Saturday, April 23, 2011

Dia Ibarat Tikus Membaiki Labu

Entah kenapa orang muda itu menyelit dan cuba menyibuk dengan 'konflik dalam cawan' yang sedang berlaku. Entah apakah niat dalam dirinya? Atau mungkin dia cuba-cuba hendak menjadi penyelamat keadaan? Atau mungkin juga menjadi pembela yang konon-kononnya sangat prihatin dan berjiwa halus?

Hakikatnya, dia tidak ubah seperti tikus yang membaiki labu...semakin dibaiki semakin teruk kerosakan yang berlaku...dia ibarat si bendul yang menyiram minyak pada api yang sedang menyala..lagi memarakkan keadaan..merosakkan situasi dan menutup jalan perdamaian..

Siapakah dia untuk masuk campur? dan cuba pula memberi teguran dengan cara yang cukup tidak berhimmah..tiada kebijaksanaan...malah menambahkan lagi kerosakan..

Wahai orang muda,
Usahlah kamu menjadi duri dalam daging..menjadi penambah segala kerosakan dan membunuh pintu-pintu perdamaian..kamu terlalu muda untuk memahami semua ini..sedangkan kamu sendiri sering berkonflik dengan rakan-rakanmu sendiri tanpa sebab yang munasabah atau kerana sebab yang terlalu remeh..juga kadangkala berkonflik dengan diri sendiri.. tidakkah kamu sedar itu orang muda? bagaimana pula kamu bisa mencampuri urusan yang lebih rumit dari hubungan antara kawan dengan kawan?

Jika kamu tidak mampu menjadi pendamai atau penyejuk hati yang sedang kepanasan, eloklah kamu berdiam diri sahaja. jangan pula menjadi pengipas yang mengapi-apikan keadaan..kelak diri kamu juga yang menuju kehancuran. dibenci dan dijauhi orang.

Mungkin yang terbaik ialah mendoakan supaya kamu juga merasai pengalaman ini pada masa hadapan supaya kamu akhirnya faham..dan tidak sewenang-wenangnya bertingkahlaku seumpama tikus membaiki labu atau seumpama kera mendapat bunga...

semoga kamu diampuni Allah atas kerosakan yang telah kamu lakukan ini..sungguh kasihan diri kamu itu orang muda..

nota: buat sementara ini kamu, orang muda di'block' dari sebarang medium perhubungan..jadi anggap sajalah apa saja yang kamu cuba sampaikan tertolak dan tidak sampai kepada orang yang ditargetkan. Jadi, jangan buang masa dan jaga saja urusan diri kamu sendiri

2 comments:

ummu ijlal said...

Alhamdulillah. baguslah, semoga dapat manfaat darinya!

ummu ijlal said...

kepada semua pembaca yg dirahmati Allah:

tak perlu tulis comment dengan semua capital letter..itu melambangkan anda sedang menjerit-jerit...adakah anda masih waras? sila jaga adab dan akhlak anda di laman blog ni...orang yang kurang akhlak dan adab mungkin berat jodohnya...nauzubillah

jauhkan diri anda dari menambahburukkan keadaan dan elakkan diri dari menjadi batu api dan penambah perisa kepada perpecahan..

semoga Allah merahmati anda semua