Tuesday, June 10, 2008

Happy Anniversary...to me and to you..

One day after Karisma Kelantan monthly meeting:

Bro. Zul: Ada akhi tanya...anti takde terima apa2 lamaran ke? Anti dah final yearkan?
Me: Really? Takde. Kenapa? (muka serius...kenapa pula tanya hal-ehwal baitul muslim ni depan orang lain?)
Bro. Zul: Akhi ni orang jauh, bukan orang Kelantan. Orangnya baik sangat.
Me: Hmm...kalau betul serius, ikutlah saluran yang betul. Ana ada naqibah dan ana percaya akhi tu pun ada naqib. Ana balik dulu, Assalamualaikum...

Sepanjang memandu kereta pulang ke kampus HUSM dari Kolej Jaipetra, diri terfikir-fikir soalan yang ditanya sahabat seperjuangan, brother Zul (sekarang berada di UK menemani isteri sambung PhD). Ahh..tak mungkin la...langsung tak terlintas nak berkahwin pada usia muda. Baru 22 tahun. Bagaimana plan nak siapkan master dan PhD? Bagaimana pula dengan abah, mama dan adik-adik di rumah? Kakak sulungku pun belum berkahwin lagi..tak mungkin!

Malam itu, terlintas untuk SMS brother Zul:
Ana tak kisah kalau akhi tu sama-sama berada dalam tarbiah. Syarat ana mudah je..dia mestilah mempunyai ketinggian melebihi 175 cm..hehe
SMS dibalas brother Zul selepas beberapa ketika
Wuish...'tingginya' syarat! akhi ni rendah sikit je daripada ana. tapi hatinya memang baik
Hah! Rendah sedikit daripada brother Zul! Alamak, tak menepati ciri-ciri lelaki idaman langsung! Hohoho...macamku tahu siapa dia...namun, pertimbangan akal menyebabkan aku menghantar SMS ini kepada brother Zul

Tapi apalah sangat ketinggian kalau dibandingkan dengan kemuliaan hati dan taqwa dalam diri kan?
Selang beberapa lama selepas peristiwa itu adalah kuterima beberapa SMS berunsur nasihat dari petikan hadis dan ayat Quran daripada nombor yang tak dikenali. Siapalah pula yang rajin menghabiskan kredit meng SMS aku...semuanya tidak pernah kujawab sehinggalah suatu hari aku bertanya..

Thanks for the tazkirah. Tapi, siapa ni ye?
Lalu kuterima balasan
Ini Wan Am. KIta pernah jumpa masa Perhimpunan Karisma Nasional di UIAM. Ingat lagi?

Oh..Wan Am, pimpinan Karisma Nasional. Tapi, kenapa pula rajin nak SMS aku ni yang sekadar pimpinan peringkat kampus sahaja...mana pulak dia dapat nombor handset aku ni! Alamak, ni mesti brother Zul...sepintas teringat perbualan dengan brother Zul tempoh hari.. takpun dia cari dalam database...Perhimpunan Karisma NAsional? Oh...ingat2. Mesti dia kenal aku masa membahaskan ucapan dasar Presiden! Ni semua Bidah (sekarang dah jadi Dr Zabidah) punya pasal lah! Kalau dia tak suruh aku ganti dia berbahas mesti benda-benda ni semua tak akan berlaku! Gerak hatiku kuat mengatakan akhi ini ada udang sebalik mee..

Oh, Wan Am...ana ingat.
Selang beberapa hari, sewaktu pulang dari mengajar anak-anak usrahku berenang, terima satu SMS lagi daripada akhi yang sama.

Ana baru balik dari berjumpa Mas'ul. Uruskan hal baitul Muslim
lalu kubalas
Ye ke? Dah nak kawin rupanya sahabat ana ni. Alhamdulillah
Dalam hatiku berkata, apa kena-mengena hal-ehwal baitul muslimnya dengan diriku...naluriku kuat mengatakan diriku berkait rapat...sangat rapat! Dia SMS lagi
Tapi, ana tak tahu sama ada ukhti tu setuju atau tidak
kubalas lagi
belum cuba belum tahu. kalau ikhlas mesti dia terima
hati kecilku terdetik, sebenarnya ukhti yang dimaksudkan tu siapa lagi kalau bukan.....

Dan tidak berapa lama selepas itu, dia langsung menelefon...berkali-kali meminta maaf kerana bimbang mengganggu ketenangan diriku...aku tak pernah rasa terganggu...dan paling menyentuh hati bila dia berkata:

"Ana nak buat pengakuan, Bismillahirrahmanirrahim...lillahi Taala, sebenarnya antilah ukhti tu...ana tak kisah kalau anti menolaknya tapi kalau anti terima, ana sangat-sangat menghargainya. Tak perlu bagi jawapan sekarang. Anti fikirkanlah dulu"

Aku terpempan sebentar. Tergamam campur terharu. Dia terlalu berani...dan ikhlas...dan paling aku tak boleh lupa apabila dia memulakan pengakuannya dengan lafaz yang mulia, Dengan Nama Allah! Allahu Akhbar...siapakah yang mampu menolak lamaran yang dibuat dengan nama Allah? Aku tangguhkan dulu jawapan...memang aku perlu kembali bermunajat menghadap Kekasihku untuk bertanya adakah dia yang terbaik untukku...selepas seminggu istikharah dan solat hajat kutemui jawapannya...

Dan kupendekkan cerita...laluan kami untuk membina sebuah rumahtangga dakwah sangat-sangat dipermudahkan Allah. Dia tak pernah bersua dengan abahku secara bersemuka. Cuma melalui telefon. Yang menguruskan perundingan walimah hanyalah kedua-dua ibu bapanya...namun, abah begitu mudah menerima dirinya. Abah terlalu menyenanginya...

dan pada tarikh 3 hb Jun 2004, jam 12.40 pm kami selamat diijabkabulkan...tahun ini genap 4 tahun kami bergelar suami isteri...tiada panggilan yang lebih manis daripada sayang dan ayang untuk insan tercinta...insan mulia yang mengangkat darjat seorang wanita menjadi isterinya atas dasar penerusan perjuangan dakwah...semoga Allah terus menaungi kita dengan rahmatNya, sayang...

Terlalu banyak mehnah yang kita pernah lalui bersama...dan setiap detik itu adalah tazkirah yang terbaik buat kita...doaku semoga kita kekal sehinggalah dapat berjumpa semula di syurga Allah kelak, insya-Allah...teruslah tabah dalam usahamu menyebarkan keindahan Islam kepada semua yang berada di sekitarmu...i will give all that I have to support you...

Happy 4th Anniversary, my dearest hubby...love you forever...and ever...

(Selepas kahwin, adala hubby buat pengakuan, "sebenarnya, sms yang ayang hantar kat Zul tu semua dia forward kat Am. Mula-mula tu kecik hati jugaklah pasal ketinggian 175cm tu. Rasa macam dah takde harapan lagi. Tapi, lepas baca sms yang last tu, barulah rasa ada chance! Hehe..." Apa-apalah sayang...I am still proud to have you as my hubby...sayang kan comel? Sebab tu anak-anak kita comel-comel belaka...hehe...tapi kenapa berani sangat propose sendiri? tidak melalui naqib? "Bukan apa...naqib lambat bertindak...takut terlepas..hehe. Lagipun naqib Am pun lamar isteri dia direct masa dulu." I see...mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?)

4 comments:

[MH] said...

hehe..
ari tu angah ada ingatkan thi pasal jun ni..hehe..happy anniversary kak..moga bahagia selalu..

nk tergelak bile baca pasal ketinggian tuuu..haha..tinggi 175 eh kak?angah bape eh tinggi?
hehehe..

kak,dah 4 thn kan..kejap je rasa..akak doakan thia kak..hehe..

ummu ijlal said...

thanks..angah tu nampak je cute, tinggi dia 10 cm less from 175cm.. tinggi la daripada akak ni..hohoho

~ n.u.u.r ~ said...

assalamualaikum..
very sweet story. =)

ummu ijlal,
ismi ijjlal juga.~ :D

Senjahati said...

sangat tersentuh :)

kak, agaknya kalau saya nampak gambar akak, mesti saya blh cam akk..saya smaplabu spm '02

semoga akak n family bahagia selalu :)