Tuesday, April 28, 2009

Swimming Baby..

My swimming lesson is still ongoing...if in the last class I have to deal with a group of adults (around 40-45 years of age), my present class now is a group of primary school kids...guess what? they are much better and fast learner than the first group! The water confidence level is very high and they always have the guts to try new technique...I have no problem of dealing with them...in fact, I'm enjoying myself to the the maximum level...

What is the difference between teaching in a classroom and teaching in a pool? In the pool, the safety of the students is totally depended on me...day dreaming, answering phone calls or leaving the student alone in the pool is really a no-no...total attention and focus must be paid to each individual in the group without fail..

Some people asked me, what is the earliest age to teach kid to swim? Actually, babies at the age as early as 3 months, can be taught the survival skill (basic:backfloating) in water...believe me? watch this video and make your own conclusion...are you prepared to introduce your baby to the water??? planning to hold special class for infant in the future...the first group of apprentices? of course my three little girls!



Thursday, April 16, 2009

Hanya tinggal 35 tahun lagi...

Harini ummi Itqan, Ijlal dan Imtiyaz genap 28 tahun! Happy? Bersyukur...dalam keinsafan...kalau diikutkan umur purata umat Nabi Muhammad S.A.W sekitar 63 tahun, bil ma'na ada lagi 35 tahun umur yang berbaki, itupun jika tidak dipanggil menghadap Allah lebih awal...doa ummi semoga ummi sempat melihat anak2 ummi membesar dan berjaya depan mata...dan semoga kita sekeluarga dapat dihimpunkan semula dalam syurga Allah yang penuh nikmat...Amin..

Selama 28 tahun hidup di muka bumi Allah ini, pencapaian terhebat ummi ialah...Being a mother to three beautiful daughters...Itqan, Ijlal n Imtiyaz...Itulah sumber kebahagiaan dan kegembiraan ummi...




Not to be forgotten...Happy Birthday to Sis Alia...who shares the same birthdate with me...thanks for the nice gift...

Wednesday, April 8, 2009

2 Bukit, 2 Tamparan...

Menteri Besar pilihan rakyat Perak..

Mengulas keputusan by-election Bukit Gantang dan BUkit Selambau yang berlangsung semalam, saya dan suami tersenyum panjang sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari usrah. Radio 24 Bernama melaporkan kemenangan dua bukit tersebut yang memang sudah kami jangka dari awal.

Ternyata rakyat Semenanjung telah jelak dengan retorik politik BN (UMNO)yang klise..taburlah seberapa banyak gula-gula kepada rakyat jelata, mereka tidak akan berganjak selagi prinsip kukuh...rakyat sudah lama sedar dan bangkit dari dakyah politik UMNO/BN yang nyata ketinggalan zaman dan jauh dari aspirasi kontemporari yang ingin melihat perubahan. Walaupun Harakah sebagai lidah rasmi PAS telah digantung 3 bulan, aktiviti ceramah disekat dan dihalang, namun rakyat tegar mencari informasi sebenar melalui sumber lain. Hasilnya, YB NIzar (PAS)menang di Bukit Gantang dengan majoriti lebih tinggi dari pemegang kerusi sebelumnya dan S Manikumar (KeADILAN)juga mengalami nasib yang sama di Bukit Selambau.

Sungguh percaturan Allah sangat cantik...meski BN menggila dalam rampasan kuasa di Perak, telah ditakdirkan YB Nizar (MB Perak yang masih sah) akan melalui jalan ini ke Parlimen. Ini juga bukti yang menyatakan bahawa rakyat Perak masih mahukan YB NIzar menerajui kepimpinan kerajaan Perak...apalagi yang nak dilakukan BN? Mereka telah 'bantu' mengukuhkan bukti bahawa rakyat Perak menolak BN...'Terima kasih' BN..lain kali buatlah lagi...

Keep going PAkatan Rakyat! Kami semua di belakang anda selagi menifesto anda jelas memperjuangkan hak rakyat. Cukuplah 52 tahun BN memperdaya...cukup-cukuplah!
S Manikumar bersama-sama MB Kedah, Ustaz Azizan dan YB Salehuddin Ayub

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.

(A. Samad Said - Sasterawan Negera)




P.S: Tak mahu ulas by-election di Batang Ai...kesian masyarakat pedalaman yang tak tahu gapo2..

Monday, April 6, 2009

Itqan's Masterpiece

One of the ways to exercise the right brain (creative side) of your children is by encouraging them to use colours (let it be crayons or colour pencils).

At the age of 1.5 to 2.0 years old, you can start by introducing the name of different colour. Relate them with the colour of natural things around you (example: yellow = sun, blue = sea, black = hair, green = tree).

Between the age of 2.0 to 3.0 year old, guide them on how to hold a pencil or crayon. Choose the right size of colours (usually the jumbo size). They may start with doodling on blank papers.

Guide them on how to colour within the lines as early as 3.0 years old...

Colouring always creates the feeling of bliss and satisfaction to the children especially when they have completed the task...reward them with a kiss, a pat or a praise...they can spend hours on colouring than disturbing you running the house chores...


Itqan, totally engrossed in her colouring task


Itqan's masterpiece..."tengok ni ummi, cantikkan?"
"Cantik sangat...pandai anak ummi!"

Friday, April 3, 2009

Adikku Sayang... :)

Pukul 9.35. Tengah nonton Baba Ali on youtube...tiba2 fon berdering. Panggilan daripada insan yang dirindui sekian lama. Lantas kusambut..

Me: Happy Birthday, adik! (Arini besday tiqah yang ke 17)
Adik: Thanks! Kak Yoi tengah sibuk ke tu?
Me: Takdelah..tengah tunggu kelas. Kul 9.50. Adik katne ni? Haa...seludup fon masuk maktab ek?
Adik: Taklah...MRSM Beseri cuti 5 hari. Kena jadi host untuk sukan antara MRSM. Tiqah balik umah ni. Setiap hari berulang. kena jadi petugas...arini hotlink bagi hadiah besday. Boleh call semua nombor MAXIS for free..
Me: Hmm...(terharu dalam hati. nombor kak yoi dia ni jugak yang dia call dulu)..camne exam aritu? Bio ok? (Mentang2lah mengajar bio, subjek bio jugak yang ditanya dulu!)
Tiqah: Okeyla...semua meningkat. Bio A1. Highest in class!
Me: Wow! Congrats...tumpang berkat Kak Yoi jadi cikgu Bio kot! Hahaha..Mama sihat?
Tiqah: Mama okey je...
Me: Nanti raya, kitorang balik ek? anak2 nak spend masa dengan Ucu Tiqah sebelum SPM..kalau adik dapat medic oversea, mesti dah susah nak jumpa...
Tiqah: Yea! Bestnye. Rindu sangat dengan itqan, ijlal n baby..

Itulah Atiqah...my youngest sister..miss her so much...She's going to sit for her SPM this year. I'm sure she's preparing herself mentally and emotionally...she's a tough girl...a true fighter...I'm positive she'll get whatever she's aiming for...to be an ortophaedic surgeon...her true ambition for years...Kak Yoi doakan hanya yang terbaik untuk adik...miss u dear...Happy 17th Birthday and May Allah Bless You Every Second and Minute...

Terlalu rindu pada adik2 dan keluarga di kampung...rindu sangat2 sampai sering hilang selera nak makan...Semoga Allah anugerahkanku kekuatan dan melindungiku dari perbuatan khianat makhlukNya secara zahir mahupun tidak...

Wednesday, April 1, 2009

Asuh Fitrah2 - Disiplinkan Anak-Anak Sebelum Terlambat



"Setiap anak dilahirkan atas fitrah. Ibubapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya. (Hadis Riwayat Bukhari)"

Dalam entry Asuh Fitrah 1 dulu saya ada mencoretkan bagaimana anak-anak kecil yang sedang bertatih itu perlu disantuni dari segi fitrahnya. Ramai juga yang membaca entry itu dan bertanya apabila bersua di luar, "sampai bila anak-anak itu perlu dibiarkan mengikut lentur fitrahnya? bimbang jika dibiarkan, lain pula jadinya."

Ibu-ibu prihatin yang membaca entry ini, ingin saya ingatkan, perkembangan anak-anak yang cenderung menurut fitrah azalinya itu perlu dibimbing, dipantau dan disalurkan pada tempatnya. Ada masanya mereka dibelai, ada masanya mereka juga perlu didedahkan kepada disiplin terutamanya setelah mereka mencapai tahap mumaiyiz.

Latih dan perkenalkan disiplin secara bertahap mengikut pemahaman anak-anak. Penyampaian itu perlu dipermudahkan tanpa menggunakan kaedah ugut atau ancaman secara tak langsung.

Dalam hidup, setiap masa ada disiplin yang perlu dipatuhi. Disiplin itu bukanlah sekadar peraturan atau undang-undang ketat yang diterap secara kekerasan. Disiplin lebih bersifat amalan dan peraturan hidup yang tersusun dan terorganisasi, menjadikan seseorang individu itu kemas dalam penampilan, pemikiran dan perlakuannya.

Pertama
Solat merupakan pendekatan terbaik bagi membina disiplin diri. Melaksanakan tuntutan solat membuktikan kita sedar adanya keterikatan antara kita sebagai hamba dengan Pencipta. Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Justeru, mendidik anak bersolat terletak atas kewajipan mutlak ibu bapa. Pada usia tujuh tahun anak-anak perlu disuruh bersolat dan pada usia sepuluh tahun, anak-anak itu boleh dihukum jika tidak bersolat. Jika dihayati mafhum hadis ini, kenapa umur 7 tahun yang dinyatakan? bukan 5, bukan 6. Secara purata, anak-anak mencapai peringkat mumaiyiz pada usia 7 tahun. Tempoh yang diberikan untuk mendidik anak-anak melaksanakan solat ialah selama tiga tahun. Setelah sempurna didikan itu, dan anak-anak masih meninggalkan solat, barulah dibolehkan untuk menjatuhkan hukuman atas mereka. Mulakanlah didikan ini dengan mengajak mereka solat bersama-sama. Berjemaah di rumah atau dibawa ke surau untuk sama-sama berjemaah. Perdengarkan bacaan dalam solat dan minta anak-anak mengikutnya. Jangan lupa ganjaran bagi mereka yang berjaya melaksanakan solat (pada peringkat awal sahaja).

Perkara lazim yang berlaku dalam masyarakat kita, tempoh tiga tahun yang diberikan untuk mendidik anak-anak solat itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Juga mereka gagal menghukum anak-anak yang tidak solat pada usia 10 tahun. Lebih parah, dibiarkan sahaja anak-anak itu tanpa teguran. Sebenarnya pada peringkat usia 10 tahun, jiwa anak-anak masih lembut dan boleh dilentur. Mereka jarang melawan jika ditegur atau dihukum. Sekiranya dibiarkan sehingga peringkat pertengahan remaja, baru hendak menghukum atau menegur, anak-anak ini sudah pandai memberontak atau melawan. Maka, tersandarlah ibu bapa keletihan kerana penat menegur anak-anak yang enggan solat. Kesilapannya terletak pada ibu bapa itu sebenarnya, kerana tidak menghargai tempoh masa fitrah yang telah ditetapkan Allah dalam melentur jiwa anak.
Maka, para ibu bapa sekalian, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi, selagi masih berupaya membentuk generasi soleh wa musleh, teruskan usaha antum, Jangan berputus asa..Anak-anak yang jinak jiwanya dengan hukum-hukum Allah akan lembut juga bila bermuamalah dengan manusia.

