"Knowing that we have a great chance each day to impact the lives of the young in our school is a tremendous responsibility, but it is also a wonderful opportunity..."
Friday, February 18, 2011
Untuk seseorang yang cukup kukasihi..
Kak Yang n Yoi sewaktu di rumah Wan dan Tuk Cik di Rembau
Beza umur kami cuma setahun 2 bulan...terlalu rapat jarak usia itu...kami membesar seiiringan...satu sekolah sepanjang sekolah rendah (SRK Convent, Seremban) dan satu rumpun sekolah menengah (Kak Yang di SMAP Kajang, aku di SMAP Labu)...sikap penyayangnya dan prihatinnya sebagai seorang kakak jelas tergambar sejak kecil lagi. Aku masih ingat, satu petang semasa dalam darjah tiga (aku bersekolah sesi petang dan Kak Yang di sesi pagi), seseorang datang ke kelasku, meminta izin daripada guru kelas untuk bertemu aku. Rupa-rupanya Kak Yang sudah menunggu di luar kelas. Diserahkan sekeping not seringgit, buat belanja katanya. Kak Yang 'stay back' hari itu untuk latihan sukan. Selalu juga dia datang menghantar bekalan makanan yang disediakan sendiri olehnya...Ketika itu usianya baru 10 tahun.....dalam darjah 4...too young but with strong sense of responsibility..
Saat-saat persekolahan peringkat menengah, kami berdua sama-sama di SBP...jauh dari keluarga yang berada nun di utara tanah air...aku di Nilai, Negeri Sembilan dan Kak Yang di Kajang, Selangor...adakalanya, ketika balik bercuti di kampung, kami bertemu di Puduraya sebelum bas bertolak..solat bersama-sama, kemudian berpisah kerana masing-masing menaiki bas ekspres yang berlainan...7 jam kemudian, kami bertemu semula di stesen bas Kangar...Sekiranya cuti bulanan kami tidak sama, Kak Yang akan datang melawat aku di asrama dengan sedikit buah tangan yang dibeli dengan duit poketnya sendiri. Jika cuti bulanan kami bertembung, rumah Wan di Rembau selalu jadi 'port' kami melepak...malam Sabtu ke 'lelong' (pasar malam) dan tengah hari Ahad masing-masing bergerak pulang ke sekolah masing-masing..kami akan berjalan kaki ke pekan Rembau bersama-sama untuk menaiki bas ke Seremban. Di Seremban, kami berpisah..aku ke Nilai dan Kak Yang ke Kajang.. Ketika dia berada di matriks pun Kak Yang pernah datang menaiki motorsikal dari Serdang ke Nilai untuk melawat aku yang ketika itu sedang menghadapi SPM.
Cepat sungguh masa berlalu...aku di ambang perkahwinan sedangkan Kak Yang ketika itu bertungkus-lumus menghadapi tahun akhir kursus perubatan...sempat lagi Kak Yang menghabiskan masa membuat bunga telur dan menjahitkan cadar untuk bilik pengantinku...Kak Yang bersengkang mata demi hari bersejarahku...sedangkan peperiksaan akhirnya amat penting untuk dia bergelar doktor! Kerana seorang adik..Kak Yang ketepikan semua kepentingan dirinya..
Aku melahirkan bayi sulungku di HUKM, Kak Yang ketika itu di Hospital Melaka menjalani housemanship...bergegas Kak Yang datang dari Melaka untuk menyambut kelahiran anak buah pertamanya...walaupun waktu senggang houseman terlalu terhad...
Dan kini, ketika kesihatanku semakin terjejas atas pelbagai faktor yang tak perlu aku sebutkan di sini, Kak Yang jugalah yang sudi berada di sisi menghulurkan bantuan semampu mungkin...merawat aku tanpa jemu...memperkenalkan aku kepada pakar-pakar yang berkenaan dan memberi semangat yang tidak pernah putus (ketika aku menghadapi masalah dengan vocal cord)..
Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang kakak dan juga sahabat seistimewa Kak Yang...berkatilah kehidupannya YA Allah...permudahkan laluan hidupnya untuk menggapai cita-citanya sebagai seorang ophtalmologist...dia adalah kebanggaan kami sekeluarga...ganjarilah dia dengan kebajikan yang berganda dari apa jua kebajikan yang dilakukannya untuk kami...dan tempatkan kakakku ini dalam kalangan kekasihMu ya Allah...
Selamat Ulangtahun Kak Yangku sayang!
19 Februari 1980
Monday, February 14, 2011
Dia yang dirindui...
Rasulullah...
Andai tuan berkunjung ke rumah-rumah kami kala ini
Pastilah tuan kehairanan
Golongan laki-laki kami sering lemah
Bila bangun menyahut seruan Allah
Solat jemaah jarang dilazimi
Solat di awal waktu
sering tak tentu
bibir-bibir mereka mengaku
cinta dan kasihkan mu
namun melanggar ajaranmu tak pernah silu
Rasulullah..
Golongan wanita-wanita kami pula
Cinta dunia takut mati
Mahu seronok, cantik dan dipuja puji
Rasa malu hilang ke mana
Bahkan bangga bergelumang dosa
Dicanang-canang pula di sini sana
Kehebatan diri yang dipinjam sementara
Rasulullah..
Anak-anak kami lesu
Letih berhibur bergulat nista
Entah diingat entah dilupa
Kesusahan tuan menyebar agama
Agar dinullah jadi cahaya
dalam kalbu-kalbu kami
Entah diingat entah dilupa
Darah tuan dan sahabat menitis laju
Tiapkali ghazwah menyapa waktu
Demi pastikan cahaya ISLAM itu tegak
Harumnya terserak
segenap pelusuk maya
Rasulullah..
Maafkan kami
Sentiasa lupa
Sedangkan kami sentiasa ada
dalam hatimu walaupun ketika maut menyapa..
Rasulullah...
Maafkan kami..
Sering hanyut
Layakkah kami menghirup syafaat tuan..
Tika mentari sejengkal cuma
dari ubun-ubun kepala kami...
Kami merinduimu duhai Kekasih Allah...
Salam Maulidur Rasul 1432
Andai tuan berkunjung ke rumah-rumah kami kala ini
Pastilah tuan kehairanan
Golongan laki-laki kami sering lemah
Bila bangun menyahut seruan Allah
Solat jemaah jarang dilazimi
Solat di awal waktu
sering tak tentu
bibir-bibir mereka mengaku
cinta dan kasihkan mu
namun melanggar ajaranmu tak pernah silu
Rasulullah..
Golongan wanita-wanita kami pula
Cinta dunia takut mati
Mahu seronok, cantik dan dipuja puji
Rasa malu hilang ke mana
Bahkan bangga bergelumang dosa
Dicanang-canang pula di sini sana
Kehebatan diri yang dipinjam sementara
Rasulullah..
Anak-anak kami lesu
Letih berhibur bergulat nista
Entah diingat entah dilupa
Kesusahan tuan menyebar agama
Agar dinullah jadi cahaya
dalam kalbu-kalbu kami
Entah diingat entah dilupa
Darah tuan dan sahabat menitis laju
Tiapkali ghazwah menyapa waktu
Demi pastikan cahaya ISLAM itu tegak
Harumnya terserak
segenap pelusuk maya
Rasulullah..
Maafkan kami
Sentiasa lupa
Sedangkan kami sentiasa ada
dalam hatimu walaupun ketika maut menyapa..
Rasulullah...
Maafkan kami..
Sering hanyut
Layakkah kami menghirup syafaat tuan..
Tika mentari sejengkal cuma
dari ubun-ubun kepala kami...
Kami merinduimu duhai Kekasih Allah...
Salam Maulidur Rasul 1432
Subscribe to:
Posts (Atom)