Friday, September 26, 2008

Eid Mubarak!


Sedar tak sedar, Ramadhan hampir berlalu...mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir bagi kita? Hanya Allah yang Maha Mengetahui...Sempena Syawal yang bakal muncul beberapa hari lagi ni, I would like to wish Eid Mubarak to all of my blog visitors..Ramadhan yang masih berbaki ini, manfaatkanlah sehabis-habisnya...jangan biarkan keghairahan berhari raya merosakkan ibadah kita pada malam-malam terakhir Ramadhan...

For me..raya tahun ini adalah raya yang paling memilukan
Raya yang paling menyedihkan..kenapa? Kerana ada kepercayaan yang dicarik-carik...Ada kesetiaan yang dirobek-robek..I just wish I can find the light by the end of the road...How I miss my abah and his soothing voice...I miss his hugs and comfort pat...Miss you abah...Your daughter is really in need...I'm sad abah..really sad...Kalaulah abah tahu betapa hancurnya hati seorang anak di saat ini, abah pasti mengangkat tangan tinggi-tinggi ke langit memohon agar segera dikurniakan ketenangan ke dalam hati anaknya...seperti yang abah lakukan setiap malam usai qiamulaill...betapa hati ini meronta-ronta ingin kembali semula ke laman abah...yang amat sederhana namun penuh dengan mahabbah dan rasa taqarrub dengan Allah...

Abah,
Kalau saat ini abah mendengar detik hati ini,
Ketahuilah, anakmu perlukan segenap kekuatan
untuk meneruskan langkah kaki
demi perjuangan dalam sebuah kehidupan..

Kesedihan ini, abah..
Amat memeritkan
Terasa hati disiat-siat
pedihnya...bagai luka disiram cuka...

Doakan anakmu ini abah...

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum w.r.b
Sedih hati mendengarkan rintihan cikgu.Apa-apapun maaf zahir dan batin.Dari orang yg tdk rajin ber 'blog' sebab SPM.

'adz said...

salam aidilfitri from dublin buat cikgu sekeluarga..

ummu ijlal said...

wah, muadz dah sampai Dublin ye..selamat berjuang muadz! jgn lupa cari usrah kat sane tau...

Khazinatul_Asrar said...

'eid mubarak buat cegu sekeluarga :)
maafkan salah silap saya ye~