Kedua
Ajarlah anak-anak membersihkan persekitaran bilik mandi dan tandas di rumah. Boleh dibuat jadual tugasan mingguan giliran bagi anak-anak untuk membersihkan tandas dan bilik mandi. Aktiviti ini sebenarnya melentur sikap ego anak-anak juga menanam sifat tawaduk. Walaupun ada bibik di rumah, anak-anak patut difahamkan bahawa tanggungjawab menjaga kamar persendirian seperti tandas dan bilik mandi adalah tugas yang wajib dilaksanakan oleh mereka. Mereka juga seharusnya difahamkan bahawa kebersihan kamar mandi dan tandas itu melambangkan nilai peribadi dan disiplin diri.

Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu kami adik-beradik di peringkat sekolah rendah lagi, abah telah melatih kami mengurus kebersihan persekitaran rumah. Pagi hujung minggu biasanya adalah masa 'gotong-royong' keluarga yang akan berakhir dengan hidangan makan tengah hari yang istimewa. Abah mengajar kami bagaimana menggunakan berus tandas, membersihkan lantai bilik mandi dan menghilangkan habuk di almari buku. Juga, membantu mama menghantar plastik sampah ke tong sampah di luar rumah. Memang rasa puas bila rumah bersih atas daya usaha bersama.

Ketiga
Anak-anak juga perlu diajar menghargai masa. Masa makan, masa tidur, masa bangun dari tidur, masa solat, masa beriadah dan sebagainya perlu ada penetapan. Bukannya membiarkan anak-anak itu mengikut aturan masa mereka sendiri. Masa makan contohnya, adalah masa bersama-sama keluarga. Makan bersama-sama boleh mengeratkan kemesraan dan menjadi wadah untuk ibu bapa menyelami perasaan anak-anak.
Contoh terdekat yang boleh diperihalkan di sini ialah berkenaan dengan Pak Ngah Man, abang kepada abah. Memang menjadi amalan keluarga itu untuk makan bersama-sama. Selagi ahli keluarga tidak cukup, mereka tidak akan mula makan. Keutamaan diberikan kepada orang-orang yang lebih tua untuk menjamah makanan dahulu barulah diikuti oleh anak-anak. Selagi Ngah MAn belum mula makan, anak-anak juga tidak akan menyentuh makanan. Sehingga kini kemesraan memang sering terpancar dalam keluarga itu setiapkali bertemu meskipun anak-anaknya semua sudah berumahtangga.

Keempat
Pada peringkat anak-anak sudah mumaiyiz (antara 6-7 tahun), anak-anak boleh diajar mengemaskan tempat tidur setiap pagi sebelum ke meja makan untuk bersarapan. Cadar katil ditegangkan mengikut kemampuan, bantal disusun di kepala katil. Selimut dilipat dan diletakkan di tempatnya. Latihan ini penting supaya anak-anak terbiasa mengurus kawasan persendiriannya dengan baik. Permulaannya ibu bapa boleh membantu dan melakukan perkara tersebut bersama anak-anak. Apabila mereka sudah terbiasa sekali-sekala ibu bapa bolehlah menjalankan 'inspection' kekemasan bilik. Sekiranya anak-anak ini tidak pernah dilatih mengemas tempat tidur sendiri, atau sekadar melepaskan tugasan itu kepada bibik di rumah, anak-anak tidak akan belajar erti tanggungjawab. Bilik anak-anak yang kotor dan bersepah-sepah sebenarnya melambangkan peribadi yang gersang dari disiplin. Bukti kegagalan ibu bapa mendisiplinkan anak-anak! Jadi, sebelum anda melenting memarahi anak-anak remaja yang langsung tidak ambil peduli hal-ehwal kebersihan rumah, cuba introspeksi diri anda, pernahkah anda luangkan masa mendidik mereka erti kebersihan dan kekemasan semasa peringkat umur mereka sepatutnya dilatih?

Cukup dulu buat setakat ini...akan bersambung lagi pada masa akan datang..

'Didiklah anak-anak kamu dengan tiga hal: mencintai Nabi, mencintai ahli baitnya, dan mencintai al-Quran..(Hadis Riwayat At-Thabrani)'