Sunday, August 29, 2010

Ramadhan yang Menguji Cinta...



Ramadhan tahun ini benar-benar menguji cinta...cinta seorang adik kepada saudara kandungnya...betapa banyak air mata yang gugur..namun, bila melihat ketabahan di wajahnya, aku hanya mampu menelan rasa sayu dan sedaya mampu mempamerkan kekuatan agar dia tetap kuat..

Genap seminggu puasa, Kak Yang hantar message menyatakan kandungannya mengalami masalah..pendarahan berterusan dengan ketul-ketul darah sekali...minta didoakan kesejahteraan untuknya dan anak dalam kandungan...malam kelapan Ramadhan, dia menghantar berita, setelah di 'scan' oleh pakar O & G, bayi dalam kandungan masih selamat..Kak YAng diberi mc selama 2 minggu (till the bleeding subsided) syukur, gembira mendengar berita itu...dan aku memasang niat untuk menziarahinya usai kelas keesokan harinya...

8 Ramadhan, kami bertolak ke Kem Terendak, dengan anak-anak...tiba di Masjid Tanah terima SMS masuk. "Baby dah keluar, masih di rumah tunggu ambulans". Terasa luruh jantung...aku balas SMS itu lantaran panggilan tidak berjawab. "Sorang je ke?" dan Kak Yang menjawab ringkas "Aah"...

Bagaimanakah keadaan dia, berseorangan menghadapi saat genting? Rasa seperti mahu memecut kereta supaya segera sampai..Dalam kekalutan itu, banyak pula lori yang menghalang laluan...

Tiba di rumah Kak Yang, dia sudah pun dibawa ke A & E Hospital Kem Terendak, tempat dia biasa bertugas (kali ni sebagai pesakit, bukan sebagai doktor)...dan sebagai adik, aku menunggu dengan sabar sehingga dibenarkan masuk menemuinya...

Wajahnya pucat, letih, tapi tidak langsung menitiskan air mata. Ramai pula doktor lain mengelilingi katilnya, memberi kata-kata semangat padanya. Malah, ketika itu ada seorang pesakit yg tercedera mata kerana terkena serpihan peluru, diabaikan sebentar..bak kata sorang doktor, "Kalau Dr Fik (Fikriah) sihat, dia boleh jaga 100 orang. Kita tengok dia dulu!" Aku menunggu di situ, sehingga ambulans untuk ke hospital Melaka siap untuk menghantar Kak Yang...she was having incomplete abortion, with some placenta still left in the womb..

Where was her husband at that time? He was nowhere around (still in Mersing).

Dalam keadaan menahan sakit, Kak Yang sempat serahkan kunci rumahnya. Pesannya biar Wan (panggilan Kak Yang pada suamiku) dan anak-anak berehat di rumah. Dan aku mengambil keputusan untuk ikut sekali ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans. Itu pengalaman kedua menaiki ambulans selepas pengalaman pertama dulu menghantar peserta camping yang cedera di kepala. Sepanjang perjalanan, Kak Yang cuba tidur dan aku duduk di sisi menemankan dia. Lupa sebentar rasa letih dan lapar berpuasa (hari itu aku tidak bersahur). Langsung tidak terlintas persoalan di mana hendak berbuka pada hari itu. Yang paling penting Kak Yang selamat...

Tiba di hospital, aku menguruskan dari pendaftaran Kak Yang ke wad sehinggalah menghantarkan dan mendaftarkan janin di bilik mayat selepas diuruskan oleh paramedic. Juga menanti dengan sabar sehingga Kak Yang disorong masuk ke dalam OT untuk D & C. Buka puasa hari itu, nasi bungkus dan air soya yang dibeli di kedai hospital. Makan di dalam wad bertemankan pesakit-pesakit lain..sewaktu disorong masuk ke dalam OT, sempat pula Kak Yang buat lawak waktu aku cium pipinya, "Bukan nak kena operate, buat D n C je." Ramai juga staff nurse yang kenal Kak Yang sebab dia menyempurnakan internship/houseman dulu di Hospital Melaka...bezanya, dulu dia yang selalu mengiringi pesakit masuk OT, sekarang ni dia pula yang disorong masuk OT.

Ada beberapa pegawai tentera datang menjenguk untuk membantu apa-apa yang patut. Mungkin dihantar oleh abang iparku yang dalam perjalanan ke Melaka dari Mersing. Sehingga pukul 10.00 malam menanti, Kak Yang disorong keluar dari OT dan akhirnya ditempatkan di wad pembedahan kelas pertama...kurang seminggu kemudian, Kak Yang menduduki entrance examination, untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang optalmologi pada peringkat sarjana di HUSM...kakakku yang seorang itu memang kuat semangat dan kuat jiwanya..

Syukur, dapat memberikan khidmat semampuku buat kakak tercinta. Sejak dari kecil hingga sekarang, dialah yang lebih banyak memberi, sedangkan aku, adik yang lebih banyak menerima daripadanya...syukur kerana aku berada di sisinya pada saat dia memerlukan..semoga Allah mentakdirkan hanya yang terbaik untuk Kak Yang...walaupun bayi yang dikandungnya diambil semula oleh Allah, aku yakin Allah akan ganti dengan yang lebih baik untuknya...

Dan anugerah adik ipar paling soleh jatuh pada suamiku yang dengan sabar menjaga anak-anak di rumah Kak Yang semasa aku menguruskan Kak Yang di hospital..hanya makan Maggi semasa berbuka puasa pada hari kejadian...terima kasih, sayang...

3 comments:

cahayaqalbi said...

Tabahnya dia...dari dulu...
Optamologi tu bidang apa dik yoi?
Good luck for her...

ummu ijlal said...

Kak Bi:
Optalmologi bidang perubatan yg berkait dengan mata..kalau habis master bidang nih, kira kak yg jadi doktor pakar mata..

Min said...

kalian semua mmg anak2 yg tabah... semoga kak min dikurniakan kekuatan & ketabahan selayaknya dgn ujian yg diberi Allah buat kak min...