Friday, March 14, 2008

Apa dah jadi dengan DAP?

Aduhai Barisan Alternatif...apa nak jadilah dengan BA kat negeri Perak ni...
macam-macam isu...DAP pusat tak sehaluan pulak dengan DAP Perak...dalam isu baru-baru ni pakatan BA Perak telah mengemukakan 3 nama untuk dicalonkan sebagai MB Perak. Sorang wakil DAP, sorang dari PKR dan sorang lagi dari PAS. Alkisahnya, Sultan Perak berkenan melantik wakil dari Pas itu (Ir. Nizar Jamaluddin:secretary of Perak PAS Liaison Body )sebagai MB Perak...tentulah al-Sultan ada sebab musababnya yang tersendiri...lagipun kalau nak lantik wakil DAP yang berbangsa Cina tu memang tak menepati perlembagaan yang meletakkan condition seorang MB mestilah seorang Melayu dan beragama Islam (kecuali atas budi bicara Sultan)..sudahnya, Lim Kit Siang keluarkan arahan supaya semua wakil DAP boikot upacara angkat sumpah MB di Istana Kinta Perak yang sepatutnya dilangsungkan petang semalam..alasannya, pecahan state seats yang dimenangi PAS tak sebanyak kerusi yang dimenangi DAP dan PKR...apahal pulak Lim Kit Siang ni? Apa sebenarnya yang berada dalam kepala otak dia...

Lim Kit Siang akhirnya memohon maaf kepada al-Sultan atas statementnya...selesai isu boikot-memboikot ni, timbul pula isu PKR tak setuju perihal penyerahan 8 kerusi exco kepada DAP...apa mendenya ni semua...isu pentadbiran ni bukan boleh main sorong papan tarik papan...kejap ok kejap tak ok...sampai bila nak tunjuk ketaksepakatan? takkan masuk bertanding pilihanraya semata-mata nak menang atau nak tumbangkan BN...takkan takde garis plan kepemimpinan dan pentadbiran andai rakyat bagi kepercayaan pada BA mentadbir? Takkan dah nak terkucil baru nak gali lubang? Jangan sampai rakyat rasa meluat pulak...

From my own point of view, isu ni perlu dipertimbangkan dalam beberapa aspek:

1. Yang menang kat Perak tu ialah pakatan BA bukan DAP seorang. Kalau ikutkan kerusi DUN yang dimenangi DAP saja tak cukup untuk menang majoriti mudah pun...bila dah berpakat barulah BA diiktiraf menang. Jadi semua komponen dalam BA tu sama-sama penting, baik DAP, baik PKR, baik PAS...so, tak timbul isu DAP menang paling banyak, jadi wakil dia lebih layak!
semak keputusan PRU 12 negeri Perak di http://malaysia.news.yahoo.com/election08/perak/index.htm

2. Bukankah MB yang dipilih oleh al-Sultan itu adalah daripada senarai calon yang sama-sama disepakati oleh BA di Perak? Jadi kenapa pula nak protes...kalau macamtu, baik tak payah bagi senarai nama calon kat Sultan, bagi je nama wakil DAP tu sorang! Hormati pilihan al-Sultan!

3. BA ni masih belum matang ke pemikirannya? Dah bersedia atau tak nak memimpin ni...Ada unsur-unsur gila kuasa pulak kalau ikutkan...baru dapat negeri bukan negara, dah cipta macam-macam kontroversi...hapuskan isu remeh-temeh tu...rakyat nak tengok anda ke depan memimpin bukan nak tunggu perbalahan merebut kuasa dan jawatan...ish...ish...negeri lain dah settle isu MB, negeri Perak ni pulak yang ketinggalan...kadang-kadang timbul rasa sebu dan meluat pulak! Cuba tengok Kelantan, Kedah dan Selangor...can't you learn something from them wahai pakatan BA Perak?

Apa-apahal pun tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR yang dah confirm jadi MB Selangor...Selamat mengangkat sumpah Tan Sri!

3 comments:

Akinogal said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

faisal said...

waa, cerita politikla,hehe..:) sy dah penat cite kat blog ari tu,huhu..dia dah bagi kuasa camni pulak jadinya..mintak2 semuanya selesai untuk kebaikan rakyat..bukan pe,BN+MIC+MCA+Gerakan dah 50 boleh berbaik..depa baru 4 hari perintah dah byk masalah camtu,heheh..

Gardagami said...

See here or here