Monday, June 30, 2008

BN dah kehabisan modal???

Mentaliti bagaimanakah yang dimiliki oleh puak-puak UMNO-BN? Mentaliti kelas ketiga? atau mungkin tidak bermental? entahlah...strategi puak-puak UMNO-BN ni memang dah dihadam oleh pihak-pihak yang memerhati perkembangan politik massa...sejak dari dulu lagi, zaman Tuan Guru Yusof Rawa, zaman Dato' Asri, antara cara puak UMNO-BN menghadapi cabaran political rivals mereka ialah dengan pendekatan ugut dan bunuh...ala-ala Robert Mugabe presiden Zimbabwe yang autokratik itu..berapa banyak sudah politician yang menjadi mangsa nafsu buas puak UMNO-BN..banyak fakta sejarah dan senaraikanlah berapa banyak kes kematian misteri lawan politik UMNO-BN..

Terbaru, seminggu lepas, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mendapat ugutan bunuh dari sumber yang tidak diketahui jelas...itupun selepas DSAI dengan yakin mengumumkan barisan Pakatan Rakyat sudah semakin hampir untuk membina kerajaan. Lantas...ada pihak rasa makin terancam..Firasat hamba rakyat yang marhaen ini seolah-olah dapat menangkap siapa dalang berperut busuk di sebalik ugutan itu. Sehingga kini, DSAI masih dalam persembunyian...

Belum cukup dengan ugutan bunuh, sekarang timbul pulak individu baru menggantikan Azizan (kes 10 tahun dulu)yang mengaku diliwat DSAI...malapetaka apa pulaklah yang dibawa oleh budak 23 tahun ni! Andai dusta yang dibawa, aku doakan kehancuran bagimu! Modal basi apakah yang dibawa oleh UMNO-BN ni? Busuk bangkai sendiri tidak dihidu, sekarang cuba membuka pekung yang bukan pekung lagi! Apahal kisah Altantuya yang cuba disembunyikan? Apahal dengan isu Rosmah...Rakyat marhain dapat hidu!!! Mungkinkah mereka ini puak-puak Firaun dan Haman era 21? YA Allah, Kau hancurkanlah kaum pendusta yang merosakkan bangsa ini..dedahkan segala pengkhianatan yang mereka lakukan, Ya Allah...dan hantarkanlah azabMu yang pedih pada mereka yang lupa diri ini! Amin..

Saturday, June 14, 2008

Specially dedicated to Abah, Ayah & Ayang...on your day

What Makes A Dad

God took the strength of a mountain,
The majesty of a tree,
The warmth of a summer sun,
The calm of a quiet sea,
The generous soul of nature,
The comforting arm of night,
The wisdom of the ages,
The power of the eagle's flight,
The joy of a morning in spring,
The faith of a mustard seed,
The patience of eternity,
The depth of a family need,
Then God combined these qualities,
When there was nothing more to add,
He knew His masterpiece was complete,
And so, He called it ... Dad

Happy Father's Day to Abah (Cikgu Abd Halim Ibrahim), Ayah (Mr. Wan Ibrahim Wan Ahmad), dearest hubby (Mr Wan Am) and all fathers around the world...

Tuesday, June 10, 2008

Happy Anniversary...to me and to you..

One day after Karisma Kelantan monthly meeting:

Bro. Zul: Ada akhi tanya...anti takde terima apa2 lamaran ke? Anti dah final yearkan?
Me: Really? Takde. Kenapa? (muka serius...kenapa pula tanya hal-ehwal baitul muslim ni depan orang lain?)
Bro. Zul: Akhi ni orang jauh, bukan orang Kelantan. Orangnya baik sangat.
Me: Hmm...kalau betul serius, ikutlah saluran yang betul. Ana ada naqibah dan ana percaya akhi tu pun ada naqib. Ana balik dulu, Assalamualaikum...

Sepanjang memandu kereta pulang ke kampus HUSM dari Kolej Jaipetra, diri terfikir-fikir soalan yang ditanya sahabat seperjuangan, brother Zul (sekarang berada di UK menemani isteri sambung PhD). Ahh..tak mungkin la...langsung tak terlintas nak berkahwin pada usia muda. Baru 22 tahun. Bagaimana plan nak siapkan master dan PhD? Bagaimana pula dengan abah, mama dan adik-adik di rumah? Kakak sulungku pun belum berkahwin lagi..tak mungkin!

