Wednesday, August 12, 2009

Walimatul Urus yang Ummi Impikan..


My dearest Itqan...

Tadi, semasa breakfast ummi bersembang dengan muallimah Bibi Ratna..entah bagaimana, soal kenduri kahwin pula yang timbul...Muallimah Bibi nyata sedih dan kesal dengan masyarakat kita yang masih gemar berhabis-habisan wang semasa majlis kenduri...entah apa yang cuba dicari...kepuasan dunia yang sebentarkah? atau rasa bangga dikagumi oleh para tetamukah? apalah gunanya kegembiraan dan perasaan megah yang hanya muncul sebentar...sedangkan barakahnya hilang lesap dibawa angin...alangkah ruginya...entah bagaimana, ummi pula teringatkan impian walimah itqan yang akan ummi selenggarakan kurang lebih dua dekad dari sekarang (jika usia ummi panjang..)

ummi impikan walimah yang sederhana tapi penuh barakah untuk anak perempuan sulung ummi...pada bulan Ramadhan...hah?pasti orang-orang biasa rasa pelik. Kenapa bulan Ramadhan? tak pernah dibuat orang! sapa kata tak pernah? ramai je ikhwah akhwat sefikrah kita di sebelah Indonesia sana yang menumpang barakah bulan Ramadhan untuk membina masjid. Bayangkan sayang...berapa ganda pahala yang Itqan dan suami bakal dapat kerana bernikah dalam bulan yang mulia ini...jika amalan wajib digandakan 70 kali ganda, menyempurnakan sebahagian dari agama pula...pasti lumayan ganjarannya di sisi Allah...

Kendurinya pula, akan Ummi adakan untuk menjamu para tetamu ketika berbuka puasa. Ya, orang-orang yang menghadiri walimahmu kelak adalah di kalangan orang-orang yang berpuasa...orang-orang berpuasa pula amat dicintai Allah...bukankah memberi makan kepada orang-orang berpuasa itu besar ganjarannya...maka berdoalah orang-orang yang berpuasa itu untuk mempelai, anak dan menantu ummi...doa orang yang berpuasa mudah diterima...itulah bekalan azimat ummi untuk itqan dan suami melangkah ke alam rumahtangga kelak...

dan ummi tidak akan lupa mengundang anak-anak yatim untuk turut memeriahkan walimahmu kelak...kerana cintanya ummi kepada anak-anak yatim...ummi akan pastikan doa mereka mengiringi langkahmu ke alam bahagia...

Memang sayang..cabarannya pasti hebat bernikah pada bulan Ramadhan, tapi percayalah ia akan menjadi tarbiah hidup buat dirimu dan suamimu mendidik kekuatan diri, membentuk keunggulan peribadi, mendahulukan hak Allah melebihi hak diri...pasti Itqan kuat menghadapinya...

Itqan sayang,

Jangan sekali-kali Itqan impikan walimah yang dicemari pembaziran...kerana ummi amat membenci pembaziran sebagaimana ummi membenci syaitan...bukankah membazir itu sahabat syaitan...dan sekali-kali jangan kita mengharapkan duit daripada tetamu-tetamu yang datang...tujuan walimah bukan untuk mengutip keuntungan atau mengumpulkan wang untuk cover kos walimah, sebaliknya walimah itu sebagai tanda kesyukuran terbinanya sebuah masjid atas jalan dakwah...demi melahirkan pewaris perjuangan dakwah...

Itqan sayang,

Ummi bersyukur ditemukan jodoh dengan insan yang jelas fikrah islamiyyahnya...yang ummi yakin akan menyokong setiap usaha ummi merealisasikan walimah yang dilatari syarak, dipenuhi barakah dan dilimpahi dengan doa-doa makbul dari kekasih-kekasih Allah...iaitu mereka yang berpuasa....

Ummi tidak berangan-angan kosong sayang...sebagaimana 6 tahun dulu, sewaktu ummi menelaah buku Kepribadian Muslim dan menjumpai kalimah 'Itqan' dulu, terus ummi bertekad untuk menjadikan kalimah itu sebagai nama kepada bakal anak ummi. Padahal pada waktu tu kelibat abi langsung tak ada dalam fikiran ummi... Alhamdulillah...berjaya menjadi kenyataan...dan begitulah dengan angan2 ummi tentang walimah Itqan kelak...

Bercakap tentang Ramadhan...tak sabar menantikan bulan penuh rahmat itu...dan ummi akan hias rumah kita untuk menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak...

5 comments:

Unknown said...

Insyaallah. ;) huu cute

cahayaqalbi said...

amboi dik yoi...awalnyaa berangan untuk itqan...tapi tak per..angan-angan yang baik selalunya sudah tertulis pahalanya...aminn...moga anganmu dimakbul Allah...

ummu ijlal said...

To Dena:

Hi dena, syukur anti dah sembuh dari Influenza A H1N1...jeles lak cikgu sbb anti dah dapat natural active immunity against the virus..huhu

To Kak Albi:
Thanks sis! Banyak betul perkara yg melintas dalam minda bila melihat anak2 ni membesar dpn mata...

[amiza malik] said...

salam kak..saya kawan thia kat cairo.
bes nye kalau ade semua mak cm akak.
tapi realiti masyarakat kite belum tahap pemikiran mcm ni lagi. ye lah, kalau tak grand, kalau tak panggil seribu orang, tak panggil vip, nmpk pula lekeh.

kalau tak buat besar2, kalau tadek dihias bilik tidur nya, kalau tiada pelamin nya, apa pula kata jiran sekeliling.

lagi berat, kalau masak gotong royong pun kene cemuh. haih, dah kerja besar tadek duit nak pakai katering ke?

yg wajib di leceh2 kan, kahwin yg sepatutnya rahmat jadi beban pula buat muda mudi sekarang. end up, ramai lagi prefer berkepit ke hulu ke hilir tanpa ikatan pernikahan atas alasan suit tak cukup 30 k lagi nk buat kenduri.

akak, doakan kami. akhawat2 yg belum tentu siapa bakal dikongsi hidup ini.

salam perkenalan. all d best kak

ummu ijlal said...

to amiza...

salam dik...ye itulah hakikat masyarakat kini...kita yg ada fikrah islam nih perlu terus istiqamah tunjukkan teladan yang terbaik pada masyarakat coz action speaks louder than words...

semoga ketemu jodoh yang baik, ya..