Monday, October 20, 2008

USRAH Cikgu Arash yang Best!!!

Setiap tahun menyahut tugasan membawa usrah..setiap tahun juga melalui pengalaman yang berbeza-beza..antara usrah remaja dan pelajar IPT memang jauh berbeza...masa buat degree di USM dulu, berpeluang membawa 3 usrah setahun (2 usrah pelajar IPT, 1 usrah remaja)begitu juga ketika menyambung Master di UIA...masih juga membawa usrah pelajar IPT.... Tidak dinafikan medan usrah inilah tempat aku mengecas iman...rasa hidup, rasa energetic setiapkali mengadap wajah anak2 usrah yang sentiasa eager nak tahu benda baru...tambah2 kalau bawa usrah adik2 remaja mesti sentiasa kreatif dan inovatif...usrah pelajar IPT pula agak serius tapi fun tetap ada...dan yang nyata, doa anak2 usrah yang tulus dan ikhlas inilah yang sentiasa mengiringi setiap langkahku dalam hidup...andai ada ujian menerpa, mereka inilah sumber kekuatan untuk aku terus berdiri...aku harus kuat supaya mereka juga kuat...segala-galanya dikongsi bersama...hatta sampai ke isu membina baitul-muslim pun dibincang bersama dalam usrah..

tahun 2008, kena bawa usrah f4...some of them are my own students from Bio class...and most of them were in my class last year when they were in form 3...jadi dah kenal sangat...masa sesi terakhir usrah setiap orang berkongsi pendapat sepanjang setahun berusrah dengan Cikgu Arash...ramai yang kata, first impression, macam takut...yelah sape tak kenal dengan Cikgu Arash yang strict when it come to study business...tak kenal maka tak cinta...setelah setahun, barulah tahu...siapa sebenarnya Cikgu Arash ni kan? hehe....

Ramadhan tahun lepas, antara flagship project usrah ialah Da'wah Bilhal...medan dakwah yang dipilih ialah Bazaar Ramadhan..ini kerana kami dapati ramai peniaga di Bazaar yang culas ketika masuk waktu solat...keghairahan memburu kemewahan menyebabkan mereka kerugian selama sebulan penuh Ramadhan...yang hairannya, bila azan maghrib mereka tidak lupa berbuka puasa, tetapi tidakpun menuju ke tempat solat..tidakkah mereka tahu semua amalan adalah sia-sia jika solat tidak ditunaikan? KAlau di negeri tadbiran ulama' (pengalaman belajar di Kelantan selama 4 tahun di USM Kampus Kesihatan), seingat aku gerai-gerai wajib berhenti operasi setiap kali masuk waktu solat. 15 minit sebelum azan akan ada petugas yang meronda untuk mengingatkan para peniaga supaya bersiap-sedia menunaikan solat...tiada sebarang urusan jual-beli yang dibenarkan..petugas-petugas atau squad amal ini sangat tegas..oghe klate kato 'bekeng'. Bukan sahaja peniaga yang diberi peringatan malah pembeli juga turut dilarang membeli-belah ketika masuk waktu...berlainan benar dengan suasana di negeri-negeri lain...

Atas dasar itu, kami melancarkan operasi memberi kesedaran tentang kepentingan solat terhadap peniaga2 di Bazaar Ramadhan ini...untuk mengambil hati mereka, kami turut menghadiahkan bungkusan kurma berserta risalah kepentingan solat...

Tugasan dakwah ini bukan sekadar mengedar risalah tetapi, ahli-ahli usrah perlu mendapatkan sedikit gambaran tentang keprihatinan waktu solat dalam kalangan peniaga di bazaar. Ada borang soal-selidik yang perlu diisi..antara soalan yang perlu ditanya, "Mak Cik/ Pak Cik tahu di mana tempat solat terdekat di sini?"...kalau tak tahu di mana Makcik/ Pakcik/Abg/ Kakak bersolat bila masuk waktu? (Teorinya mudah, kalau tahu di mana tempat solat sudah tentu dia dah terbiasa mengunjungi tempat tu setiapkali masuk waktu solat. Kalau tempat solat pun tak tahu kat mana, agak2 kat mana diorg solat ek?..sendiri mau ingat la!)Selepas tu, barulah mereka hadiahkan risalah peringatan dan bungkusan kurma untuk berbuka kepada peniaga terbabit...nampak simple tapi tak mudah...

Here I share some of the captured moments of the project...


Tengah tunggu LRT untuk ke Bazaar Ramadhan Wangsa Maju...4 orang lagi anak2 usrah tak dapat join sebab ada hal yang tak dapat dielakkan...


Inilah medan dakwah kami...Bazaar Ramadhan Wangsa Maju. Ingat...smile sokmo...jangan rasa takut2...semua orang berhak menerima peringatan ini...bersedia dengan sebarang kemungkinan...chaiyyok!



Setelah habis peniaga di bazaar Ramadhan kami kunjungi, pengunjung Jaya Jusco pula menjadi sasaran...


Di food court JJ


Masih di food court, JJ


Tengok, habis kurma ana! Agaknye tu yang dikata Hajar


Barisan Daie yang tabah! Dari kiri, Ili, Hajar, Nabilah dan Azah


Tempat iftar yang vogue...jangan risau, cikgu belanja!


Menu iftar...jangan salah sangka, karipap dengan vadey tu bukan menu baru Shakeys...tapi dibeli dari bazaar Ramadhan...


Lagi menu iftar...makanlah puas2 ek...


Chicken soup


Berehat, sambil bertukar-tukar citer pengalaman dakwah di bazaar..



Dalam LRT dari Wangsa MAju ke Terminal Putra. Alhamdulillah dah selesai iftar dan solat Maghrib di surau JJ. Rasa muda pulak bila bergambar dengan anak2 remaja ni...orang tak perasan pun my bump! hohoho...I was nearly 8 months pregnant by that time...

Projek dakwah seterusnya...dakwah untuk non-Muslims...target, tourists around National Mosque...ala yang selalu singgah amik2 gambar tu...be prepared, k? polish up your English skill!

Sekian...nantikan kisah Jaulah Usrah sempena raya...Lina, cepat e-mail gmbar ek?..

6 comments:

Unknown said...

salam....

menarik betul...

teruskan....

moga mendapat keredhaan allah

Unknown said...

waaa bestnya , tp..tak ajak pun.. ;( tu utk non muslims nanti mcm best je! ;D heee Allah bless you all

Unknown said...

waaa bestnya , tp..tak ajak pun.. ;( tu utk non muslims nanti mcm best je! ;D heee Allah bless you all

MMQ said...

wah!! menarik2.. nnti yg dgn non-muslim tu cgu jgn lupa cerita dlm blog..

Khazinatul_Asrar said...

mashaAllah~
bertuahnya adik2 al-amin ni!
jeles ana dibuatnya~
mcm boleh masukkan one of our prog usrah at usim je..inshaAllah :)
tahniah cegu n adik2.
inshaAllah mantap diorang ni bila keluar al-amin kelak ;)
hasil didikan cikgu arasy juga :)

rindunya al-amin!;'(
bila ya nak pegi?erm~

Nabilah-LilyPatel said...

salam... Cikgu I misss that moment soooooo much... bile lagi cikgu projek kite huhuhuh.... nnti InsyaAllah ana akan usahakan jugak smpai berjaye program RS kite uh.... Sronok sgt dapat berada dlm Usrah Cikgu.... Kenangan terindah ana.... x dapet den nak lupo