"Knowing that we have a great chance each day to impact the lives of the young in our school is a tremendous responsibility, but it is also a wonderful opportunity..."
Wednesday, April 1, 2009
Asuh Fitrah2 - Disiplinkan Anak-Anak Sebelum Terlambat
"Setiap anak dilahirkan atas fitrah. Ibubapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya. (Hadis Riwayat Bukhari)"
Dalam entry Asuh Fitrah 1 dulu saya ada mencoretkan bagaimana anak-anak kecil yang sedang bertatih itu perlu disantuni dari segi fitrahnya. Ramai juga yang membaca entry itu dan bertanya apabila bersua di luar, "sampai bila anak-anak itu perlu dibiarkan mengikut lentur fitrahnya? bimbang jika dibiarkan, lain pula jadinya."
Ibu-ibu prihatin yang membaca entry ini, ingin saya ingatkan, perkembangan anak-anak yang cenderung menurut fitrah azalinya itu perlu dibimbing, dipantau dan disalurkan pada tempatnya. Ada masanya mereka dibelai, ada masanya mereka juga perlu didedahkan kepada disiplin terutamanya setelah mereka mencapai tahap mumaiyiz.
Latih dan perkenalkan disiplin secara bertahap mengikut pemahaman anak-anak. Penyampaian itu perlu dipermudahkan tanpa menggunakan kaedah ugut atau ancaman secara tak langsung.
Dalam hidup, setiap masa ada disiplin yang perlu dipatuhi. Disiplin itu bukanlah sekadar peraturan atau undang-undang ketat yang diterap secara kekerasan. Disiplin lebih bersifat amalan dan peraturan hidup yang tersusun dan terorganisasi, menjadikan seseorang individu itu kemas dalam penampilan, pemikiran dan perlakuannya.
Pertama
Solat merupakan pendekatan terbaik bagi membina disiplin diri. Melaksanakan tuntutan solat membuktikan kita sedar adanya keterikatan antara kita sebagai hamba dengan Pencipta. Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Justeru, mendidik anak bersolat terletak atas kewajipan mutlak ibu bapa. Pada usia tujuh tahun anak-anak perlu disuruh bersolat dan pada usia sepuluh tahun, anak-anak itu boleh dihukum jika tidak bersolat. Jika dihayati mafhum hadis ini, kenapa umur 7 tahun yang dinyatakan? bukan 5, bukan 6. Secara purata, anak-anak mencapai peringkat mumaiyiz pada usia 7 tahun. Tempoh yang diberikan untuk mendidik anak-anak melaksanakan solat ialah selama tiga tahun. Setelah sempurna didikan itu, dan anak-anak masih meninggalkan solat, barulah dibolehkan untuk menjatuhkan hukuman atas mereka. Mulakanlah didikan ini dengan mengajak mereka solat bersama-sama. Berjemaah di rumah atau dibawa ke surau untuk sama-sama berjemaah. Perdengarkan bacaan dalam solat dan minta anak-anak mengikutnya. Jangan lupa ganjaran bagi mereka yang berjaya melaksanakan solat (pada peringkat awal sahaja).
Perkara lazim yang berlaku dalam masyarakat kita, tempoh tiga tahun yang diberikan untuk mendidik anak-anak solat itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Juga mereka gagal menghukum anak-anak yang tidak solat pada usia 10 tahun. Lebih parah, dibiarkan sahaja anak-anak itu tanpa teguran. Sebenarnya pada peringkat usia 10 tahun, jiwa anak-anak masih lembut dan boleh dilentur. Mereka jarang melawan jika ditegur atau dihukum. Sekiranya dibiarkan sehingga peringkat pertengahan remaja, baru hendak menghukum atau menegur, anak-anak ini sudah pandai memberontak atau melawan. Maka, tersandarlah ibu bapa keletihan kerana penat menegur anak-anak yang enggan solat. Kesilapannya terletak pada ibu bapa itu sebenarnya, kerana tidak menghargai tempoh masa fitrah yang telah ditetapkan Allah dalam melentur jiwa anak.
Maka, para ibu bapa sekalian, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi, selagi masih berupaya membentuk generasi soleh wa musleh, teruskan usaha antum, Jangan berputus asa..Anak-anak yang jinak jiwanya dengan hukum-hukum Allah akan lembut juga bila bermuamalah dengan manusia.
Kedua
Ajarlah anak-anak membersihkan persekitaran bilik mandi dan tandas di rumah. Boleh dibuat jadual tugasan mingguan giliran bagi anak-anak untuk membersihkan tandas dan bilik mandi. Aktiviti ini sebenarnya melentur sikap ego anak-anak juga menanam sifat tawaduk. Walaupun ada bibik di rumah, anak-anak patut difahamkan bahawa tanggungjawab menjaga kamar persendirian seperti tandas dan bilik mandi adalah tugas yang wajib dilaksanakan oleh mereka. Mereka juga seharusnya difahamkan bahawa kebersihan kamar mandi dan tandas itu melambangkan nilai peribadi dan disiplin diri.
Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu kami adik-beradik di peringkat sekolah rendah lagi, abah telah melatih kami mengurus kebersihan persekitaran rumah. Pagi hujung minggu biasanya adalah masa 'gotong-royong' keluarga yang akan berakhir dengan hidangan makan tengah hari yang istimewa. Abah mengajar kami bagaimana menggunakan berus tandas, membersihkan lantai bilik mandi dan menghilangkan habuk di almari buku. Juga, membantu mama menghantar plastik sampah ke tong sampah di luar rumah. Memang rasa puas bila rumah bersih atas daya usaha bersama.
Ketiga
Anak-anak juga perlu diajar menghargai masa. Masa makan, masa tidur, masa bangun dari tidur, masa solat, masa beriadah dan sebagainya perlu ada penetapan. Bukannya membiarkan anak-anak itu mengikut aturan masa mereka sendiri. Masa makan contohnya, adalah masa bersama-sama keluarga. Makan bersama-sama boleh mengeratkan kemesraan dan menjadi wadah untuk ibu bapa menyelami perasaan anak-anak.
Contoh terdekat yang boleh diperihalkan di sini ialah berkenaan dengan Pak Ngah Man, abang kepada abah. Memang menjadi amalan keluarga itu untuk makan bersama-sama. Selagi ahli keluarga tidak cukup, mereka tidak akan mula makan. Keutamaan diberikan kepada orang-orang yang lebih tua untuk menjamah makanan dahulu barulah diikuti oleh anak-anak. Selagi Ngah MAn belum mula makan, anak-anak juga tidak akan menyentuh makanan. Sehingga kini kemesraan memang sering terpancar dalam keluarga itu setiapkali bertemu meskipun anak-anaknya semua sudah berumahtangga.
Keempat
Pada peringkat anak-anak sudah mumaiyiz (antara 6-7 tahun), anak-anak boleh diajar mengemaskan tempat tidur setiap pagi sebelum ke meja makan untuk bersarapan. Cadar katil ditegangkan mengikut kemampuan, bantal disusun di kepala katil. Selimut dilipat dan diletakkan di tempatnya. Latihan ini penting supaya anak-anak terbiasa mengurus kawasan persendiriannya dengan baik. Permulaannya ibu bapa boleh membantu dan melakukan perkara tersebut bersama anak-anak. Apabila mereka sudah terbiasa sekali-sekala ibu bapa bolehlah menjalankan 'inspection' kekemasan bilik. Sekiranya anak-anak ini tidak pernah dilatih mengemas tempat tidur sendiri, atau sekadar melepaskan tugasan itu kepada bibik di rumah, anak-anak tidak akan belajar erti tanggungjawab. Bilik anak-anak yang kotor dan bersepah-sepah sebenarnya melambangkan peribadi yang gersang dari disiplin. Bukti kegagalan ibu bapa mendisiplinkan anak-anak! Jadi, sebelum anda melenting memarahi anak-anak remaja yang langsung tidak ambil peduli hal-ehwal kebersihan rumah, cuba introspeksi diri anda, pernahkah anda luangkan masa mendidik mereka erti kebersihan dan kekemasan semasa peringkat umur mereka sepatutnya dilatih?
Cukup dulu buat setakat ini...akan bersambung lagi pada masa akan datang..
'Didiklah anak-anak kamu dengan tiga hal: mencintai Nabi, mencintai ahli baitnya, dan mencintai al-Quran..(Hadis Riwayat At-Thabrani)'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
ye2... imah setuju!! hehehe/
In theory mmg senang cerita....tp praktikalnye boleh buat???
to imah..
way to go dik!
to nannycomel..
entry ni ditulis berdasarkan pengalaman asli melihat my beloved parents especially my abah mendidik dan mendisiplinkan anak2...nothing impossible in the world..i will prove it that i can with my children
nice post arash! very practical...i'm sure lots of parents out there need to devour this info..why don't you send this article to any magazine to be published...
waiting to read more from u...
saya setuju dgn entry ni.
disiplinkan anak ni sebenarnya antara nak dengan tak nak je. kalau kata tak boleh buat memang tak buatlah.mana ada parents nak mengaku mereka gagal disiplinkan anak. selalunya kesalahan itu diletakkan terus atas si anak atau pihak skolah. walhal parents sebenarnya tak bersungguh-sungguh disiplinkan anak tu. semua diserahkan pada pihak sekolah bulat2. bila ada masalah mulalah datang serang pihak sekolah.
wah..sgt membantu..sekarang pun tgh kerja kat tadika, tgh buntu mcm mne nk asuh fitrah dlm ms singkat bersama dorg waktu sekolah..huhu..
tnx kak arasy!!
All the best!
to doc:
thanks for being my no. 1 fan! huhu...
to mustika:
ada kebenarannya apa yang anti kata.boleh juga dianggap ujian bagi ibu bapa tu jika anak tidak berdisiplin...selalulah berdoa untuk anak2 supaya hati2 mereka lembut dan mudah dilentur
to atie:
gud luck for your new job! hati2 jgn smpai kena gigit kat anak2 di tadika tu..hahaha
to nanny comel..
thnx..doakan kami tabah membesarkan cucu2 mak ni dalam tarbiayatul islam yang sebenar
bab kebersihan memang penting...kak bi pun ingat masa kecik dulu pakngah n makngah memang ambik berat hal ini...sampai sekarang...so skrg giliran ajar anak sendiri pulak..
Post a Comment