Monday, March 2, 2009

Itqan - buah hati Ummi

The story of a little princess...




1 Mac 2009.
Itqan happy je hari ni. Pagi-pagi ummi dah wish happy birthday dan cium pipi Itqan. Dah 4 tahun rupanya anak ummi ni. Cepat sungguh masa berlalu. Sebagai kakak sulung, Itqan dah boleh diharap. Itqan dah pandai masukkan mainan yang bersepah dalam bakul. Kadang-kadang susunkan buku di rak ataupun lapkan mulut baby bila baby muntah susu. Selalu juga Itqan pujuk Adik (Ijlal) setiapkali Adik menangis. Itqan akan peluk Ijlal dan tanya, "Kenapa dik? Siapa buat adik?"...

Itqan paling suka tengok iklan Ribena. Alah, iklan yang ada buah lemon dan blackcurrant menari tu..Setiapkali iklan tu Itqan akan tarik tangan Adik. "Cepat dik. Adik berdiri kat sana. Kakak berdiri kat sini. Adik lari kat kakak, tau!" Lepas tu, Itqan akan pegang tangan Adik dan berpusing-pusing ikut lagu iklan...

Itqan anak solehah. Anak yang baik. Selalu juga tolong picitkan kaki ummi setiapkali nampak ummi terbaring keletihan. Bukan setakat picit, siap sapukan lotion lagi! Rasa kurang sikit letih ummi bila dibelai tangan comel Itqan..

Tahun ni, kami raikan ulangtahun keempat Itqan di rumah mak tok bersama pak lang and mak lang...ummi would like to share some of the memorable moments in this special published video...

Selamat Hari Lahir Sayang Ummi! Semoga menjadi penerus perjuangan dakwah ummi dan abi...we luv u sayang...





3 comments:

[MH] said...

itqan sayang,Happy Birthday! Ada surat utk Itqan kat blog mak uda..itqan dh bc ke belum?hihi

itqan,apsal mak tok nampak kurus? mak tok dh rajin exercise eh skrg? hihi

Take care sayang!

MMQ said...

happy birthday little itqan! itqan 4 tahun.. 4x4 jadi 16.. umur kak wardah.. hehe.. happy birthday to me too! semoga kita dua-dua jadi anak yg solehah kan itqan?

almuna said...

Happy Birthday Itqan! 1st March dah dekat2 dengan birthday Pakcik Shahrin (ke Atok Shahrin eh?) 5th March!