Monday, October 6, 2008

Baked Macaroni Utk Fathiyyah


Aritu si Fathiyyah ada bertanyakan camne nak buat baked macaroni...the most important tool that you need is hot air oven or microwave...kalau takde oven camne nak bake kan? So, ni resepi untuk thia cuba sebelum balik Cairo...sebenarnya dah lama tak 'mem'baking...dulu kalau kat rumah mama selalu juga bake kek coklat atau muffin bila boring...tunggu ayang belikan oven dulu kot, barulah nak kembali mem'baking'..

Bahan2:
400g makaroni
2 sudu besar serbuk kari daging (optional)
1 ulas bawang besar
1 biji capsicum (ganti ngan cili merah pun boleh.tapi, remove the seeds first. kalau tak pedass...Ijlal takleh makan nanti)
1 tin kecil cendawan butang
150g daging cincang
3 batang sosej (optional)
minyak untuk menumis
7 biji telur
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Sedikit daun sup bawang
cheddar cheese / mozarella cheese or both
(bahan-bahan tu boleh adjust ikut kesesuaian. the Italian taste depends on the cheese, actually. yang lain2 tu suka ati nak boh ke tidak and banyak mana)

Cara nak masak:

1. Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaitun, kalau takde olive oil pakai jela minyak cap buruh atau yang seumpamanya atau butter dan sedikit garam, bila kembang toskan airnya.
2. Capsicum dan 1 ulas bawang besar dipotong dadu.
3. Cendawan dan juga sosej dipotong mengikut bentuk yang diinginkan.
4. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu hingga layu.
5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,kacau hingga wangi.
6. Masukkan daging cincang. Kacau sebati.
7. Masukkan sosej, cendawan dan sedikit capsicum. Gaul hingga sebati.
8. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan garam. Akhir sekali masukkan makaroni kacau hingga sebati
9. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan,pukul sedikit.
10. Sapukan acuan dengan butter/majerin supaya tidak melekat.Masukkan makaroni yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit cheese dan masukkan pukulan telur sedikit. Lapiskan lagi dengan macaroni dan masukkan pukulan telor kesemuanya. Taburkan capsicum yg selebihnya dan daun sup & daun bawang. Kemudian taburkan dgn cheese yg selebihnya
11. Bakar selama 15-20 mins di dalam oven dengan kepanasan,180 C

Resepi ni boleh serve 5-7 people...
Sedia utk dihidangkan!

8 comments:

Khazinatul_Asrar said...

salam cegu~
saye baru berangan2 nak buat makaroni bakar ni.hehe. boleh la cube pasni.. tgk kat resepi kat tenet sampai 20 biji telur tu ape kes tah.hehe.:D

best2!eesok boleh try ni :)

thanks a lot cegu :)

Rahman D said...

wah!!! boleh try nih cikgu bhn semua ada nih

ummu ijlal said...

to khazinatul asrar: try jgn tak try...yang pakai sampai 20 biji telur tu memang sah nak membunuh orang..

to man d: wah...bila cikgu bleh rasa baked macaroni by bakal doktor ni? hehe...senang ye nak cari cheese yang halal kat sana? try jgn tak try!

Khazinatul_Asrar said...

alhmdllh cegu~
dah selamat buat n selamat habis dimakan oleh tetamu2 yang hadir.hehe~
walaupun mcm banyak jugak guna telur (sbb guna telur saiz c kot..),jadi juga akhirnya. syukran ya! :D

ummu ijlal said...

to syazana: tahniah atas percubaan yang berjaya! tunggu lebih banyak Italian recipe utk dicuba, k?

`Ammar Sahrim said...

haha mankie skrg smgt la nk masak mcm2....tunggu la kahwin nnT,tunggu isteri masak je! haha. anyway cikgu, i love to try your italian cooks, i know u're quite expert in that. =)

Khazinatul_Asrar said...

ahha.tak sabar nak tggu the next recipe ;))

ummu ijlal said...

to ammar sahrim: aik, takkan nak tunggu isteri masakkan kot...sekali dpt isteri yang tak pandai masak! wahaha...maila umah kalau nak try my Italian cuisine..

to khazinatul asrar: rajin2 la lawat blog cikgu ek??