September 1998...tarikh keramat yang mengubah minatku pada percaturan politik Malaysia, dan seterusnya dunia...kenapa? Pada tarikh itu Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI)dipecat dari jawatan nombor 2 negara melalui satu pakatan konspirasi yang amat menjijikkan dalam sejarah politik negara...aku, waktu tu baru pelajar Tingkatan 5 di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Seremban...
Daripada seorang yang hanya sibuk digging academic books, aku berubah menjadi seorang yang betul-betul alert dengan perkembangan politik massa. Saat DSAI dijatuhkan hukuman penjara, aku antara yang menitiskan air mata dan bertekad teguh untuk terus membuka lembaran kebenaran dalam sejarah politik negara...
Laungan Reformasi! Reformasi! Reformasi! ibarat suntikan semangat yang mengalir deras dalam segenap urat nadiku...satu persatu maklumat cuba kubongkar, melalui internet atau akhbar alternatif...
Tahun 1999...malam sebelum final exam matriks, aku antara pelajar yang bersengkang mata menanti satu demi satu keputusan PRU 10 di depan tv...bila pengumuman menyatakan Terengganu jatuh ke tangan PAS, takbir bergema di blok H 23, Desasiswa Cahaya Permai USM (Blok budak2 matriks USM tu)...wah, semangat sungguh
Tahun 2004...juga ketika di ambang final exam, final year di USM Kubang Kerian, terlibat secara langsung memberi khidmat kesihatan kepada penduduk sekitar DUN Bukit Panau, Tanah Merah dalam sesi kempen sempena PRU 11...Waktu tu YB Abd Fattah bertanding di DUN Bukit Panau...(YB Abdul Fatah menang lagi untuk PRU 12 kali ini)..juga ke kawasan Gua Musang dan menerokai Felda berjumpa dengan pengundi-pengundi di situ...penat? Mana tahu erti penat ketika tu...janji keringat yang mengalir disalur pada perjuangan menegakkan agama Allah...Allahu Akhbar! Satu pengalaman menakjubkan yang hanya dirasai oleh siswa-siswa di Malaysia...
Tahun 2008...PRU 12...aduh, ke manakah hilangnya semangat aku dahulu...satu bilik gerakan pun tak ku jejaki pada tahun ni...sekadar menumpang semangat suami yang setiap malam bersengkang mata membantu Pak Abu calon DUN Ulu Kelang...cuma doaku masih tak putus untuk pejuang-pejuang kebenaran...
Setelah 10 tahun reformasi dilancarkan oleh DSAI...kini pakatan Barisan Alternatif menguasai lebih 40% kerusi di Parlimen! Suara rakyat kembali kuat! Tahniah! Tahniah! Tahniah! Gelombang reformasi yang dulunya meresap perlahan dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sekarang secara garang menampakkan taringnya...bukan sahaja Kelantan, malah Kedah, Penang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan Barisan Alternatif!!! Tahniah Lim Guan Eng, Ketua Menteri baru Pulau Pinang mewakili DAP, tahniah Ust. Azizan, Menteri Besar baru Kedah mewakili PAS, tahniah Dato' Khalid Ibrahim bakal MB Selangor mewakili PKR, tahniah Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan yang evergreen, tak dilupakan, tahniah kepada Nurul Izzah (Perlimen Lembah Pantai)kerana berjaya menumbangkan seorang Menteri Kabinet dalam cubaan pertamanya bertanding! Inilah ikon generasi baru...juga kepada Datin Sri Wan Azizah yang terus cemerlang...semoga hasratnya memartabatkan kembali maruah suaminya dalam arena politik negara berhasil gemilang....(tahniah juga kepada Mak Cik Rodziah (DUN Batu 3, Parlimen Shah Alam)...ingat lagi, Mak Cik Rodziah pernah offer aku jadi S/U wanita Keadilan...hehehe...mungkin 10 tahun lagi saya akan ikut jejak mak cik, insya-Allah..tahniah kepada semua yang mewakili rakyat Malaysia dalam era baru politik negara...jangan dipersia-siakan kepercayaan rakyat ini...semoga BA terus cemerlang...
2 comments:
tadi thia call ayah n mak..ada ke ayah kata nk suh thia bertanding utk election nnt..hehehe..tapi mcm menarik jugak idea tuu..boleh difikirkan..hehehe..
hmm hepi sgt2 gombak,kKEADILAN pegang,lagi2 kejayaan abu urwah..Allahuakbar!
apa salahnya bertanding untuk election...thia nak wakili parti mana?cuma pastikan cukup ilmu di dada kerana bukan mudah nak pikul amanah rakyat...yang pasti angah mungkin akan jadi calon dalam next PRU...
Post a Comment