"Knowing that we have a great chance each day to impact the lives of the young in our school is a tremendous responsibility, but it is also a wonderful opportunity..."
Thursday, November 15, 2007
Loving Sisters
Album Permata Hatiku
Tengah makan kismis minda...barulah tak kacau orang
Innocent feature of a humble girl...
Siblings and cousin...Itqan (with bottle), Ijlal (bitting price tag of new dress) and Naurah...anak Mak Cak yang pertama
Ijlal baru lepas mandi
Monday, November 5, 2007
Tahniah Universiti Kebanggaanku!
PULAU PINANG – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga USM termasuk pelajar yang telah berusaha gigih sehingga membolehkan USM mencapai menarafan lima bintang sekaligus menduduki senarai teratas dari segi reputasi IPTA di negara ini dalam Kajian Reputasi Akademik dan Hasil Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ares 2006) yang dilaksanakan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menerusi satu kaji selidik yang dilakukan sejak 2005.
Menurut laporan akhbar-akhbar nasional hari ini, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed berkata, pemilihan USM selaku terbaik daripada senarai 17 institusi pengajian tingga awam (IPTA) di Malaysia dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan sumbangan institusi berkenaan dalam pembangunan bidang penyelidikan di negara ini.Katanya, USM juga banyak memberi sumbangan penyelidikan kepada masyarakat dan faktor-faktor itu telah melayakkan USM menjadi satu-satunya universiti yang berjaya mencapai penilaian lima bintang iaitu yang dikategorikan sebagai cemerlang, sekaligus menduduki senarai teratas dari aspek reputasi IPTA di Malaysia.``Pencapaian USM itu adalah susulan daripada kejayaannya menggungguli skor likert cemerlang dalam empat daripada 10 aspek yang disenaraikan menerusi kaji selidik berkenaan.
``USM turut mendahului universiti lain dalam aspek mempunyai reputasi tenaga akademik fakulti yang paling cemerlang sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada dalam skala baik,’’ katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pengisytiharan penubuhan MQA yang dulunya lebih sinonim dengan nama Lembaga Akreditasi Negara (LAN) di Putrajaya, semalam.Beliau turut berkata, USM dipilih sebagai universiti yang menjadi pilihan paling ramai pelajar diikuti Universiti Malaya (UM).
Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak ketika mengulas tentang perkara tersebut berkata, kejayaan terbaru USM itu disifatkan sebagai kesan daripada pelbagai faktor termasuk setelah diisytiharkan sebagai salah sebuah daripada empat universiti penyelidikan di negara ini.Lebih penting dari itu menurut beliau, kejayaan tersebut lahir dari sokongan, komitmen serta usaha gigih seluruh warga universiti dengan hasrat untuk membawa USM kepada standard yang tersendiri sebagai universiti yang unggul di negara ini. Tambah Dzulkifli, 70 peratus daripada para pensyarah di USM mempunyai kelayakan Doktor Falsafah (PhD) dan ia menjadi antara faktor yang dapat meningkatkan kredibiliti sesbuah universiti.Kajian ini merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan bagi mendapatkan persepsi ahli akademik, pihak korporat dan majikan terhadap IPTA tempatan dan bakal diadakan secara tahunan.MQA dan beberapa pensyarah dari UKM dan UM telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan soal selidik itu dan sepuluh persepsi yang dikemukakan dinilai berdasarkan skor likert satu hingga enam yang bermula daripada terbilang sehingga lemah.
dipetik dari laman web USM: http://www.usm.my
Selamat Maju Jaya!!!
Sedar tak sedar tinggal seminggu je lagi SPM akan menjengah datang..
Sedar tak sedar juga hari ni hari terakhir PUI (Program Ulangkaji Intensif) subjek Biology dengan pelajar-pelajar tingkatan 5, al-Amin...
Rasa sedih plus terharu pun ada bila mengenangkan pelajar-pelajar ini bakal meninggalkan bumi al-Amin tidak lama lagi...
Bagi cikgu, pelajar-pelajar ini berjaya memahat kenangan kukuh dalam ingatan cikgu...terutamanya golongan yang sangat menghargai guru-guru, yang tidak lokek berkongsi kemahiran kepimpinan dan tarbiah dengan adik-adik, yang sentiasa mempamerkan pekerti Al-Amin yang mulia....
Sempena SPM yang bakal menjelma tak lama lagi ni, cikgu ucapkan Selamat Berjaya kepada semua pelajar tingkatan 5, khususnya yang telah 2 tahun mengambil subjek Biology di bawah pimpinan cikgu...
Tak lupa juga kepada Wan Hazimah Wan Ibrahim, adik kesayangan yang sering berkongsi cerita itu dan ini...Selamat Maju Jaya akak ucapkan...semoga berjaya dengan cemerlang...gemilang...terbilang...
Jangan putus-putus panjatkan doa...Semoga perjalanan antum di dewan peperiksaan diiringi rahmat dan keberkatan daripada Allah, dipermudahkan untuk menjawab, dipelihara daripada was-was syaitan...dan di anugerahkan ilham kejayaan...
SELAMAT MAJU JAYA!!!!
Tuesday, October 30, 2007
Buah Hati Ummi....
Orang Perlis sebab lahir di Hospital Tengku Fauziah, Kangar..Anak kelahiran bulan Syawal...(6 Syawal 1427H bersamaan 29 Oktober 2006. Ijlal atau 'adik' dipaksa keluar melalui proses induce kerana umminya nak final exam lagi 10 hari...kalau ikutkan adik tak mahu 'tubik' lagi..nak dok lama2 lagi dalam uterus...>nak buat camne...kalau tak ummi kena postpone exam...adik kena postnatal jaundice selepas 4 hari dilahirkan...terpaksa masuk NICU selama 5 hari...masa tu juga ummi terpaksa study dalam wad dengan buku-buku dan nota-nota kuliah...pengalaman indah...mencabar.bukti ketabahan seorang ummi...sekarang adik dah pun setahun...alhamdulillah...mungkinkah ummi akan alami pengalaman yang sama masa buat doctorate nanti? tunggu...
Buah hati ummi...
Orang KL, sebab lahir di HUKM, Cheras...
Lahir 1 Mac 2005...hari Selasa...ingat lagi, water bag burst pada hari ummi sepatutnya buat presentation di kuliah...terpaksa tangguh presentation sampai Itqan atau Along lahir...leakage of amniotic fluid for more than 12 hours caused leucocytosis to Itqan...suspected septicaemia...so had to undergo antibiotic treatment...complete course after 3 days...sedihnya sebab atuk tak sempat jumpa cicit pertama...hari Itqan discharge from hospital, atuk warded because of stroke...
Very friendly with anybody..cheerful...intelligent..
Umur 1 tahun setengah dah pandai ikut ummi & abi solat...pandai cari sejadah bila dengar azan...moga anak ummi jadi anak solehah...
Sebagai kakak sulung..Itqan pandai jaga adik walaupun baru 2 tahun setengah...bolehlah diharapkan untuk tengok-tengokkan adik kalau ummi nak solat atau masak di dapur...Ummi love you so much sayang....
Buah hati ummi...
The real baby...actually...hehe..paling senang dijaga tapi kalau merajuk kena pujuk cepat-cepat...
Orang yang ummi kasihi seumur hayat ummi...insya Allah..semoga kekal sehingga ke akhirat...
Lahir 26 tahun lalu pada 20 Februari 1981...Orangnya tenang, penyabar...pemaaf...tapi malas sikit tolong ummi buat kerja rumah (itu dulu...sekarang dah banyak improve)...
Sangat komited dengan dakwah dan islah...semoga abi beroleh rahmat dan kebahagiaan di akhirat kelak atas pengorbanan abi yang tak berputusan dalam bidang dakwah dan islah...i love you with whole my heart...
demikianlah senarai buah hati ummi buat kali ini...mungkin pada masa lain akan ada lebih ramai lagi buah hati yang boleh dimuatkan dalam blog ini... insya Allah ...
Thursday, October 25, 2007
Indahnya Ukhwah
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.
Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhuwwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.
1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.
Umar al-Khattab r.a berkata, “Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umarah. Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpesan; “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).
3. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.”
4. Bermanis muka apabila bertemu
“Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.
5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat.”
6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)
Wednesday, October 24, 2007
Mutiara Kata Dr. H.M Tuah Iskandar
“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga daripada air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebongokan.”
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”
“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”
“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”
“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”
“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”
“Sama menolong sama beruntung.”
“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”
“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”
“Dare to be different.”
“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”
“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”
“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”
“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”
“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi
lagi mutiara kata yang hebat2 http://cintadearhaniey.wordpress.com/category/mutiara-kata/
Wednesday, October 10, 2007
Salam Aidil Fitri
Makin hampir dengan cuti, makin bertimbun-timbun pula kerja yang datang...dengan kelas Master yang akan bermula tak lama lagi, students pula nak exam, program Xplorace untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, etc...never ending stories...
Walau sibuk sekalipun, Syawal bertandang tetap diraikan...cuma tahun ni sedih sikit sebab tak dapat pulang beraya dengan abah dan mama. Destinasi tahun ni ke bumi Serambi Mekah, Kelantan...seronok juga bila difikirkan...kembali ke tempat aku menghirup titisan ilmu milik Allah. HUSM, bumi bertuah...di sini aku belajar untuk komited dengan dakwah...dan menerima seorang insan...yang juga komited dengan dakwah...sebagai 'soulmate'ku...akan kujejaki semula bumi HUSM yang telah 3 tahun aku tinggalkan...3 tahun lagi aku akan kembali semula ke sini...kali ini sebagi pendidik anak bangsa, berkhidmat di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, insya-Allah...tunggulah...selepas usai ijazah sarjana kedoktoranku dalam bidang Psikologi Klinikal kelak...
Pada kesempatan ini, izinkan aku untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang singgah di blog ini...Dalam kemeriahan kita beraya, jangan dilupakan saudara-saudara seagama kita yang diuji ujian getir di bumi Palestin, Afghanistan, Ambon, Iraq dan di mana jua mereka berada...kirimkan doa yang tidak berputusan kepada mereka...agar mereka tenang dan sentiasa tabah dalam jihad yang tidak pernah berkesudahan...
AllahuAkbar!!!
Wassalam
Monday, October 8, 2007
RESEPI RAYA: Nasi Tomato
Bahan-Bahan:
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
- ½ cawan minyak sapi
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 biji buah pelaga
2 ½ cawan air - 2 kuntum bunga cengkih
- 2.5 sm kulit kayu manis
- 2 cawan beras
- ¾ cawan tomato sos
Cara:
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.
LAILATUL-QADR...mungkinkah aku menemuinya..dan biarkannya berlalu...
Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata, bersabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: “Lailatul Qadar adalah malam yang tenang, cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari terbit di pagi harinya lemah dan berwarna merah.” (HR. Ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah, dan Al-Bazzar, sanadnya hasan. Lihat Shifat Shaum An-Nabi, Asy-Syaikh Ali Hasan, hal. 90)
Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya
Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam
Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 sudu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml
Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala.
Sekiranya kuah kelihatan cair biarkan atas api kerana lama-kelamaan ia akan pekat. Kalau nak rasa lemak, boleh tambah santan atau susu cair (tapi cepat basi)
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.
Bahan-Bahan:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering
4 cawan pati santan, asingkan bahagian atas santan dan ketepikan
Garam dan gula secukup rasa
¼ kg kacang panjang, dipotong 2 cm panjang
3 keping tauhu basah,
dipotong enam
4 keping tempe, dipotong 2 cm panjang
4 biji terung, dipotong dadu sederhana besar3
keping nangka muda, direbus dan dipotong kecil
4 keping tauhu kering, dipotong enam
Cara:
Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan udang kering. Masak bahan tumbuk bersama santan di atas api sederhana. Masukkan garam dan gula secukupnya. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang, tauhu basah dan tempe. Selepas 10 minit, masukkan terung, nangka muda dan tauhu kering. Apabila semua bahan lembut, masukkan santan pekat. Kacau hingga ia mendidih sebelum diangkat
RESEPI...RAYA
Bahan-Bahan:
250 ml minyak masak
3 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
3 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gula
Bahan-bahan dikisar:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
10 tangkai cili kering
100 gm buah keras
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing. Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak. Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar. Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut. Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.