Wednesday, August 27, 2008

Alas, A New Dawn for Malaysian!



26th August will remain tight in the history when Malaysians proved they want changes, they need changes and they set high hope for a new Malaysia, clean from racism, abuse of power and full of vibrant democracy and good governance...Permatang Pauh voters had made a wise choice by casting majority of the votes to DSAI...to DSAI, welcome back to the track! We'll wait eagerly to see the voices of rakyat become stronger in the Parliament. Alhamdulillah! Subhanallah! The victory is so overwhelming...

Analysis of the PP by-election results:

Total votes for DSAI: 31,195
Total votes for BN : 15,524
Total votes for AKIM : 92
DSAI won with majority of 15,671 (DSAI's majority is even bigger than the total votes received by BN and AKIM candidates)...
VOTER TURN-OUT: 81%



Now, the ticket is already in DSAI's bag...go Anwar! Fight for the nation!

Wednesday, August 20, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU JURIFA & RUJHAN

17hb Ogos lepas, kami, representing Al-Amin, menghadiri majlis kenduri kahwin ex-guru SMIAAG, Jurifa Mustaffa di Beruas, Perak...Atas dasar ukhuwwah, Cikgu Rushida telah menguruskan hal-ehwal men'charted' van..daripada 10 orang yang nak join, tinggal 5 orang je...tambah 2 orang kanak2 Ribena, jadilah 7 orang..Perjalanan cukup mencabar especially dengan kehadiran Itqan & Ijlal yang tak reti duduk diam dalam van. Sekejap2 ke depan, sekejap2 ke belakang...kalau tak duduk, diorang memanjat seat...bila dah kepenatan, masing2 terlentok tido..hehe...nasib baik lah students cikgu rajin melayan...Setelah sesat bangat...buat U-turn beberapa kali, berenti tanya directions 2-3 kali, akhirnya kami tiba juga di rumah pengantin...along the way, banyak betul orang kahwin..hampir2 je kami tersilap rumah!

Kepada Jurifa & Rujhan, tahniah diucapkan atas masjid yang terbina...hangpa pakat elok2 suami isteri no...semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah seramai-ramainya!

Gambar dengan ihsan kak Shikin:



Gambar-gambar Ju & rombongan al-Amin...Itqan & Ijlal termasuk sekali...


Jurifa dengan Cik Abangnya, Rujhan...


Wajah bahagia seorang isteri...


Mempelai diarak ke meja santap..


Di meja makan beradab yang tak berapa nak boleh makan..maklumlah kena kontrol sokmo..


Semoga Ju jadi isteri solehah...


Entah apalah yang menggelikan hati pengantin baru ni...


Wajah Ijlal yang kepenatan meronda rumah kenduri


Macam kembar! Itu komen tetamu-tetamu yang hadir ke kenduri Ju...aiskrim kat Itqan itu adalah hasil daripada kejayaan mengorat seorang nenek yang tak dikenali! Hehehe..


Itqan dengan dunianya di tengah-tengah laman..


Pengantin dan rombongan SMIAAG...Cikgu Shikin pun ada sekali..alamak!
Apsal mata Syafiqah nampak sebelah je! Hehehe...


Haa...baru nampak 2-2 mata Syafiqah...Ijlal cool je dok atas riba pengantin. Itqan lak, tak abih2 dengan ais krim dia!

Kepada student cikgu yang tak letih-letih melayan karenah Itqan & Ijlal dari dalam van sampailah ke rumah kenduri (Syafiqah, Sakinah, Syaza & Hanisah) terima kasih banyak2...you all memang best! hehe..

Tuesday, August 5, 2008

Menyantuni Anak-Anak di TAman Medan Cahaya

Rentetan daripada muzakarah Jawatankuasa Athfal dan Aulad Pusat pada Mei 2008 yang lalu, satu daripada resolusi yang telah disepakati telah berjaya direalisasikan dalam bentuk pelaksanaan Save Our Children Campaign. Banyak catatan pengalaman yang boleh dikongsi bersama terutamanya dalam perkara gerak kerja dakwah dan komunikasi langsung dengan penduduk Taman Medan Cahaya yang merupakan mad'u tumpuan dalam program ini.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk menanam kesedaran di kalangan anak-anak tentang perlunya menitikberatkan isu keselamatan kendiri. Tambahan pula, kawasan tumpuan program kali ini amat signifikan dengan kejadian penculikan kanak-kanak. Pendekatan program yang bersifat santai menarik ramai peserta. Lebih kurang 500 penduduk Taman Medan Cahaya yang terdiri daripada golongan ibu bapa dan kanak-kanak menyertai program ini.

Tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada pengarah program, Puan Rohana dan juga ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Wanita JIM Petaling Jaya. Semoga usaha antunna mendapat nilaian di sisi Allah.


Backdrop program yang ditaja khas oleh JIM Media (nasib baik orang kuat JIM MEdia dok serumah. Senanglah nak mintak tolong itu ini..heheh


Kaunter pendaftaran diserbu para peserta. Program ini melibatkan pelbagai kaum.


YB Haniza Talha, ADUN Taman Medan, diiringi oleh Dr. Melasutra merangkap Ketua Wanita JIM Petaling Jaya, juga Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya


Orang kuat program - Dr Melasutra


Ucapan perasmian oleh YB Haniza Talha


YB Haniza menyematkan lencana 'Say No To Strangers' pada 10 orang anak-anak penduduk Taman Medan Cahaya sebagai simbolik indirect education


Warga emas dan ibu tunggal turut mendapat sedikit saguhati daripada pihak penganjur.


Anak-anak begitu teruja untuk menyaksikan teater kanak-kanak bertajuk 'Adik Putih, Abang Putih'.


Pelakon-pelakon teater yang telah menjayakan satu persembahan yang cukup menarik. Ingat adik-adik...Say No To Strangers!


Peserta-peserta peraduan mewarna tekun mendengar taklimat.


Adik-adik kusyuk mewarna sambil ditemani oleh ibu bapa


Ceramah Dr. Har memang kellass! Anak-Anak Kita Tanggungjawab Kita


Pemenang peraduan mewarna. Larat ke nak angkat hamper tu, dik?


Yang tak menang pun dapat goodie bag...bestnye!


Ada cabutan bertuah lagi!


Makanan percuma untuk semua yang hadir turut disediakan.


Sudut pameran. Ringkas tetapi informatif.


Antara press yang hadir. More pictures, click here

Monday, August 4, 2008

Itqanku sayang...


Sabtu lepas, sewaktu sibuk menjemur pakaian di ampaian, terdengar Itqan memanggil adik.

"Tok pek, tok pek, buat apa tu?"

Kebetulan adik sedang leka bermain di halaman rumah. Adik main kutip-kutip batu dan cabut-cabut rumput.

"Itqan panggil apa kat adik?"

"Tok pek lah ummi. Tok pek, tok pek! Hehehe.." Itqan ketawa mengekek..

"La, kenapa panggil adik tok pek? Nama adik kan Ijlal?"

"Tok pek la, ummi. Sebab adik comey!"

Lorr..baru 3 tahun, Itqan dah pandai mengusik adik. Itu agaknya cara Itqan tunjuk rasa sayangnye pada adik. Kadang-kadang bila Itqan bergaduh dengan adik pernah juga ummi cuba jentik emosi seorang kakak.

"Kalau Itqan tak sayang adik, ummi bagi adik kat orang. Nanti Itqan takde adik lagi."

Itqan akan geleng-geleng kepala. Mata Itqan akan digenangi air. "Janganlah, ummi. Janganlah bagi adik kat orang."

Pernah suatu malam, ketika usrah di rumah Kak Misah, Kak Misah dukung adik ke luar rumah. Beriya-iya Itqan menangis. Ingatkan Kak Misah nak bawa adik lari…

Lembut sungguh perasaan Itqan. Baru tiga tahun…itqan dah tunjukkan tahap emotional quotient yang tinggi..semoga Itqan jadi kakak yang solehah…


Tapi adakalanya, bila Itqan dah tak tahan berebut mainan atau buku cerita dengan adik, Itqan ada juga mengadu kat ummi, "Ummi, tengok adik ni..Ummi, amik adik ni bagi kat oranglah!"

Ummi gelak je…Itqan ingat dan hafal setiap biji butir yang dicakapkan ummi. Sekarang Itqan sedang belajar membaca siri Bacalah Anakku, Siri Satu. Dah kenal huruf dan boleh membunyikan huruf-huruf vokal dengan baik. Kalau tak membaca dengan ummi, Itqan akan ajar adik pula membaca. Selalu juga berebut buku dengan adik sampai buku tu dah takde kulit lagi…

Ummi tak kisah, asalkan Itqan rajin belajar ummi akan sentiasa belikan buku-buku baru untuk Itqan dan adik…tahun depan, ummi akan hantar itqan ke Al-Itqan Tahfiz Pre School…Biar Itqan hafal quran sebelum masuk darjah satu...Ummi nak kalbu anak-anak ummi diterangi nur Al-Quran sebelum mempelajari ilmu dunia...

Ummi love both of you so much…semoga Allah lindungi anak-anak ummi sentiasa…