Mavi Marmara, mencetus pelbagai reaksi dunia apabila kapal pembawa bekalan bantuan ke Gaza itu dirempuh komando Israel tanpa ada sebarang alasan yang dapat diterima akal. Kapal yang memuatkan aktivis kemanusiaan dari pelbagai latar belakang dan negara, juga membawa bekalan bantuan kepada penduduk Gaza berupa ubat-ubatan, peralatan pembinaan, keperluan bayi dan kanak-kanak serta banyak lagi, sudah jelas bukan membawa misi ketenteraan. Malah, mereka menepati polisi perairan antarabangsa yang ditetapkan oleh PBB. Apa alasan Israel menahan kapal tersebut sehingga menyebabkan hampir 20 orang aktivis keamanan mati dibunuh?? Mereka langsung tidak bersenjata, apatah lagi mendapat latihan ketenteraan versi pasukan elit sebagaimana komando Israel tersebut. Nyata Israel terang-terangan mempamerkan pekung busuk di dada. Jelas mereka tidak mahu apa-apa bantuan pun tiba ke Gaza. Bangsa Zionis yang dikutuk Allah dan segala makhluk di atas muka bumi ini tidak akan tenteram kerana semua pihak mengecam mereka. Apa komen Amerika yang konon-kononnya merupakan skuad polis dunia? Kata Obama, dia tidak akan mempertikaikan apa-apa tindakan Israel atas alasan mempertahankan diri. Kononnya, anak-anak kapal Mavi Marmara yang menyerang komado Israel sehingga mereka terpaksa melepaskan tembakan. Bodoh ke hapa namanya tu? Siapa yang serang siapa? Siapa yang mempertahankan siapa? ada ke patut, senjata seperti lastik, kayu dan pisau dapur dijadikan alasan untuk dibalas dengan tembakan rifles? Tak payah nak tunggu Amerika buka mulut barulah semuanya akan selamat...tak perlu harapkan negara Uncle Sam itu akan bertindak..kita bukan berkiblatkan Amerika. Kita ada Allah, tempat pergantungan yang hak..doa..doalah secara berterusan demi pembebasan Aqsa As-Syarif..
Anak-anak kapal itu hanya ditahan dalam tempoh yang singkat. Namun, penduduk Gaza, sudah berdekad-dekad menghadapi perkara sebegitu setiap hari sehingga hati anak-anak Gaza sudah kental dan subur dengan semangat jihad. Gaza bumi ajaib. Dalam keadaan genting sebegitu, bumi ini mencatatkan kadar kelahiran tertinggi di dunia. Tiada pula kes kebuluran berlaku di Gaza kerana setiap rezeki yang masuk ke dalam perut anak-anak Gaza itu disertai keberkatan, yang Masya-Allah...bertumbuh menjadi daging dan darah mujahid dan perajurit. Merekalah anak-anak yang disebut dalam hadis Ar-Rasul,
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)
Janganlah takut untuk terus menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Sertailah sebanyak manapun misi menghantar bantuan kepada mereka. Kerana Allah menjanjikan kita 2 keuntungan sama ada syahid atau menang..
(Tak sabar menyertai Misi ke Gaza usai pengajian psikologi klinikal kelak..semoga dapat membantu anak-anak Gaza yang banyak mengalami Post Traumatic Stress Disorder...semoga Allah permudahkan..Ameen)
No comments:
Post a Comment