Seperti yang dijanjikan, post kali ini akan berkongsi catatan Jaulah Aidilfitri usrah cikgu yang telah diadakan pada 18 Oktober 2008 yang lalu...semoga ukhwwah fillah yang terjalin akan terus mekar sehingga ke akhirat...terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah menyertai dan telah menjayakan Jaulah Aidilfitri ini...sayangnya 3 orang ahli usrah tak dapat join disebabkan urusan keluarga masing2..takpe, ada rezeki kita berjaulah lagi pada tahun hadapan...
Jaulah kali ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.(Desinasi pertama ialah rumah Ili di Keramat....destinasi kedua rumah Syahirah di Setiawangsa, kemudian, rumah Syahida (ex-usrah member, Syahida dah bertukar sekolah tetapi ukhuwwah masih kekal), rumah keempat ialah rumah Mak Tok Itqan. Sepatutnya gi rumah ummi Itqan, tapi jauh sangat ke rawang...lain kalilah datang Rawang ek?? Raya Haji nanti, K?..Rumah seterusnya, rumah Nabila di Taman Bolton dan last sekali, rumah Azlina di Greenwood...puas betul berjalan time tu...sambil-sambil menjamu selera..best! best!
Gambar ni diambil sebelum bertolak ke rumah Ili. Innova kat belakang tu kepunyaan ayah Lina, En. Azizi yang kami gunakan sepanjang jaulah. Siapa drivernye? Hai...siapa lagi kalau bukan cikgu! Cikgu ni nampak je kecil tau..Bukan satakat Innova, Storm pun cikgu pernah bawak..rasanya lepas ni nak kena beli MPV satu, senang nak angkut anak2 usrah gi program sana-sini...
Gambar ni diambil di rumah Lina oleh Itqan...Itqan baru2 nak belajar ambil gambar guna digital camera dengan Kak Lina.
Juadah yang dihidangkan di rumah Ili...sedap bangat!
Bergambar di rumah Ili bersama-sama bonda Ili yang lemah lembut dan baik hati...Ijlal telah meninggalkan 'kenangan' yang indah di rumah ni...kata orang tua-tua...'serasi' hehehe...
Kakak-kakak yang ceria di sisi Itqan. Dari kiri, Ili, Nabila dan Asma'.
Destinasi kedua ialah rumah Syahirah...
Syahirah and her sweet mother...
Gambar-gambar lain di rumah Syahirah..
Buah atas meja tu bukan 'real' tau!
Berlakon makan-makan buah...
Berehat-rehat sambil menanti juadah sebelum dihambat ke dapur oleh Cikgu Arash...anak-anak dara woit, gi tolong emak Syahirah kat dapur tu! Baik, cikgu...hehehe
Ikan-ikan yang menarik perhatian Itqan & Ijlal...kat rumah Syahida
Lagi gambar ikan..
Ijlal tengah bagi ikan makan.
Bergambar ramai-ramai..Ijlal dah ngamuk2 waktu ni sebab mengantuk. Ummi bawa tido dalam Innova..
Borak-borak..
Lagi gambar di rumah Syahida..
Bergambar beramai-ramai di rumah Mak Tok Itqan di Taman Bukit Sentosa.
Kak Syahirah yang loving..hehe..boy yang dok kat tengah tu, Kamil namanya..sepupu kesayangan Itqan & Ijlal...
Cheese cake dari Secret Recipe...sorry, cikgu tak sempat masak...almaklumlah kena jadi driver kat 7 orang anak2 dara...
Gambar-gambar semasa dalam kereta...macam2 aksi si Itqan & Ijlal...syok bermanja dengan kakak yang baik hati dan rajin melayan...
Syahirah & Ijlal
Itqan becok bersembang dengan Kak Ili...macam orang tua jek!
Itqan yang bahagia...
Terlena di pangkuan...
Syahirah kusyuk menyuap kek...di rumah Lina
Di sebelah Syahirah, emak Lina yang banyak memberi sokongan pada program-program sekolah..
Makan, jangan tak makan!
Gambar di rumah Nabilah tak dapat dimasukkan di sini sebab takde pada cikgu...so, sape yang ada gambar masa di rumah Nabilah, silalah hantar kat cikgu..boleh cikgu masukkan sekali...
Sekian saje perkongsian kali ini...semoga terhibur..
No comments:
Post a Comment