Monday, May 25, 2009

On Children




Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life's longing for itself.
They come through you but not from you,
And though they are with you yet they belong not to you.

You may give them your love but not your thoughts,
For they have their own thoughts.
You may house their bodies but not their souls,
For their souls dwell in the house of tomorrow,
which you cannot visit, not even in your dreams.
You may strive to be like them,
but seek not to make them like you.
For life goes not backward nor tarries with yesterday.

You are the bows from which your children
as living arrows are sent forth.
The archer sees the mark upon the path of the infinite,
and He bends you with His might
that His arrows may go swift and far.
Let our bending in the archer's hand be for gladness;
For even as He loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable.

by: Kahlil Gibran

Thursday, May 21, 2009

Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban.

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina. Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.

INFO: Alzheimer

· Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

· Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

· Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

· Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

· Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

· Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

· Menjadi punca keenam kematian utama.

Sumber: Berita Harian Online, 26 Jan 2009, di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090125083312/Article/

Monday, May 18, 2009

Bahagia Hati Seorang Murobbiah...


Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya berjaya..

Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya ceria...

Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya rajin sms ini itu...

dan, bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya ingat padanya selalu...

Terima kasih tak terhingga kepada pelajar-pelajar cikgu yang mengingati, mengirim ucapan sempena hari guru yang lalu...

Their sweet messages:


Fathy Nabila Najla:
Selamat Hari Guru...syukran atas sgl tunjuk ajarmu selame ni..doakan fathy ye spy dipermudahkan dan dapat jawab exam 30 juz minggu depan.


Yes, my dear...cikgu doakan hanya yang terbaik untuk Fathy


Abdullah Hafidz Gazali:
Salam. Terima kasih atas sgl doa, ilmu & jasa yg dicurahkan. Hanya Allah yg lyk mblsnya.Moga dipanjangkan umur dalam ketaatan & keberkatan. Doakan ana bjy dunia akhirat t'utamanya dlm final exam minggu depan.

Semoga Allah kurniakan kejayaan pada Hafidz seperti yang diharapkan..

Syafiqah Afdzal:
Slmt Hari Guru. I luv u so much. doakan ana kat dq ni cikgu!

Ya..cikgu doakan. luv u too hihi!

Syifa' Kamarudin:
Slmt hari guru cikgu. Syifa' ni

Ya, sayang...tq my dear

Nabil Afham:
Guru bukan mcm papan skate..
Belum main, gilap
Dah main, pijak
Guru bukan mcm bola sepak..
Belum main pegang,
Dah dpt tendang..
Guru bukan mcm bulu tangkis...
Belum main, pegang,
Dah main, pukul.
Guru IBARAT mcm bola ragbi...
belum dapat, rebut...
Dah dpt, lindungi...
SELAMAT HARI GURU..


Yolah tu..tak mahu cikgu jadik bola ragbi..hihi..nyway, thanks for the wish

Nurazah Fathirah:
Salam Heppie Teacher's Day!
Jasamu dikenang selalu
Moga Allah Merahmatimu


ok..tq dear

Nurfatmah Nabilah
Terima kasih guru, kerna hulur tanganmu. Ku menghargai setulus jiwaku...Bicaramu guru kanku ingat slalu, mjadi azimat, hingga ke akhirnya...syukran.

thanks dear...

Asyraf:
Assalamualaikum, Selamat Hari Guru, Cikgu.

thank you for the wish...

Wardah Soberi:
assalamualaikum cgu!.. selamat hari guru. terima kasih atas segalanya.. p/s:i miss bio class dgn cgu.. hehe

Miss u too my dear...tq


Fathiyyah (my sis in law):
salam kak.Selamat HAri Guru!
Tq sayang...

Syazana:
Selamat Hari Guru cikgu! :)
Tq my dear...

Diana KB:
selamat hari guru ! lagu best! =)
Thanks sweetheart!

