Monday, September 15, 2008

Fitnah Cinta 'Anta-Anti'...


Isu hangat bakal dibicarakan di sini...when talking bout hot issues, it's much convenient to write in my mother's tongue..so, to my fellow international guests, please search for Malay Language dictionary to devour this entry...hohoho

Masalah cinta 'anta-anti' ni bukanlah perkara baru, tetapi amat perlu diperkatakan demi penerusan kerja-kerja dakwah yang suci dan bersih daripada hati-hati kotor yang sengaja menjadikan jalan dakwah sebagai asbab menghalalkan cara demi natijah jelek...

Kadang-kadang hati rasa jelak bila melihat senario cinta anta-anti yang bukan sekadar wujud di kalangan remaja sekolah versi SMI Al-Amin, tetapi di kalangan individu yang mengaku diri sebagai penggerak dakwah sendiri! Memetik istilah Faisal Tehrani, senario 'kawanan anjing'...

Tidak dinafikan kekerapan berjumpa untuk melaksanakan sebarang program high impact antara ikhwah dan akhwat pasti sedikit-sebanyak membibit perasaan yang tidak diundang...sekiranya dilayan maka akan mengakar dan membarah sehingga terbit perasaan cinta yang mendalam...pada mulanya mungkin sekadar perasaan kagum atau minat, kemudian apabila diturut dengan sms-sms yang dihantar kerap pada masa yang tidak munasabah, maka terdedahlah 'anta' dan 'anti' itu kepada jarum-jarum syaitan...apahal pula jika sms-sms itu dihantar kepada ikhwah yang telah jelas adalah suami atau ayah orang?

Kerana itu dalam Al-Quran disebut peri pentingnya menundukkan pandangan apabila bermuamalah dengan bukan mahram (rujuk surah An-Nur ayat 30-31). Jika boleh diwujudkan hijab antara keduanya itu lebih aula...namun, dalam senario masakini menwujudkan hijab antara ikhwah akhwat semasa bermesyuarat atau berbincang mungkin dianggap tidak relevan lagi. Jika begitu, wajiblah hijab itu diwujudkan dalam bentuk ma'nawi dalam hati masing-masing. Andai kedua-dua pihak ikhwah dan akhwat menghayati dan mengamalkan saranan dalam surah An-Nur, ayat 30-31 pasti tidak wujud apa yang dikatakan fitnah cinta 'anta-anti'.

Cuba tanyakan diri antunna wahai akhwat, apakah hukumnya bertukar-tukar sms dengan seorang akhi yang nyata seorang suami orang pada tengah-tengah malam buta? SMS itu pula nyata bukan bertanyakan persoalan fikh atau termasuk dalam kategori dhoruriyyah, sebaliknya berbunyi penuh kemesraan dan gurau senda...astaghfirullahalazim! Adakah sudah habis teman akhawat untuk berhubung mesra sehingga terpaksa mencari kemesraan dengan seorang akhi yang jelas sorang suami orang? Andai ini yang antunna yakini sebagai natijah da'wah,maka sedarlah antunna sendiri mencipta fitnah yang besar terhadap jalan da'wah itu sendiri! Sungguh jelek dan amat memualkan!

Sedarlah wahai penggerak da'wah sekalian...jangan tenggelam dalam godaan nafsu yang tak bertepi kerana syaitan sentiasa mengintai-ngintai untuk menusukkan jarumnya!

Sekian dulu...mata ini akan sentiasa memerhati, telinga ini akan sentiasa mendengar dan tangan ini tidak akan jemu mencegah kemungkaran...

wassalam..

p/s: kesian Sis Alia...baru2 ni anaknya dimasukkan ke hospital kerana seizures...moga Muhammad cepat sembuh...tabahkan hati ye Kak Alia...

No comments: