I have been planning of posting this as a tribute to our sixth anniversary..wallaa..so busy lot...yet, manage to write this down though it was one month and more since our last anniversary..dedicated to my one and only prince charming...
6 tahun sudah berlalu..namun, dia masih muda dan akan sentiasa muda pada mata ini (kami berkahwin ketika sama-sama berusia 23 tahun). Tiada apa yang berkurang setelah 6 tahun ini berlalu..malah makin bertambah...anak, pengalaman, ilmu, kasih sayang, kegembiraan..dan paling penting, cinta...pada dirinya, perjuangan dakwahnya, kesabarannya..
Kata orang, 5 tahun pertama sesebuah perkahwinan itu adalah tempoh tribulasi, ribut, ombak, taufan...jika berjaya dilepasi, maka akan lamalah kekal perhubungan itu..jika gagal, akan kecundanglah di tengah jalan..syukur, setiap tribulasi yang kami hadapi, diterima sebagai satu ibrah untuk lebih mematangkan diri..saling membangunkan jika ada antara kami yang terjatuh..saling mengesat air mata jika ada antara kami yang dirundung duka..juga saling ketawa bila ada rasa ria menyapa...
Dia di sisi seperti suluh yang nyalanya terang dan menghangatkan...kesederhanaannya cukup menyenangkan diri ini..tidak pernah diminta layanan seumpama raja...tidak pernah pula merungut andai ada kekurangan di sana sini...Al-basaqah..itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan dirinya...
Syukur dikurniakan teman hidup sepertinya...seorang ibu saudaraku pernah berkata, "Dalam banyak-banyak menantu abah kamu, tak ada sorang pun yang 'sejuk' macam abg wan"...juga, "jaga wan elok-elok. susah nak cari orang macam dia.."itu pesan mak cik Zuraida, adik kepada mama..Ya..itulah antara alasan kenapa aku perlu sentiasa zahirkan kesyukuran ini dalam setiap munajat malamku..seorang suami soleh dan musleh..
6 tahun bersamanya, terasa terlalu singkat..malah aku sanggup untuk berkongsi hidup dengannya biarpn 600 tahun lagi...kerana aku ditakdirkan sebagai pelengkap rusuk kirinya...dan akan terus setia di situ menyokong jatuh bangunnya...kerana cinta ini terbina atas jalan dakwah dan akan terus mekar selagi manhaj dakwah itu hidup dalam diri...
Anak-anak..itulah harta yang akan kami wariskan atas jalan dakwah ini...supaya ketika kami dihantar menuju barzakh...semangat kami tidak turut terkubur, malah terus menyala ibarat obor..disambung perjuangannya oleh 'harta' yang kami tinggalkan kelak...
Terima kasih sayang...atas 6 tahun yang penuh warna-warni...sesungguhnya diri ini cukup bahagia..
2 comments:
Very well said...Tahniah atas ulangtahun perkahwinan. DIdoakan terus kekal bahagia. You guys are always a cute couple in my eyes...
thanks kak Alia... Indeed, we r always a cute couple..hehe
Post a Comment