Malam itu, terlintas untuk SMS brother Zul:
Ana tak kisah kalau akhi tu sama-sama berada dalam tarbiah. Syarat ana mudah je..dia mestilah mempunyai ketinggian melebihi 175 cm..hehe
SMS dibalas brother Zul selepas beberapa ketika
Wuish...'tingginya' syarat! akhi ni rendah sikit je daripada ana. tapi hatinya memang baik
Hah! Rendah sedikit daripada brother Zul! Alamak, tak menepati ciri-ciri lelaki idaman langsung! Hohoho...macamku tahu siapa dia...namun, pertimbangan akal menyebabkan aku menghantar SMS ini kepada brother Zul

Tapi apalah sangat ketinggian kalau dibandingkan dengan kemuliaan hati dan taqwa dalam diri kan?
Selang beberapa lama selepas peristiwa itu adalah kuterima beberapa SMS berunsur nasihat dari petikan hadis dan ayat Quran daripada nombor yang tak dikenali. Siapalah pula yang rajin menghabiskan kredit meng SMS aku...semuanya tidak pernah kujawab sehinggalah suatu hari aku bertanya..

Thanks for the tazkirah. Tapi, siapa ni ye?
Lalu kuterima balasan
Ini Wan Am. KIta pernah jumpa masa Perhimpunan Karisma Nasional di UIAM. Ingat lagi?

Oh..Wan Am, pimpinan Karisma Nasional. Tapi, kenapa pula rajin nak SMS aku ni yang sekadar pimpinan peringkat kampus sahaja...mana pulak dia dapat nombor handset aku ni! Alamak, ni mesti brother Zul...sepintas teringat perbualan dengan brother Zul tempoh hari.. takpun dia cari dalam database...Perhimpunan Karisma NAsional? Oh...ingat2. Mesti dia kenal aku masa membahaskan ucapan dasar Presiden! Ni semua Bidah (sekarang dah jadi Dr Zabidah) punya pasal lah! Kalau dia tak suruh aku ganti dia berbahas mesti benda-benda ni semua tak akan berlaku! Gerak hatiku kuat mengatakan akhi ini ada udang sebalik mee..

Oh, Wan Am...ana ingat.
Selang beberapa hari, sewaktu pulang dari mengajar anak-anak usrahku berenang, terima satu SMS lagi daripada akhi yang sama.

Ana baru balik dari berjumpa Mas'ul. Uruskan hal baitul Muslim
lalu kubalas
Ye ke? Dah nak kawin rupanya sahabat ana ni. Alhamdulillah
Dalam hatiku berkata, apa kena-mengena hal-ehwal baitul muslimnya dengan diriku...naluriku kuat mengatakan diriku berkait rapat...sangat rapat! Dia SMS lagi
Tapi, ana tak tahu sama ada ukhti tu setuju atau tidak
kubalas lagi
belum cuba belum tahu. kalau ikhlas mesti dia terima
hati kecilku terdetik, sebenarnya ukhti yang dimaksudkan tu siapa lagi kalau bukan.....

Dan tidak berapa lama selepas itu, dia langsung menelefon...berkali-kali meminta maaf kerana bimbang mengganggu ketenangan diriku...aku tak pernah rasa terganggu...dan paling menyentuh hati bila dia berkata:

"Ana nak buat pengakuan, Bismillahirrahmanirrahim...lillahi Taala, sebenarnya antilah ukhti tu...ana tak kisah kalau anti menolaknya tapi kalau anti terima, ana sangat-sangat menghargainya. Tak perlu bagi jawapan sekarang. Anti fikirkanlah dulu"

Aku terpempan sebentar. Tergamam campur terharu. Dia terlalu berani...dan ikhlas...dan paling aku tak boleh lupa apabila dia memulakan pengakuannya dengan lafaz yang mulia, Dengan Nama Allah! Allahu Akhbar...siapakah yang mampu menolak lamaran yang dibuat dengan nama Allah? Aku tangguhkan dulu jawapan...memang aku perlu kembali bermunajat menghadap Kekasihku untuk bertanya adakah dia yang terbaik untukku...selepas seminggu istikharah dan solat hajat kutemui jawapannya...

Dan kupendekkan cerita...laluan kami untuk membina sebuah rumahtangga dakwah sangat-sangat dipermudahkan Allah. Dia tak pernah bersua dengan abahku secara bersemuka. Cuma melalui telefon. Yang menguruskan perundingan walimah hanyalah kedua-dua ibu bapanya...namun, abah begitu mudah menerima dirinya. Abah terlalu menyenanginya...

dan pada tarikh 3 hb Jun 2004, jam 12.40 pm kami selamat diijabkabulkan...tahun ini genap 4 tahun kami bergelar suami isteri...tiada panggilan yang lebih manis daripada sayang dan ayang untuk insan tercinta...insan mulia yang mengangkat darjat seorang wanita menjadi isterinya atas dasar penerusan perjuangan dakwah...semoga Allah terus menaungi kita dengan rahmatNya, sayang...

Terlalu banyak mehnah yang kita pernah lalui bersama...dan setiap detik itu adalah tazkirah yang terbaik buat kita...doaku semoga kita kekal sehinggalah dapat berjumpa semula di syurga Allah kelak, insya-Allah...teruslah tabah dalam usahamu menyebarkan keindahan Islam kepada semua yang berada di sekitarmu...i will give all that I have to support you...

Happy 4th Anniversary, my dearest hubby...love you forever...and ever...

(Selepas kahwin, adala hubby buat pengakuan, "sebenarnya, sms yang ayang hantar kat Zul tu semua dia forward kat Am. Mula-mula tu kecik hati jugaklah pasal ketinggian 175cm tu. Rasa macam dah takde harapan lagi. Tapi, lepas baca sms yang last tu, barulah rasa ada chance! Hehe..." Apa-apalah sayang...I am still proud to have you as my hubby...sayang kan comel? Sebab tu anak-anak kita comel-comel belaka...hehe...tapi kenapa berani sangat propose sendiri? tidak melalui naqib? "Bukan apa...naqib lambat bertindak...takut terlepas..hehe. Lagipun naqib Am pun lamar isteri dia direct masa dulu." I see...mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?)

Monday, June 9, 2008

School Holiday is over...

First day of school after 2 weeks of break...what a relief..lots of things to be written here...I planned to update my blog every day during the school break, especially when there were important events to be shared (fathiyyah's birthday, my anniversary, KBM, camping, lungs function test and etc) so many things to be told...unfortunately my hubby's laptop got problem with the usb ports...none out of three is functioning...we could not connect the broadband device to go online...so, just got the opportunity to post some entry...

1. Fathiyyah's Birthday...

Especially for thia on your 19th birthday (1st June 1989):

Warga tua teras masyarakat hidup lama
Penuh jasa setia pada negara
Didik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita

Lama sudah kau hidup teruji
Penuh ranjau dan rintangan
untuk kemerdekaan
Kitalah pewarisnya
Di dalam negara bertuah

Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada

Wahai anak bunga bangsaku
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada....

Hohoho...biasa tak dengar lagu ni? Dulu-dulu zaman akak muda selalu nyanyikan lagu ni untuk member yang celebrate birthday...hohoho...lagu tema hari warga tua...setiap tahun kita sambut ulangtahun kelahiran...sebenarnya bukan umur makin bertambah tapi umur yang tinggal makin berkurangan...let's say, average age for umat Muhammad is around 63 y/o. Minus 19 that's mean you only have another 44 years to live...itu pun belum tentu...so, cherish the last-last teen with more ibadah and amal...

Kat sini akak sertakan personaliti orang yang dilahirkan dalam bulan Jun:

1. berfikiran jauh dan berwawasan
2. mudah ditawan kerana bersikap baik
3. berperangai yang lemah-lembut
4. tidak suka menyakiti orang lain
5. mudah berubah sikap,perangai,idea,mood
6. mempunyai banyak idea baru
7. bersikap sensitif
8. sentiasa aktif berfikir
9. sukar melakukan sesuatu dengan segera
10. bersikap suka menangguh-nangguh
11. bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
12. cepat marah dan cepat sejuk
13. suka bercakap dan berdebat
14. suka membuat lawak dan pandai bergurau
15. otaknya cerdas dan suka berangan-angan
16. mudah berkawan dan pandai berkawan
17. orang yang sangat tertib
18. pandai mepamerkan sikap pada orang lain
19. mudah berkecil hati
20. mudah selsema
21. suka berkemas diri
22. cepat berasa bosan terhadap sesuatu
23. sikap terlalu memilih dan selalu memberi komen
24. kurang mempamerkan perasaan dalaman
25. merajuk(sangat kecewa) apabila hati terluka
26. suka kepada barangan berjenama
27. mudah menjadi eksekutif
28. kedegilan yang tidak terkawal

Ok...compare the above characteristics with yours...any similarity? last but not least...omedeto gozaimas! zum geburstak veil gluk (means happy birthday in Dutch)sanah hilwah ya jamil...

2. Lungs Function Test

I've made arrangement with my sister to undergo lungs function test (LFT)during the school break...4 days visit to my sister's house enable me to watch her working closely as a MD...as an army doctor, her uniform is green with few badges that indicate her as a captain...resting in her working room while waiting for the staff nurse to set up the machine I saw how patient went in and out with nurses carrying forms and health reports with X-ray films for her to examine. With the staff and interns, Kak Yang quite 'garang' but she's gentle with her patients despite all her hustle and bustle stories bout her stubborn patients...then, when it came to the time for me to undergo LFT, she called an intern to help me up with the machine...'Selamat petang, puan!" with a salute, the intern greeted her...wow, imagine everytime the army nurses or interns want to enter her room, they have to give a salute...and still she can make joke around with me...my dearest sister...

The result of the LFT is quite dissapointing...she had to refer me to medical department in Selayang Hospital for further investigation...I just wish that I don't have to undergo operation just to make things back to normal...how am I going to leave my dearest babies if I have to...Apa sahaja ketentuan Allah...aku redha...cuma berikan aku kesempatan untuk melahirkan zuriat baru ini sebelum apa-apa terjadi ke atasku, Ya Allah....

to be continue...