Abd Rahman Dashuki:
salam cikgu...selamat hari guru..sorry la sikit ucap..hehe..apa2 pun thank you very much for being my gud teacher.doakan kejayaan ana didunia dan akhirat ye

Insya-Allah...cikgu doakan Man berjaya jadi doktor muslim yg berbakti...thanks 4 d wish..

Pelajar-pelajar ini ada yang sudah bertebaran serata muka bumi dan ada juga yang masih di SMI Al-Amin...suatu masa nanti bila mereka sudah semakin menghampiri kejayaan, cikgu pula semakin menghampiri saat tua...harapan cikgu semoga antum semua menjadi pewaris du'at...terus memakmurkan dunia dengan risalah Islam yang hak...luv u and miss u all...

Friday, May 15, 2009

Guru Oh Guru...

1988, pertama kali menjejakkan kaki ke SRK Convent Seremban. Abah hanya menghantar sehingga ke pintu pagar sekolah. Abah pesan, jaga diri elok-elok, jangan menangis, dengar cakap cikgu dan pergi tandas jika perlu..."ok, abah!". Dan berjalanlah aku masuk ke barisan.

Guru kelas, Mrs Dutt..a very nice Chinese lady...very sweet and charming...sekejap je, hati telah terpaut padanya. cara dia bercakap, sangat lemah lembut...rasa dibelai dan dibuai..sampai sekarang masih terbayang-bayang, Mrs Dutt yang tinggi lampai dan berbadan kurus itu...Semasa darjah satu, guru-guruku tak berapa ramai. Selaku guru kelas, Mrs Dutt taught most of the subjects except for English, Pendidikan Islam, PJK and Music...Till standard 6 I was a Convent Girl, moulded with tight girls-school dicipline, a sportive student yet quite shy, active in music, represented school in musical competition and english choral speaking, befriended with multiracial friends...

Bersyukur, walaupun abah menghantar kami adik-beradik ke SRK Convent, namun ilmu agama, abah sendiri mengajarnya di rumah...dari bacaan solat sehinggalah membaca quran, abahlah yang tekun mengajar...bersila beramai-ramai depan abah setiapkali selesai solat maghrib, dengan rehal kayu dan quran di depan, abah mengajar satu persatu...dan tak dilupa, rotan di tangan abah jadi azimat untuk kami lebih berhati-hati membaca, menjaga tajwidnya sekali...

Bila salah seorang daripada kami (semua perempuan) mencapai akil baligh, abah memanggil semua anak-anak perempuannya. Buku Fiqh Toharoh Wanita di tangan...dengan sabar dan penuh hikmah abah ceritakan tentang darah haid, sebab dan akibat. Cara menyucikan dan perihal mandi wajib...malukah abah bercakap soal2 keperempuanan depan anak2 perempuannya? Tidak...malah abah berbangga melaksanakan salah satu tuntutan Allah terhadap seorang bapa...

Disember 1993...abah menghantar aku ke SMAP Labu...berpisah dari keluarga, 5 tahun di perantauan, belajar mengurus diri dan pelajaran...sekali-sekala pulang ke kampung waktu cuti...guru-guru jadi tempat bermanja, mencurah kasih, berkongsi masalah...sekali-sekala bertelefon minta pandangan abah bagi 2-3 perkara...masih sportive seperti di sekolah rendah...represented the school in tennis tournament and etc... sehingga kini, setiapkali hari guru, pasti kenangan-kenangan ini melintasi ruang fikirku...abah, guru pertamaku....



Sempena Hari Guru, esok...izinkan aku melafazkan penghargaan kepada abah, juga guru-guruku yang berjiwa pendidik...tidak dilupakan, coach dan instructor di gelanggang tennis mahupun di pool...semoga rahmat Allah merahmati kalian setiap masa...Amin...

Tanpa mereka, tak mungkin aku di sini...dan kini, semangat mereka itu, aku warisi sebagai sumber kekuatan untuk aku pula memikul amanah mendidik anak bangsa, pewaris perjuangan dakwah...sandaranku hanya redha Allah...

