Menteri Besar pilihan rakyat Perak..
Mengulas keputusan by-election Bukit Gantang dan BUkit Selambau yang berlangsung semalam, saya dan suami tersenyum panjang sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari usrah. Radio 24 Bernama melaporkan kemenangan dua bukit tersebut yang memang sudah kami jangka dari awal.
Ternyata rakyat Semenanjung telah jelak dengan retorik politik BN (UMNO)yang klise..taburlah seberapa banyak gula-gula kepada rakyat jelata, mereka tidak akan berganjak selagi prinsip kukuh...rakyat sudah lama sedar dan bangkit dari dakyah politik UMNO/BN yang nyata ketinggalan zaman dan jauh dari aspirasi kontemporari yang ingin melihat perubahan. Walaupun Harakah sebagai lidah rasmi PAS telah digantung 3 bulan, aktiviti ceramah disekat dan dihalang, namun rakyat tegar mencari informasi sebenar melalui sumber lain. Hasilnya, YB NIzar (PAS)menang di Bukit Gantang dengan majoriti lebih tinggi dari pemegang kerusi sebelumnya dan S Manikumar (KeADILAN)juga mengalami nasib yang sama di Bukit Selambau.
Sungguh percaturan Allah sangat cantik...meski BN menggila dalam rampasan kuasa di Perak, telah ditakdirkan YB Nizar (MB Perak yang masih sah) akan melalui jalan ini ke Parlimen. Ini juga bukti yang menyatakan bahawa rakyat Perak masih mahukan YB NIzar menerajui kepimpinan kerajaan Perak...apalagi yang nak dilakukan BN? Mereka telah 'bantu' mengukuhkan bukti bahawa rakyat Perak menolak BN...'Terima kasih' BN..lain kali buatlah lagi...
Keep going PAkatan Rakyat! Kami semua di belakang anda selagi menifesto anda jelas memperjuangkan hak rakyat. Cukuplah 52 tahun BN memperdaya...cukup-cukuplah!
S Manikumar bersama-sama MB Kedah, Ustaz Azizan dan YB Salehuddin Ayub
Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …
Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!
Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …
Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.
Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.
(A. Samad Said - Sasterawan Negera)
P.S: Tak mahu ulas by-election di Batang Ai...kesian masyarakat pedalaman yang tak tahu gapo2..
4 comments:
Salam cik kak..
bukan tak tahu apa-apa. mereka diugut, dibuli dan dibeli. sebelumnya memang angin perubahan tu dah nampak. tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, setelah fokus terbahagi tiga memang susah untuk nampak yang ada pembelaan wajar dari mereka. tunggulah pr negeri. mungkin ada perubahan yang ketara akan terjadi.
p.s... BN kempen sampai rumah panjang terakhir. ugut dan beli. guna seluruh jentera negeri. lagipun masyarakat iban kurang terdedah dengan reformasi.
jadi dedahkanlah petualangan BN yang dilakukan di rumah2 panjang itu...
cuma yang nyata, bilangan undi utk PR di Batang Ai meningkat dari PRU yang lepas...itu buktinya rakyat Sarawak juga mahukan perubahan..
subhanallah!sungguh tegar
dan tegas cikgu arash
bersuara :)
moga perubahan itu kepada
yang lebih baik..
kita semua perlu lebih kuat
berkerja bukan? :D
satu tamparan hebat kiri dan kanan pipi najib...hadiah buatnya...terjadi pulak semasa jawatan Prime (baca : Crime) Minister di bwh tampukannya...
tapi masih tak sedar2 akan suara rakyat yg kian mengaum mendesak perubahan...
BN buat2 pekaaaakk jek..
di tambah pulak keputusan2 drastik yang sgt kelakar dan berlatarbelakangkan permainan politik kanak2 umpama mengumpan gula-gula minta di ikut....hih...ada jugak pemimpin ghope ini....
Post a Comment