Tuesday, August 5, 2008

Menyantuni Anak-Anak di TAman Medan Cahaya

Rentetan daripada muzakarah Jawatankuasa Athfal dan Aulad Pusat pada Mei 2008 yang lalu, satu daripada resolusi yang telah disepakati telah berjaya direalisasikan dalam bentuk pelaksanaan Save Our Children Campaign. Banyak catatan pengalaman yang boleh dikongsi bersama terutamanya dalam perkara gerak kerja dakwah dan komunikasi langsung dengan penduduk Taman Medan Cahaya yang merupakan mad'u tumpuan dalam program ini.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk menanam kesedaran di kalangan anak-anak tentang perlunya menitikberatkan isu keselamatan kendiri. Tambahan pula, kawasan tumpuan program kali ini amat signifikan dengan kejadian penculikan kanak-kanak. Pendekatan program yang bersifat santai menarik ramai peserta. Lebih kurang 500 penduduk Taman Medan Cahaya yang terdiri daripada golongan ibu bapa dan kanak-kanak menyertai program ini.

Tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada pengarah program, Puan Rohana dan juga ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Wanita JIM Petaling Jaya. Semoga usaha antunna mendapat nilaian di sisi Allah.


Backdrop program yang ditaja khas oleh JIM Media (nasib baik orang kuat JIM MEdia dok serumah. Senanglah nak mintak tolong itu ini..heheh


Kaunter pendaftaran diserbu para peserta. Program ini melibatkan pelbagai kaum.


YB Haniza Talha, ADUN Taman Medan, diiringi oleh Dr. Melasutra merangkap Ketua Wanita JIM Petaling Jaya, juga Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya


Orang kuat program - Dr Melasutra


Ucapan perasmian oleh YB Haniza Talha


YB Haniza menyematkan lencana 'Say No To Strangers' pada 10 orang anak-anak penduduk Taman Medan Cahaya sebagai simbolik indirect education


Warga emas dan ibu tunggal turut mendapat sedikit saguhati daripada pihak penganjur.


Anak-anak begitu teruja untuk menyaksikan teater kanak-kanak bertajuk 'Adik Putih, Abang Putih'.


Pelakon-pelakon teater yang telah menjayakan satu persembahan yang cukup menarik. Ingat adik-adik...Say No To Strangers!


Peserta-peserta peraduan mewarna tekun mendengar taklimat.


Adik-adik kusyuk mewarna sambil ditemani oleh ibu bapa


Ceramah Dr. Har memang kellass! Anak-Anak Kita Tanggungjawab Kita


Pemenang peraduan mewarna. Larat ke nak angkat hamper tu, dik?


Yang tak menang pun dapat goodie bag...bestnye!


Ada cabutan bertuah lagi!


Makanan percuma untuk semua yang hadir turut disediakan.


Sudut pameran. Ringkas tetapi informatif.


Antara press yang hadir. More pictures, click here

No comments: