bersimen jadi lecak hingga menyebabkan mustahil untuk meneruskan pembelajaran. Anak-anak yang 10 sepuluh orang itu leka pula bermain dengan kambing di dalam ruang kelas sehingga memburukkan lagi keadaan yang sedia lecak. Lalu Pak Harfan selaku pengetua sekolah mengarahkan Ibu Mus menjalankan proses P&P di luar kelas sahaja. Anak-anak yang sepuluh itu dibawa ke tepi pantai dengan menaiki basikal. Di situ mereka melihat pelangi indah terlukis di langit. Lantas Ibu Mus terus menggelar mereka sebagai Lasykar Pelangi.

Anak-anak Lasykar Pelangi itu terdiri daripada pelbagai latar belakang rakyat miskin di Belitong. Namun mereka punyai keazaman dan tekad yang teguh untuk belajar. Cukup tersentuh apabila membaca semangat Lintang yang sanggup berbasikal sejauh 20 km setiap hari meskipun ada hari-hari tertentu dia hanya sempat menyanyikan lagu Padamu negeri pada akhir waktu sekolah.

Syukur, aku bukan sahaja dapat membaca karya Andre Hirata ini menerusi novelnya malah dapat pula menonton karya ini yang telah difilemkan. Terima kasih kepada Hafiz Aris yang telah menghadiahkan CD filem ini yang dibawa langsung dari Indonesia. Aku syorkan kepada semua murobbi, muallim yang telah atau bakal menjadi, supaya menonton karya agung ini...semoga semangat kita jadi makin tajam untuk terus menyumbangkan bakti kepada agama melalui bidang pendidikan yang kita corakkan sendiri.

7 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Wah,bestnya. ana dah belek2 aritu buku ni,nak beli tp dia berepisod kan? boleh kah kiranya kalau ana nak pinjam CD tu? hehe.

Sungguh teruja baca review dari cegu!

~albazrah~ said...

Dah baca, best. Tapi blom tgok filem.

cahayaqalbi said...

insya Allah nanti k bi baca

Khalilah Alhuda said...

teruja sungguh nak baca!!
cg siap ada pakej, novel dgn CD lagi tu..
bolehla... hehe..

*novel cg dah keluar ke??

ummu ijlal said...

2 syazana:
no prob..mailah amik cd kat rawang..huhu

2 k.ma:
kena tgk filem dia k.ma...2 x bestnye

2 k. albi:
baca..jgn tak baca k.bi..

2 khalilah:
ada..ada..cikgu wat promo kat kelas bio nanti..huhu

Najah Farahin said...

Arash,CD laskar pelangi kami beli di Bandung bln 8 ritu sampai harini Nusaibah dok tgk. sampai hafal skripnya.aduh.siap gi cakap, rambut Tasneem ni macam Mahar la. aiyak!
sebelum tgk CD, akak dh khatam novelnya. best karya andrea ni. skrg ngah baca Mariamah karpov-mimpi2 lintang
Moga Arash sehebat Ibu Muslimah :)
-kaknajah-

ummu ijlal said...

to k.najah:

anak2 memang syok tgk citer nih...itqan n ijlal siap jadik pegun depan tv bila tgk citer lasykar pelangi...depa dok sibuk kata nak tgk citer kawan...kawan tuh bebudak lasykar pelangi tulah...
thanks k.najah, atas doa itu..insya-Allah saya cuba jadi setabah Bu Mus...
selamat bersalin, ya!