Wednesday, August 20, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU JURIFA & RUJHAN

17hb Ogos lepas, kami, representing Al-Amin, menghadiri majlis kenduri kahwin ex-guru SMIAAG, Jurifa Mustaffa di Beruas, Perak...Atas dasar ukhuwwah, Cikgu Rushida telah menguruskan hal-ehwal men'charted' van..daripada 10 orang yang nak join, tinggal 5 orang je...tambah 2 orang kanak2 Ribena, jadilah 7 orang..Perjalanan cukup mencabar especially dengan kehadiran Itqan & Ijlal yang tak reti duduk diam dalam van. Sekejap2 ke depan, sekejap2 ke belakang...kalau tak duduk, diorang memanjat seat...bila dah kepenatan, masing2 terlentok tido..hehe...nasib baik lah students cikgu rajin melayan...Setelah sesat bangat...buat U-turn beberapa kali, berenti tanya directions 2-3 kali, akhirnya kami tiba juga di rumah pengantin...along the way, banyak betul orang kahwin..hampir2 je kami tersilap rumah!

Kepada Jurifa & Rujhan, tahniah diucapkan atas masjid yang terbina...hangpa pakat elok2 suami isteri no...semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah seramai-ramainya!

Gambar dengan ihsan kak Shikin:



Gambar-gambar Ju & rombongan al-Amin...Itqan & Ijlal termasuk sekali...


Jurifa dengan Cik Abangnya, Rujhan...


Wajah bahagia seorang isteri...


Mempelai diarak ke meja santap..


Di meja makan beradab yang tak berapa nak boleh makan..maklumlah kena kontrol sokmo..


Semoga Ju jadi isteri solehah...


Entah apalah yang menggelikan hati pengantin baru ni...


Wajah Ijlal yang kepenatan meronda rumah kenduri


Macam kembar! Itu komen tetamu-tetamu yang hadir ke kenduri Ju...aiskrim kat Itqan itu adalah hasil daripada kejayaan mengorat seorang nenek yang tak dikenali! Hehehe..


Itqan dengan dunianya di tengah-tengah laman..


Pengantin dan rombongan SMIAAG...Cikgu Shikin pun ada sekali..alamak!
Apsal mata Syafiqah nampak sebelah je! Hehehe...


Haa...baru nampak 2-2 mata Syafiqah...Ijlal cool je dok atas riba pengantin. Itqan lak, tak abih2 dengan ais krim dia!

Kepada student cikgu yang tak letih-letih melayan karenah Itqan & Ijlal dari dalam van sampailah ke rumah kenduri (Syafiqah, Sakinah, Syaza & Hanisah) terima kasih banyak2...you all memang best! hehe..

1 comment:

Mohd Rujhan said...

Assalamualaikum,

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua yang hadir di majlis perkahwinan kami.

Rujhan & Jurifa