Tuesday, December 8, 2009

Abi Kini di Dalam Saff Kepimpinan JIM Pusat



4-6 Disember lalu, kami sekeluarga bermusafir ke Kuala Kangsar sempena PPN & PPWN 2009. Tahun ini tahun pemilihan. Kali ini aku pergi bukan sebagai perwakilan mahupun pemerhati, tetapi sekadar menemani suami tercinta yang tercalon untuk pertandingan jawatan AJK Pusat (juga Penolong S/U tetapi telah menarik diri)sambil-sambil buka gerai buku-buku tarbawi dan JIMedia. Seronok sungguh bertemu aktivis JIM yang sentiasa bersemangat dalam aktivitas dakwah. Pelbagai relung pemikiran, gaya dan penampilan tetapi masih berkongsi matlamat yang sama atas jalan dakwah. Rindu bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di alam kampus dulu sedikit-sebanyak terubat bila bersua wajah di PPWN & PPN.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Dr Har menjadi Ketua Wanita, kerana selepas ini beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden pula. Semoga semangat Dr Har semasa di sayap wanita dulu akan terus menyala dan berkobar-kobar semasa berada di saff kepimpinan pusat pula. Chaiyyok, Dr Har! Pertama kali dalam sejarah JIM meletakkan seorang wanita di jawatan sepenting Naib Presiden. Semoga suara perjuangan kita akan lebih kuat selepas ini.

Tahun ini bukanlah pertama kali, Abu Itqan bertanding di peringkat pusat. Kalau tak silap, ini adalah kali kedua dia dicalonkan. Sebagai isteri pastilah sokongan 200% untuk dirinya. Namun tak dinafikan kebimbangan menjentik tangkai hati juga. Pasti kesibukannya bertambah 5 kali ganda daripada yang sedia ada. Pastilah semakin kerap kami anak berana ditinggal-tinggalkan..Walau apapun, teruskan langkahmu sayang...teruslah thabat di atas jalan dakwah ini. Jangan menoleh ke belakang lagi. Dan keputusan pemilihan yang diumumkan 6 Disember lalu meletakkan Abu Itqan sebagai salah seorang kepimpinan baru dalam Saff Kepimpinan Pusat. Berikut disenaraikan keputusan pemilihan tersebut:

Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) sesi 2009-2011

Presiden: Zaid Kamaruddin
Timbalan Presiden: Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden:
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
Prof Dr Shahrim Ahmad
Setiausaha Agung: Hj Nahar Md Nor
Penolong Setiausaha Agung: Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Bendahari: Tuan Yaacob Tuan Sof

AJK:
Muhammad Abdullah
Mokri Sabran
Ahmad Jamali Sepihie
Dr Zulfakar Ramlee
Prof Madya Dr Hjh Salwani Mohd Daud
Wan Muhammad Wan Ibrahim
Ahmad Raji Yaakob

Pengerusi Tetap: Ainol Azhar Jamil
Timbalan Pengerusi Tetap: Ibni Khalid Jurait
Pemeriksa Kira-kira:
Jusni Yusof
Wan Suhaimi Wan Sulaiman

Kepada abi/ayang/buah hati pengarang jantungku, tahniah dan selamat berjuang daripada ummi....

Pengalaman pertama kali buka gerai semasa PPN & PPWN juga cukup istimewa. Sepanjang tiga hari bergerai, jumlah jualan mencapai RM 6K! Syukur! Lepas ni bolehlah buka gerai lagi di PPN & PPWN akan datang...seronok bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan semua aktivis JIM yang mengunjungi gerai milikku dan suami. Paling penting, semangat membangunkan business sendiri tambah meluap-luap..tunggulah tahun depan, pelancaran brand terbaru produk kami, IMTIYAZ, Muslim Kids Wear...

7 comments:

umi adnin said...

assalamualaikum kak arasy,

seronok dapat jumpa akak di ppn hari tu. Tahniah atas perlantikan akhi wan am. Di belakang seorang lelaki yg hebat pasti ada wanita yg hebat juga memberikan sokongan =)
Semoga tanggungjawab ini menambahkan lagi ruang mengutip bekalan di akhirat nanti buat akhi, kak arasy dan keluarga.
tak sabar tunggu IMTIYAZ dilancarkan ^_^

ummu ijlal said...

waalaikumsalam zilal..

ye, seronok juga bertemu geng2 perkasa aritu..hihi..tahniah juga kepada JIM Perak atas kejayaan menganjurkan PPN...happy juga berjumpa dengan adik-adik KISDAR yang semangat nak buka business networking dgn kami...

semoga dapat ketemu lagi, ya?!
kim salam kat mak zilal, aritu tak sempat jumpa...tak menang tangan layan perwakilan kat gerai..

~albazrah~ said...

salam, Dik yoi bisnes apa? demam bisnes ka adik bradik kita? kak albi pun dok berbisnes tudung sakan kat jitra. Online bisnes pun dia buat gak kot.

[MH] said...

tahniah dan takziah utk angah..

makin susah nk jumpa angah laaa lepas niiiii

:)

ummu ijlal said...

to kak ma:
salam...ya ka kak bi pun tgh demam bisnes?..harap2 demam tu tak kebah2..huhu...supaya semangat bisnes kita tak menurun..kami tgh develop bisnes pakaian kanak2 muslim...ala2 Al-Amin Kids, tapi brand kami IMTIYAZ MUSLIM KIDS WEAR..Kak Ma doakan lah ye?

ummu ijlal said...

to Thia...

Hmm..yelah dik, makin susah nak jumpa angah...sama2 kita doakan angah

Khazinatul_Asrar said...

Mabruk buat akhi wan am~!

wah, bestnya dah ada produk sendiri. Bolehlah ana minta tunjuk ajar dari cegu pasni :)