Lebih 2 tahun tidak menyambut eidulfitri bersama keluarga di kampung, Alhamdulillah, berkesempatan tahun ini berkumpul dengan semua adik beradik termasuklah Kak Yang yang semenjak kahwin tak pernah berkesempatan beraya di kampung sendiri. Entah bila dapat berkumpul semula seperti ini lagi. Tiqah, selepas ini bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India, Ija pula dapat tawaran buat doctorate di Korea, Kak Yang, kalau sambung buat specialist pula selepas ini pasti sibuk, Ufairrah pula, dah sibuk nak berkahwin...hmm...
Sesekali berkumpul adik-beradik di rumah memang riuh dibuatnya. Ditambah dengan telatah anak-anak dan anak buah...hubungan antara adik-beradik yang memang rapat semenjak kecil menjadikan kami betul-betul memanfaatkan saat-saat indah yang entah bila akan berulang lagi...Anak-anak pula tak melepaskan peluang bermanja dengan atuk wan dan nenek mereka...sampai nak tidur pun, mesti sebelah atuk wan...
Raya tahun ni sempat mengunjungi pusara Tuk Wan Ibrahim, juga menziarahi sanak-saudara di sebelah Kedah...tak dilupakan, anak sepupu baru Nauwal Ash-Fiya' (betul ke ejaan nih? hentam jelah)anak sulung Kak Adik dan Roslan...
Mak Ija dan Ijlal
Bersama abah
Bergambar sekeluarga...yang di tengah, barisan depan tu bibik Kak Yang...vogue mengalahkan cik puan dia pulak!
Bermaaf-maafan dengan mentua
Abi, menantu kesayangan tuk wan!
Gambar keluarga...baby Imtiyaz ngamuk pulak!
Bersama pak-pak dan mak-mak penakan juga sepupu-sepapat sebelah mama
Di hadapan masjid bersejarah, tempat umi dan abi diijabkabulkan!
Si kecil Nauwal...cucu Ngah Man yang ke 11..
1 comment:
Tahniah sepupu-sepupuku. Bila Tiqah berangkat ke India? Semoga berjaya.
Ija ke Korea? Amboi...dah la muka dah macam korea nanti pandai dia cakap Korea.
Opai nak kahwen bila? Kak Yang bila nak dapat yang kedua pulak.
Kim salam pak teh dan makteh. All the best buat sepupu-sepupuku.
Post a Comment