Buat mereka yang bergelar guru, aku persembahkan sajak ini...nukilan arwah guruku juga...Sasterawan Negara Usman Awang...

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Abah and my younger sister...dah besar panjang pun abah masih lagi manjakan kami...anak-anaknya..


Abah with Atiqah, my youngest sister and Amirul our close cousin...

Thursday, May 14, 2009

Kelakarkan?

Kelakarkan?
Belum sampai 24 jam keputusan mahkamah tinggi diumumkan,
berubah pulak angkara MB haram..

Kelakarkan?
Keputusan pada mahkamah rayuan yang biasanya ambil masa 40 hari untuk disemak,
tak sampai 24 jam je diluluskan bila yang merayu tu puak2 BN

Kelakarkan?
Yang diminta Pakatan Rakyat hanyalah pembubaran DUN Perak,
tapi sukarnya nak dilaksanakan disebabkab PRPhobia (istilah baru utk BN, fobia pada PR)....

Kelakarkan?
Yang sah, yang halal, dilarang bertugas,
Yang haram, yang perasan diberi keutamaan.

Kelakarkan?
Slogan yang diperjuangkan kononnya utamakan rakyat,
bila diminta adakan pilihanraya semula, susah pulak nak dapat.

Kelakarkan?
Ubat pada masalah dahpun ditemui,
tapi tak mahu pulak diambil manfaatnya...

Kelakar! Kelakar! Ramai benar badut sarkas atas pentas politik Malaysia...Sakit pankreas aku ketawa!

Monday, May 11, 2009

Tahniah! Nizar Menteri Perak yang Sah...


Baru dengar berita yang menggembirakan! Mahkamah memutuskan Nizar menteri besar Perak yang sah! Adusss...malu besar BN, Tuk Jib dan Zambry! Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang benar...Perak milik rakyat, bukan milik UMNO bukan BN...baca laporan lanjut di bawah...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.Malaysiakini.

Catatan Seorang Bakal Life Guard...


Gambar sekadar hiasan.

8 hb Mei 2009...tarikh yang signifikan..kenapa? Tarikh saya exam...bukan sebarang exam, exam pertama yang bakal melayakkan saya bergelar Life Guard (baca: Muslimah Life Guard)...lebih mendebarkan kerana kemahiran saya diuji bukan di atas kertas tapi, dalam swimming pool...kalaulah kantoi tengah2 exam tu, bilma'na balik dalam keadaan hidup ataupun mati! Pandai-pandailah nak survive...

Training centre terletak di Consists Ulu Kelang...pusat latihan bagi individu yang berminat dengan hal-ehwal keselamatan di tempat kerja...Lebih sebulan berulang-alik training selama 2 jam seminggu (8-10 pm) akhirnya tibalah masa diuji...

The first one hour, instructor gave us time to practice, polishing up stamina after one week without training (1 May was Labour Day). The examination consists of 4 parts. The first part was 50 m, breast stroke with two laps...no stopping in the middle...though your lungs felt like bursting. Second part was diving and swimming underwater for a few metre..total immersion of the whole body...quite challenging coz once you know how to swim you'll find it is hard to remain underwater...your body tend to stay afloat...The third part was water treading for few minutes and the last part was 25 m of backstroke...

My adrenaline level was increasing in a sudden as the time past by. Yet, I tried my best to appear relax and cool...no way i would tarnish my reputation as one of the best trainee in the group...

Alhamdulillah...selepas berhempas-pulas...mengeluarkan skil-skil lama yang terpendam...akhirnya saya lulus! With distinction...yang syoknye..sempat pulak instructor komen, "gaya awak tu macam orang biasa masuk competition!" huahaha...tulah, kalau dari dulu ada muslimah-friendly swimwear, agaknya dah lama jadi atlet renang! huahaha...

Perjalanan saya masih jauh...ada beberapa sesi ujian lagi yang harus dilalui termasuklah kemahiran CPR...semoga cita2 memiliki swimming school sendiri akan jadi kenyataan agar lebih ramai muslimah lifeguard yang dilahirkan!