Thursday, December 15, 2011

Bengkel Penulisan Skrip Drama Islami - Dari Karya ke Media, Satu Usaha Mendidik Masyarakat

Sesungguhnya, medan dakwah itu terbentang luas...jom kita banyakkan drama-drama berunsur tarbiyyah di media. Para penulis pelbagai genre dijemput menyertai bengkel yang jarang-jarang diadakan ini:

Tarikh: 29 Januari 2012
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan seminar, Masjid Al-Ghufron, Punggiran Taman Tun Dr Ismail
Pengendali Bengkel:
1. Tuan Hj Abu Hassan Morad,penerbit dan pengasas Production House, Layar Media Consult (penerbit drama Hani, Cinta Madinah, Warkah dari Penjara, Angin Rindu Sarajevo dll)
2. Saudari Ummu Hani Abu Hassan, seorang penulis muda berbakat yang telah menghasilkan hampir 10 skrip drama televisyen, antaranya:

1. Cinta Madinah 2 (RTM, 2005)

2. Lara Rindu Mahsuri (TV3, 2008)

3. Nurul Iman (RTM, 2009)

4. Angin Rindu Sarajevo (RTM, 2010)

5. Di Sapa Izrael (Astro Oasis, 2011)

6.Warkah Dari Penjara (TV9, 2011)

7. Drama Bersiri Keimanan Cinta (TV9, 2011)

8. Drama Bersiri Dingin La Venda (tv3, 2011)

9. Cerekarama, Waris Walid (tv3, 2011)

juga seorang novelis dan cerpenis prolifik

Objektif bengkel:
1) Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan skrip drama terkini
2) Membimbing peserta untuk menghasilkan skrip dari karya kreatif sedia ada, sama ada daripada hasil karya peserta sendiri atau hasil penulisan penulis lain
3) Perkongsian pengalaman dengan penulis skrip drama Keimanan Cinta, Angin Rindu Sarajevo, Warkah dari Penjara dll iaitu saudari Ummu Hani Abu Hassan
4) Pada akhir bengkel, peserta sekurang-kurangnya berjaya menghasilkan satu proposal drama bertema Islami atau berjaya menyiapkan skrip beberapa babak dalam drama.

Bayaran: RM 200 (bekerja)/ RM 180.00 (pelajar)
Yuran termasuklah bahan bengkel, minum pagi dan makan tengah hari. Sijil penyertaan disediakan. Kepada peserta yang mendaftar secara berkumpulan 5 orang, peserta kelima tidak dikenakan sebarang bayaran.

Berminat? Daftar segera melalui sms ke 012-3687172 (Arash) atau 012-6615745(wan am) dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, kategori (bekerja atau pelajar) dan alamat e-mel.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 20 Januari 2012. Siapa cepat dia dapat! Penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja.

No comments: