Saturday, January 29, 2011

Gejala buang bayi atau penyakit ZINA????


Satu liputan dalam the Star dua hari lepas mendedahkan 8% daripada lelaki di Malaysia menjadi pelanggan tetap pada perkhidmatan seks yang sekarang ini diiklankan dengan mudah di internet...order saja nasi lemak (pelacur melayu), tom yam (siam), char kuew teow (cina) atau tosai (india). berhati2 sikit kalau terdengar istilah2 ini digunakan oleh kawan2 anda di kolej! paling membimbangkan tren melanggani pekerja seks ini telah mula tersebar di IPT seluruh negara. Kalau dulu golongan Mahasiswa pernah dikutuk kerana menghabiskan wang pinjaman dan biasiswa untuk membeli handphone mahal, membelanjakan wang pinjaman/biasiswa secara mewah untuk membeli pakaian berjenama dan sebagainya, sekarang ini, jangan terkejut kalau ada yang sanggup menggunakan wang biasiswa/pinjaman untuk melanggan pekerja seks! Masyarakat semakin rosak!

Di sana sini orang memperkatakan gejala buang anak. Setiap hari pasti ada berita yang tidak enak itu dalam akhbar. Maka, tampillah pelbagai pihak mencadangkan itu ini untuk menangani isu buang anak. Pendidikan seks, baby hatch, rumah perlindungan remaja hamil, sekolah khas remaja hamil dll antara 'solution' yang dicadangkan dan ada juga yang telah dilaksanakan. Isu ini tak pernah nampak akan surut malah makin parah pula walaupun banyak cara telah dilaksanakan untuk menanganinya.

Masalahnya di sini, buang anak itu bukannya gejala tapi lebih kepada manifestasi kegagalan sistem pendidikan konvensional negara! Manifestasi kepada kegagalan menyekang perbuatan ZINA! Formulanya senang saja. Peningkatan perbuatan zina berkolerasi dengan peningkatan kes buang anak. Maksudnya, kalau sifar zina, maka sifarlah kes pembuangan bayi. Melainkan ada faktor-faktor melibatkan kecelaruan mental atau GILA!

Perangi ZINA dengan bersungguh-sungguh kerana penyakit sosial ini adalah punca kepada pelbagai masalah dalam masyarakat! Ajarkan anak2 lelaki supaya menundukkan pandangan, menjaga nafsu dan kemaluan mereka dan didik anak-anak perempuan supaya memelihara sifat malu mereka!

Orang pertama yang akan disoal Allah tentang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ini ialah PEMIMPIN PERTAMA dalam negara. Sudah bersediakah anda membela diri di hadapan Al-HAqq kelak? cukupkah hujah anda untuk menyelamatkan diri? Jika ditanya apakah usaha anda untuk mengelakkan berleluasanya zina, bolehkah dijawab dengan formula transformasi ekonomi? Penting sangatkah meningkatkan pendapatan per kapita rakyat berbanding memperbaiki kelompongan iman rakyat?

Anda sendiri tahu jawapannya, kan?

No comments: