Monday, May 12, 2008

Tahniah Kepada Student Cikgu yang Bakal Bergelar Perantau di Negara Orang...

Berikut cikgu senaraikan nama pelajar2 cikgu yang berjaya dalam temuduga biasiswa masing-masing. Tahniah diucapkan! Ini baru permulaan bagi sebuah masa hadapan...jangan takbur dan jangan lupa memanjatkan kesyukuran pada Dia yang mengurniakan anugerah ini...selamat maju jaya!

Program Biasiswa MARA:

1. Abdullah Hafidz Gazali: A Level- German
2. Abdul Rahman Dashuki: Medic - Mesir
3. Ahmad Asyraf Fauzi: A Level: Spain
3. Ainul Syafiqah Mohd Hassan: Medic - Mesir
4. Ammar Sahrim: Medic: Jordan
5. Mohd Shakir Zainuddin: A Level: German

Program Biasiswa JPA

Mohd Amir Saifuddin: Farmasi - Program Luar Negara (Negara mana? tak tahu lagi!)

Beberapa pesanan yang cikgu suka nak bagi di sini:

1. Di manapun antum merantau kelak, jangan lupa penerusan pentarbiahan...belajar-belajar juga, itu makanan akal, makanan rohani jangan sesekali diabaikan. Carilah kelompok usrah yang dapat menarik tangan antum andai tersasar dan mengukuhkan lagi keimanan dalam diri..
2. Andai ketika di perantauan kelak, menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi, jangan mengeluh dan menyalahkan takdir, tapi hadapi dengan tabah dan sabar...anggaplah ia sebagai tarbiyyah daripada Allah.
3. Sentiasa jadi individu Muslim yang 'izzah dengan Islam, sentiasa bangga mempraktikkan syiar dan syariat...jaga batas-batas halal dan haram..jangan sesekali mencuba perkara-perkara lagha dan mungkar kerana bimbang tersesat jauh dan sukar untuk kembali semula ke pangkal jalan..
4. Andai ada peluang mendekati majlis-majlis ilmu daripada ulama'2 tersohor di mesir dan Jordan, jangan lepaskan peluang...gunakan peluang yang ada sebaik mungkin...niatkan demi membentuk individu soleh wa musleh; baik dan membaikkan...

Itu sahaja pesanan cikgu buat bekalan antum kelak...jadilah seperti padi, makin tunduk, makin berisi...jangan ibarat lalang, takbur menongkat dagu namun manfaatnya kurang...

No comments: