Bahang keputusan SPM yang melonjak masih terasa...sejak dua tiga malam lepas guru-guru dah tak lena tidur...terbayang bagaimanakah keputusan anak-anak didik kelak? Apakah bakal terkena tempiasan isu PPSMI yang sedang membara? Keputusan yang dipolitikkan atau pun seperti STPM yang merudum berbanding tahun sebelumnya.
Pagi tadi, segala persoalan telah terjawab. Keputusan yang terbaik sepanjang sejarah Al-Amin! Best student- Halim Md Zain dengan 13 1A diikuti Sh. Amina 11 1A (sekadar menyebut 2 nama) dan ramai lagi yang berjaya mencapai 10 A ke atas. Rata-rata matapelajaran menunjukkan peningkatan prestasi yang bombastik! Melonjak jauh dari yang biasa. Sekadar menampilkan beberapa keputusan matapelajaran kritikal secara kasar: Add Math hanya seorang gagal, Physics- 62% A, Bio- 57% A, Chemistry - 75% A, BM - 97% A, Arabic- tiada gagal (subjek paling ditakuti).
Walau apapun isunya, cikgu tetap nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar SMI Al-Amin Gombak yang berjaya (especially pelajar2 yang tuisyen (sementara) Bio dengan Cikgu, Qistina (semua 1A kecuali satu subjek 2A), Sh. Salimah, Amirah Hafit, Siti Atiqah dan Khadijah.)..langkah antum baru bermula meneroka dunia sebenar. Cabaran di luar lebih hebat. Kuatkan diri utk terus thabat dalam ruhil Islam...di mana-mana pun antum bakal terlontar, jadilah agen pengislahan yang musleh bukan individu yang dirubah oleh iklim sekitar yang kian korup..
Banyak lagi laporan tentang keputusan SPM SMI Al-Amin Gombak boleh dirujuk dalam portal Al-Amin dan blog abg wan...
wassalam
2 comments:
Syukran,walaupun sempat belajar dengan cikgu seketika,kami akan terus thabat
insya allah :)
Post a Comment