Terkenang sewaktu dulu…hatiku terasa rindu…hohoho…rindu…rindu sangat bila terkenang masa dolu-dolu…petang-petang hari sekarang ni selalu hujan lebat kat KL. Selalunya my hubby takkan keluar pejabat kalau hujan terlalu lebat. Pernahlah sekali tu sms kat hubby:
Me: Ayang, nak amik I kul berapa arini?
Hubby: Kalau hari tak hujan pukul 5.30 Am keluar ofis.
Me: Hmm…masa baru-baru kawin dulu hujan ribut pun sanggup redah. Bila dah nak masuk 4 tahun kahwin ni, hujan sikit pun jadi masalah…
Hubby: Ha..ah. Takut anak2 basah kena hujan..
Hmm…rupa-rupanya hubby sangat concern keadaan anak2. Yelah, masa awal-awal kawin dulu mana ada anak lagi, sebab tu boleh je lari redah hujan ribut. Sekarang anak dah 2 orang. Kalau hujan lebat mana nak dukung anak lagi, nak pegang payung lagi, kan? Oklah, ayang…I terima rasional u…
Masa hujan-hujan nilah…sambil tunggu hubby sampai, aku selalu terkenang kisah dolu-dolu…masa tengah muda belia…Sebenarnya nak cerita pasal peristiwa 14 tahun lalu…terkenang masa mula-mula daftar ke SMAP Labu penghujung tahun 1993…masa tu, I was the 2nd in the family to get offer to study in boarding school…Kak Yang, my first sister was in SMAP Kajang…so, kiranya semangat SMAP ni memang sangat kuat dalam diri kitorang adik-beradik…
Bila dapat je offer letter ke SMAPL, masa tu aku baru je bangun tidur. Abah yang sampaikan berita tu…masa tu, surat tawaran dihantar ke pejabat sekolah rendah. Takde apa-apa perasaan…mungkin disappointed sikit sebab ingat dapat SMAP Kajang..adalah tempat mengadu…kalau habis syampu ke sabun ke, bolehlah tumpang Kak Yang punye toiletries..ataupun kalau out of pocket money, bolehlah tumpang Kak Yang yang biasanya sangat jimat berbelanja masa tu (but not now…my sister got enormous appetite when it comes to spending…orang banyak duit…takpela..sesekali she shares with me, Alhamdulillah…I ni cikgu sekolah yang sentiasa sengkek! Hahaha..) sekali dapat SMAP Labu…pelik benar rasanya nama tempat tu…ada ladang labu kot kat situ. Atau orang kat situ memang hari-hari makan labu…hohoho…
Persediaan ke asrama penuh…semua aku uruskan sendiri coz mama was not well at that time. Abah adalah bantu sikit-sikit, membeli keperluan itu dan ini. Tak rasa susah pun, sebab dah biasa tengok Kak Yang kemas beg giant dia setiap kali balik cuti semester.
Daftar sekolah, dihantar abah. Dari Perlis(our family just moved to Perlis after the UPSR result was released), travel ke Seremban. Abah tak tunggu lama, lepas uruskan pendaftaran, abah terus balik. Tinggallah aku pandai-pandai sendiri. Kalau mak ayah orang, adalah yang stay tunggu kemaskan locker but not me…I was quite mature at that time. Takde manja-manja walaupun air mata tergenang jugaklah bila abah bagitau dah nak balik…
Budak 12 tahun kemas luggage, mestilah ada yang tak lengkap..yang paling aku ingat, aku terlupa nak bawak selimut…hai…alamatnya menggigillah bila tido…dahlah sekolah tu atas bukit yang dilatari pemandangan Banjaran Titiwangsa…kalau waktu pagi, dinginnya sampai ke tulang sumsum…tapi, itu semua tak pernah mematahkan semangat aku…takde selimut, aku selimut je guna kain telekung dan sejadah…nyenyak je aku tido..huhuhu..
Minggu silaturrahim di SMAPL pada Disember 1993, memang tak dapat aku lupakan…ada unsur-unsur ragging tapi secara berjemaah…ahh tak kisahlah…seingat aku takdelah pulak kena torture teruk-teruk…Antara hukuman yang masih aku ingat bila langgar rules yang ditetapkan ialah kena panjat pokok taugeh kat belakang Blok B. Hah! Boleh ke panjat pokok taugeh? Kan ke taugeh tu hasil percambahan kacang hijau, mana ada kayu keras? Itulah justification aku, seorang yang boleh dikategorikan sebagai Science Crazy! Lantaklah, yang penting aku takdelah pernah disuruh panjat pokok taugeh..dan takdelah pulak aku tanyakan kawan-kawan yang pernah didenda tu bagaimana ghoman eh pokok taugeh tu…
Antara tugasan yang wajib disempurnakan oleh pelajar junior ialah minta tandatangan senior..biasanya senior form 5…sebelum dapat signature tu, kenalah buat task tertentu…so, ikut nasiblah, kalau dapat senior yang baik, takdelah susah task yang diberikan. Habih-habih pun, baca surah Sajadah atau doa ketika petir berdentum takpun tolong angkatkan kain di ampaian..…tapi, kalau senior yang gila-gila tu, adalah yang sampai bagi task yang tak masuk akal contohnya 'lakonkan adegan seorang ibu in labour'..atau adegan melamar gadis idaman, atau menyanyi lagu Celine Dion sambil buat pantomin! Ish, ntahapeapentah…Apabila tiba masa aku diminta tandatangan oleh junior…akulah antara 'kakak' yang paling bertimbangrasa. Kalau junior datang in groups, biasanya aku akan tandatangan atas satu kertas besar dan suruh depa share ramai-ramai…sorry dik..akak ni busy lot…nak jimat masa…hahaha
Cuti bulanan, selalu juga aku balik umah foster parents di Rembau. Actually, my babysitter since I was small…dah macam sedara sendiri walaupun takde pertalian darah…amazing kan? Keluarga Wa, ibarat ganti pada nenek dan atuk yang dok jauh nun di Utara. Masa dok kat Seremban dulu, selalu spent masa cuti di rumah Wa. Sampai sekarang pun aku masih lagi ziarah keluarga Wa (walaupun Wa dah lebih 2 tahun meninggal) bila berkesempatan. Masa cuti bulanan tu adakalanya dapatlah berjumpa dengan kakakku yang bersekolah di SMAPK. Kak Yang suka angkut member dia ramai-ramai ke rumah Wa. Macam-macam ragam…kecoh dan kepoh..huhuhu…
Aktiviti petang Sabtu yang kitorang suka buat masa cuti bulanan ialah jalan kaki ramai-ramai gi 'lelong' (pasar malam) di pekan Rembau..masa tulah nak memborong pelbagai makanan yang mustahil dijumpai di hostel…seperti Yong Tau Foo, apam balik, ayam percik, cendol, nasi kerabu dll…masa untuk menjamu selera…
Ada satu kenangan yang aku takleh lupa masa form 4 dulu…waktu tu Kak Yang form 5, sibuk buat preparation SPM..kakakku yang sorang ni orang kata studious type…so, aku expect dia akan memerap je kat hostel pada setiap hujung minggu..satu hari Sabtu tu, aku pun buat lawatan mengejut ke SMAP Kajang berbekalkan beberapa biji epal dengan chocolate bar sebagai buah tangan..kalau tak silap, peperiksaan amali SPM untuk subjek Fizik, Kimia, Biologi dah makin hampir, lagilah menguatkan kepercayaan aku yang kakakku itu memang takkan ke mana-mana…dulu manalah ada handphone macam sekarang ni..so, takde temujanji yang dapat diset sebelum berjumpa…elok je aku sampai kat hostel Kak Yang, depa habaq "Kak Nazihah balik Rembau." Apalagi…terkilannya rasa…aku pun terus naik komuter dari Kajang ke Seremban…dari Seremban nak ke Rembau kenalah naik bas, tapi nak add spices to the story, petang tu, perkhidmatan bas ke Rembau tergendala atas sebab-sebab tertentu…so, hancurlah harapan seorang adik nak bertemu dengan kakaknya…aku pun baliklah ke SMAP Labu…nak tahu apa yang aku jumpa atas katil aku masa tu? Sebungkus plastic dengan biskut, gula-gula, coklat dan sebotol air…roommate aku bagitau, "Kakak, awak datang tadi dengan kawan dia. Barang-barang tu dia yang bawak." Hah! Camne boleh jadi macam citer Hindustan ni? Kita gi melawat tempat dia, dia pulak datang melawat tempat kita…..Cuma bezanya aku dengan Kak Yang, aku bawak balik buah tangan yang aku bawak untuk dia, sedangkan dia tinggalkan buah tangan untuk aku…so, esoknya aku kirimkan buah tangan tu melalui ayah kawanku yang kebetulan pengetua kat SMAP Kajang…apalagi, suspend betul Kak Yang bila pengetua panggil nak jumpa di pejabat…ingatkan ada buat kesalahan, rupanya ada utusan daripada adiknya ini…hohoho…
itulah sedikit sebanyak kisah dulu-dulu yang ingin dikongsi..hmmm, andai dapat kembali ke masa dulu, aku pasti tidak akan menolak...tunggu sambungan entry ini pada masa akan datang...
5 comments:
salam ukhwah...
seronok dengar cter exmapL dlu2..
hehehe..mser saya dlu pon tradisi orentasi trun tmurun tu still ader,lawak bila ingt blek but it taught us a lot rite..(huhu x reti bi tp nk speaking gak)
tapi skrg dh xder sgt coz sistem birokrasi yg brmacm2 kt smap..hmm
seronok baca blog akk,trima kasih ats santapan minda..barakallahufik
Assalamualaikum
saya pun generasi SMAPL..
BARU ABIS spm...
senior 09..
hmmm...best la...
cite lagi,k!
salam ukhwah
Assalamualaikum. Your sister nazihah tu skrg kt mana?
Assalamualaikum. Your sister nazihah tu skrg kt mana?
Assalamualaikum. Your sister nazihah tu skrg kt mana?
Post a Comment