Wednesday, May 21, 2008

Teringat Sewaktu Dulu...2

sambungan entry lepas...

Sepanjang kat SMAP Labu dulu, seingat aku..takdelah aku pernah buat kesalahan yang besar-besar…tapi, nak kata aku ni baik sangat takdelah jugak…antara rules yang pernah aku langgar:

1. 'Fly' (istilah yang digunakan oleh budak hostel kalau outing tanpa kebenaran) ke Seremban masa weekday sebab nak beli tiket bas balik raya haji..biasanya, aku beraya je di hostel, tapi kenapa ntah tahun tu rasa nak sangat balik beraya di kampung. Aku fly dengan sorang roommate (orang Kedah) masa tu…Warden terlebih strict sampai tak nak dengar pun reason kami nak outing…so, apa lagi, kami keluarlah dengan selambanya…bila jalan depan pak guard buat muka selamba dan serius…elok je lepas pintu pagar sekolah…cabut!! Sanggup jalan 300 meter untuk tunggu bas jauh dari pagar sekolah! Akhirnya, berjaya juga kami dapatkan tiket yang diimpikan..haha…lepas beli tiket, gi pekena nasi ayam dulu kat medan selera barulah balik…Cuma masa nak balik tu, warden yang tak bagi aku outing pada awalnya, naik pulak bas yang sama dengan aku!!! Aduss…mati gue…jantung aku berdegup kencang sepanjang perjalanan balik ke sekolah…elok je bas berhenti, kami pun turun secepat kilat dan jalan selaju-lajunya ke hostel meninggalkan warden jauh di belakang…dengan harapan warden tak ingat wajah-wajah kami ni..so terselamatlah kami buat sementara…selepas peristiwa tu ada jugak aku standby kot2 dipanggil menghadap warden atau guru disiplin..tapi takdelah pulak…agaknya sebab niat aku baik, nak balik raya haji sebab nak jumpa mama abah, so Allah selamatkan aku!

2. Buat jamuan kelas kat sick-bay…ni cerita masa form 4…antara budaya yang diamalkan kat sekolah setiapkali menjelang hujung tahun ialah adakan jamuan kelas..ntah kenapa pada tahun tu, pihak sekolah agak strict sebab melarang adakan sebarang jamuan. Namun, semua tu tak pernah membantutkan semangat ukhwwah kami yang berkobar-kobar…satu malam, kami merancang untuk adakan jamuan selepas jam 11.15 malam (lampu ditutup pada setiap 11.15 malam). Tempatnya, di bilik sakit asrama puteri(memang cari penyakit kitorang waktu tu!) Pukul 10.30 malam, aku dengan sorang sahabat, Maslinda Mahat dah mula tadah air kat water cooler untuk bancuh air. Tadah dengan baldi pulak tu…hohoho…bila warden lalu, kelam kabut cover baldi yang besar tu…"nak buat jamuan ke?" tegur Cikgu Shamsiah, warden merangkap cikgu Kimia kitorang…aku dan Mas tersengih je…tak mengiyakan dan tak menidakkan…masa jamuan, kami tak nyalakan lampu sebaliknya pasang lilin..seronok menjamu selera, siap ada persembahan berkumpulan pulak tu…masa tu rasa macam taknak berpisah dah dengan sahabat-sahabat sekelas..kalau boleh biarlah stay sekelas sampai form 5…elok je habis jamuan, kami pun memulakan kerja-kerja mengemas…elok je aku buka pintu untuk menyapu sampah keluar, ternampaklah sorang warden berdiri di atas tangga menghadap ke sick bay…aduh!! Habislah aku! Dengan muka yang bergaris, aku agak, warden baru je bangun tido…pelik bin ajaib camne dia boleh dapat instinct kitorang buat projek di situ..padahal dah pelbagai cara kami buat untuk pastikan sick-bay tu sound proof…esoknya, kami sekelas (pelajar puteri je) dipanggil mengadap warden..hukuman yang dijatuhkan nampak simple je, tapi mengaibkan…apa dia? Pakai baju sekolah masa prep malam…memanglah tak nampak mencabar langsung hukuman tu, tapi disebabkan, prep malam boleh berpakaian bebas (tetapi syar'ie), jadi kalau didenda berpakaian sekolah pastilah dipandang lain macam oleh pelajar lain..biasanya pelajar yang melanggar disiplin akan dikenakan denda sebegini untuk timbulkan rasa 'deviant'. Orang lain didenda satu malam je tapi aku dan Mas didenda 2 malam kerana kami dituduh sebagai mastermind projek. Oleh kerana rasa kebersamaan yang kuat, satu kelas sepakat pakai baju sekolah untuk 2 malam…malam pertama, banin dah start pandang lain macam..apsal satu kelas banat pakai baju sekolah nih! Dah sah banat kelas nih nakal-nakal belaka! Agaknya tulah yang terlintas dalam fikiran diorang…malam kedua, tiada apa yang luar biasa lagi…kami buat muka toya je…

3. Ni kisah masa form 5…Tolak tawaran sekolah untuk jadi pengawas…isu besar tahun tu bila aku tolak untuk menjadi pengawas…banyak faktor sebenarnya kenapa aku tolak jawatan tu…antaranya aku tak suka sikap kebanyakan pengawas yang hipokrit..nampak baik di depan tapi di belakang, hanya Allah yang tahu…isu 'couple', dating, amik makanan lebih kat dining hall, jadi spy warden dan banyak lagi yang melibatkan pengawas, menyebabkan aku tak berminat dengan jawatan itu…maka bermulalah sesi soal siasat oleh pihak warden…sesi paksa-memaksa sampailah ke sesi ugut untuk blacklist nama aku daripada mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti…aku selamba je dan tetap dengan keputusanku..akhirnya pihak sekolah akur…takde masalah pun, aku boleh je wakili sekolah untuk pertandingan pantun, tadarus Quran peringkat negeri, tennis dan ping pong peringkat zon…bagiku, jawatan pengawas itu menjarakkan aku daripada sahabat-sahabatku…aku lebih suka jadi insan bebas yang mampu menegur dan memperjuangkan hak para pelajar berbanding melaksanakan peraturan sekolah yang adakalanya berunsur menindas…tak sangka, daripada itu aku mula realize betapa utuhnya sifat ke'pembangkangan' dalam diri ini sampailah kini…hohoho


Hmm…tulah antara senarai kesalahan yang pernah aku lakukan selama di SMAP dulu…kepada warden-warden yang pernah bersusah payah menjaga kami, terima kasih diucapkan…jasa baik warden semua, kami kenang sampai mati…

2 comments:

almuna said...

ha ha kelakarnya cerita buat jamuan tu....kena denda pakai baju sekolah....kih kih

|nurhidayah| said...

salam ukhuwah~
akak menariknya dgr cerita akak.
saya pun bekas pelajar smaplabu,spm '08.
Hmmm,samplabu x byk berubah dr segi budaya,tp mungkin iklim dini tidak sekuat dahulu.