Tuesday, April 29, 2008

Letihnya diri...

Dalam hidup ini kita akan ketemu dengan pelbagai karenah manusia...ada yang suka melemparkan tuduhan sesuka hati..ada pula yang cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain..ada yang mengharapkan balasan selepas memberi sesuatu dan ramai juga yang suka mengungkit kebajikan yang pernah dibuat untuk orang lain. Semua itu nyata bukti kejahilan manusia yang bakhil dan jauh daripada nur Tuhan...

Selalu juga kita terpaksa telan dan hadapi semua perkara tu sendirian. Atau kalau bernasib baik ada yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar luahan masalah...sekadar mendengar...nothing more than that...

Adakalanya, kita cuba lari daripada mengadap wajah-wajah insan yang menyakitkan hati itu. Atau membaca sms-sms yang mengguris perasaan..tapi selalunya, mustahil untuk berbuat begitu jika insan-insan itu adalah insan yang hampir dengan kita atau memang hidup di sekeliling kita...tiadakah jalan lain?

Bagi diri ini, tiada yang lebih aku harapkan selain daripada kebahagiaan diri dan anak-anak tersayang...biarpun aku terpaksa menghadapi kehidupan ini berseorangan, aku redha dan rela asalkan dapat aku menjauhkan diri daripada unsur-unsur kejahilan manusia yang suka menuding jari menyalahkan orang lain tanpa usul periksa...aku rela berhijrah jauh daripada tempatku sekarang ini untuk membina kehidupan lain yang lebih tenang dan mulus...tiada unsur-unsur takbur atau riak manusia yang buta hati..tiada suasana keduniaan yang terlalu ketara...cukuplah sekadarnya yang ada untuk meneruskan kehidupan...

Dan aku bukanlah insan lemah yang tidak boleh lari dari belenggu kepompong ini...aku mampu membuat perubahan dalam hidup..bila kupejamkan mata dan terbangun dari tidur, aku harap apa yang aku impikan telahpun terbentang di depan mata...hanya aku dan anak-anak comelku meniti hari, mengharungi hidup yang damai...akan kubuktikan suatu hari nanti..aku tidak akan tunduk lagi dengan kemahuan insan yang menekan diri dan mencalarkan hati..

Cukuplah setakat ini...biarkan aku kembali ke laman ayah bondaku...

1 comment:

almuna said...

ha, tengok tu...dia yang nak berhijrah rupanya, camne yek kita ada perancangan yang sama...agaknya sebab bday kita sama kot.
kadang2 macam ni jugak yang akak rasa. kalau d tempat kita kerja tu, i always feel like rsigning immediately whenever people say stuff at our face without thinking carefully how hard actually we did what we did. senang2 je nak kata dan nak kutuk....tapi somehow i manage to pekakkan telinga dan buat selambe. or i just opt to get the spicy ice cream kak zai jual tu and eat my heart out...tu yang sampai sehari boleh 3 cup ice cream! he he