Mereka kata: kerajaan sekarang ni bagus, bagi buku teks percuma, yuran peperiksaan dan yuran sekolah dimansuhkan...maka undilah kerajaan yang ada sekarang ni..
Aku kata: Kalau betul-betul bagus, kenapa nak tunggu dekat pilihanraya baru mansuhkan yuran dan baru bagi buku teks percuma? Kenapa zaman aku sekolah dulu takde pun mansuhkan benda-benda ni semua...ingat lagi pernah ikut abah beli buku kat bookshop masa sebelum musim persekolahan bermula (I was at SRK Convent Seremban at that time...sekolah kerajaan tu weh!)...ber'bundle'2 buku teks abah angkut..yelah anak2 abah masa tu 4 orang yang bersekolah...bayangkan, sorang habis dalam RM150 ke RM200. 4 orang? mau beruban kepala gak masa tu? Itulah yang berlaku setiap tahun...berapa tahun rakyat perlu melalui semua ini sebelum digula-gulakan dengan janji berbau pilihanraya? Pastu, bila masuk IPTA, awal-awal lagi diikat dengan perjanjian pinjaman berunsur riba...belum dapat kerja, hutang dah ada
RM 21,000...Tu belum lagi kes kawan-kawan yang mendaftar pakai duit hasil gadaian tanah pusaka mak bapak kat kampung...ish...ish...ish...Dulu aku tak cukup umur nak mengundi..sekarang aku dah tahu siapa yang patut aku undi!
Go for pendidikan percuma seumur hidup!!!!
Mereka kata: Banding dengan 4 tahun lepas, Kelantan lebih membangun...
Aku kata: Eh, aku berhak komen apa, walaupun aku bukan orang Kelantan, tapi aku belajar 4 tahun kat Kelantan tau! HUSMkan kat Kelantan...aku tahu environment sebenar di Kelantan di bawah tadbiran Tuk Guru Nik Aziz...hamba rakyat marhain camne pun boleh jumpa MB ni tanpa susah-susah book appointment 2-3 bulan in advance...Gi je Dewan Zulkifli kat Kota Bharu setiap pagi Jumaat...masa tulah Tuk Guru turun padang memesrai dan mendidik rakyat Klate dengan kuliah tafsirnya...ada ke mana-mana MB kat negeri lain yang buat camtu? kalau kerajaan sekarang benar-benar telus, tak payah tunggu siapa perintah Kelantan untuk majukan Kelantan...berbakti pada rakyat bukan pada parti! Profesionallah sikit...kalaupun Barisan Alternatif yang perintah Kelantan, apa salahnya salurkan bantuan pada rakyat terus...rakyat Kelantan pun bayar cukai pendapatan apa? Berkhidmat untuk rakyat bukan untuk parti!!! Ni tidak...kalau BN menang kat Klate baru bina Universiti...kalau tak menang, takde Universiti...senangnye cakap...mentang2 Klate tadbiran Barisan Alternatif, dibuat cam anak tiri...walhal rakyat Klate tu juga berstatus rakyat Malaysia..
Satu lagi, kalau membangun tu bermaksud lebih banyak pusat hiburan didirikan, lebih banyak masalah sosial, lebih banyak jenayah...kirim salam jelah...tak berminat nak angkat jaripun untuk bagi sokongan...
Mereka kata: Harga barang rendah kat Malaysia sebab kerajaan kawal harga barang...Harga petrol kita rendah banding dengan negara lain..
Aku kata: Yolah tu...harga barang, petrol rendahlah bagi kroni-kroni yang dapat duit berkepuk-kepuk tiap bulan...rakyat marhain yang berkerja berhempas-pulas cari fulus ni takkan dapat apa-apa pengertian pada harga barang yang kononnya 'rendah' tu. Harga petrol rendah konon banding dengan negara lain! Banding tak pendapatan tahunan atau pendapatan bulanan rakyat negara lain tu dengan rakyat negara kita??? Kat negara lain tu ada juga ke mak nenek cukai yang macam-macam seperti kat negara kita ni? Barulah tahu sapa yang tertekan dan sapa yang menekan!!!
Mereka kata: Pemimpin mereka lebih berdedikasi, lebih bervisi!
Aku kata: Pemimpin siapa yang ditangkap beraksi ranjang dengan pasangan yang tak sah taraf (maksudnya bukan berstatus isteri la tu)? Pemimpin sapa yang naik turun mahkamah sebab rasuah? Pemimpin sapa yang salah guna kuasa lantik kroni untuk jawatan itu ini...alah, satu Malaysia dah tahu pasal 'kabel'...kat mana-mana orang guna kabel...dedikasi apa mendenya tu?
Ketahuilah...keputusannya di tangan kita..kita pilih pemimpin, kita yang bertanggungjawab di hadapan Allah sekiranya kita menyumbang ke arah kemenangan pemimpin yang menzalimi rakyat...zalim secara terang-terangan atau zalim secara berselindung...8 Mac 2008...penentunya..Jomlah keluar mengundi!!
No comments:
Post a Comment