Thursday, April 3, 2008

Kemelut Politik di Terengganu: Kabus Telah Berlalu?

Terengganu dan Perlis...2 negeri yang memiliki persamaan, iaitu:
1. 2-2 negeri ini dimenangi oleh BN dalam PRU 12 yang lalu
2. 2-2 bekas MB di negeri ini orang kegemaran Pak Lah. In fact, 2-2 dah dapat watikah perlantikan daripada Presiden UMNO untuk menerajui negeri-negeri itu.
3. 2-2 bekas MB ini bukanlah calon favourite Istana, baik di Perlis mahupun di Terengganu, Raja Perlis dan MPPR Terengganu tak memperkenankan 2-2 bekas MB ni untuk terus memegang tampuk kerajaan negeri. Istana Perlis prefers Dato' Isa Sabu than Syahidan Kassim. Manakala Dato' Ahmad Said adalah calon pilihan Istana Terengganu berbanding Idris Jusoh...

Analisis situasi menunjukkan penyelesaian kemelut perlantikan MB kedua-dua negeri ini melalui 2 jalan yang berbeza.

Di Perlis, Dato Isa Sabu mendapat sokongan penuh daripada majoriti ADUN. Hanya 5 ADUN sahaja menunjukkan sokongan padu pada Syahidan Kassim. Nak tak nak, Pak Lah memang kena akur dengan pilihan rakyat Perlis yang ingin melihat perubahan pada tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Perlantikan Dato' Isa Sabu sebagai MB baru mendatangkan kegembiraan yang tak terhingga pada rakyat Perlis. Buktinya, sepanjang sempadan masuk Kedah-Perlis, kain rentang melaungkan tahniah pada Isa Sabu berbaris-baris sehinggalah ke tengah bandar Kangar.

Nasib berbeza pula menyebelahi Dato' Ahmad Said apabila 22 ADUN BN langsung tidak menunjukkan sokongan terhadap perlantikan beliau oleh Istana Terengganu. Maka, wujudlah apa yang dikatakan sebagai 'gelombang haru-biru' di Terengganu. 22 ADUN ni entah menurun semangat pendekar mana ntah, berani melancarkan tunjuk perasaan depan istana...kononnya jika orang lain selain Pak Degheh dipilih sebagai MB, mereka akan boikot Majlis Angkat Sumpah dan letak jawatan ramai-ramai...for me, tindakan depa ibarat anak-anak hingusan yang merengek depan ayah sebab tak dapat apa yang diinginkan. Budak-budak jangan dilayan, kalau dilayan memang akan menjadi-jadi...so, tindakan pihak istana yang tetap dengan pendirian mereka memang wajar dipuji...mereka melakukan perkara yang betul. Tidak ada salahnya, kerana kuasa melantik MB itu memang semata-matanya hak bagi Sultan. Isu yang dibangkitakan oleh UMNO, YM Sultan Mizan tidak berhak masuk campur urusan perlantikan peringkat negeri kerana baginda sekarang Yang Dipertuan Agong...sepatutnya urusan perlantikan MB itu adalah kuasa pemangku Sultan...siapa yang dimaksudkan oleh UMNO? Adakah anak baginda yang baru belajar di sekolah rendah itu yang lebih berhak melantik? Sahlah UMNO kehabisan modal...maka pelbagai ancaman dan ugutan dilemparkan kepada Dato Ahmad Said, kononnya beliau akan dilucutkan keanggotaannya sebagai ahli UMNO kerana menerima watikah perlantikan daripada istana, pada masa yang sama dianggap melanggar arahan Presiden Parti yang lebih menggemari Pak Degheh untuk menerajui kerajaan negeri Darul Iman itu...

Apalah salah Dato Ahmad Said itu yang sekadar mahu menumpahkan taat setianya terhadap al-Sultan..bukankah biadap namanya jika watikah perlantikan dari istana itu ditolaknya atas dasar nak memuaskan hati presiden parti yang sepatutnya lebih sensitif dalam hal-ehwal menjaga hubungan dengan pihak istana. Sebelum ini, orang-orang UMNO ibarat pendekar yang memelihara institusi istana apabila Lim Kit Siang keluarkan arahan supaya semua ADUN dari kalangan DAP memboikot majlis angkat sumpah MB Perak. Kit Siang biadap! itu kata Pak Lah bila diminta komen tentang situasi di Perak. Kit Siang akhirnya meminta maaf kepada Sultan setelah didesak oleh banyak pihak supaya beliau lebih rasional dalam membuat pertimbangan. Tapi, bila perkara yang agak-agak sama berlaku di Terengganu, kenapa tiada pula kenyataan daripada Presiden UMNO itu untuk menasihati anak-anak buahnya supaya jangan biadap dengan al-Sultan? Sebaliknya, kalau diikutkan setiausaha badan perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid, segala apa yang mereka lalukan (demonstrasi, bantahan depan istana) adalah atas arahan presiden parti...nah, siapakah yang biadap merangkap penderhaka sekarang?..apasal bila isu pembentukan kerajaan campuran di Perak bergeser sedikit terus pendekar-pendekar UMNO berpencak dan bersilat, kononnya tak patut biadap dengan pihak istana dsb...bila perkara yang sama berlaku di Terengganu, mana dia muka-muka yang kononnya sangat menyanjung institusi istana tadi? Ada unsur-unsur double standard pulak kalau diikutkan..

Akhirnya...MT UMNO terpaksa tunduk dengan kehendak istana. kalaulah UMNO berkeras dengan sikap keanak-anakannya siapa yang rugi? UMNO sendirilah yang rugi...andaikata 22 ADUN BN yang setia tak bertempat tu betul-betul letak jawatan, Barisan Rakyatlah yang akan dapat untung...bertambahlah satu lagi negeri di bawah pentadbiran Barisan Rakyat hendaknya....I think, 22 ADUN tu main tuk-cak je bila kata nak letak jawatan...bukan betul-betul pun..yelah siapa nak jaga periuk nasi diorang? Elaun ADUN sure tak dapat punye...agaknya UMNO ada tabung ehsan untuk ahli-ahlinya yang setia takbertempat tu kot...entahlah...

Yang penting sekarang, rakyat Terengganu dah dapat pun MB baru diorang...MB pilihan istana..nasihat untuk UMNO, jagalah hubungan baik dengan istana sebab sl-Sultan sekarang sangat2 prihatin dengan kehendak dan permintaan rakyat...janganlah sebab ada kepentingan politik sampai sanggup jadi pengkhianat!
Semoga Sultan Mizan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah...Amin

No comments: