Monday, June 29, 2009

Imtiyaz dan kenakalannya...


Dalam bas bersama-sama Ummi ikuti rombongan muallimah SMI Al-Amin ke Cameron Highland


Berlagak manje...


Imtiyaz sudah makin lasak sekarang nih..dah kuat mengusik kakak-kakaknye...semalam je dah banyak kali Imtiyaz kacau along Itqan dan angah Ijlal tido...Imtiyaz tarik rambut suruh bangun, Imtiyaz panjat pinggang along, Imtiyaz cium-cium pipi angah...akhirnya, abi cempung Imtiyaz bawak tido kat bilik ummi...hari-hari di sekolah pasti hari-hari yang dilalui dalam rindu pada Imtiyaz...cepat besar ye sayang!

Thursday, June 25, 2009

Kematian yang Kunantikan...

Pernah dengar lagu Menanti Di Barzakh, dendangan kumpulan Far East? Pertama kali dengar lagu itu terasa hati bergetar...rasa menggigil seluruh badan mengenangkan bagaimanakah keadaanku ketika menghadapi alam barzakh kelak...Allah...Allah...Allah...adakah aku juga akan menjadi seperti subjek dalam lagu itu yang merayu-rayu minta dikembalikan semula ke dunia...Argh! terasa sungguh ralat...

Sepanjang 28 tahun menghirup udara di bumi Allah ini, tak tahulah amal ibadah yang manakah dapat menyelamatkan aku dari seksa kubur mahupun azab neraka...Allah...Allah...Allah...hanya rahmat Allah yang benar-benar dapat menyelamatkan diri yang lemah lagi jahil ini...entah segunung dosa yang pernah aku lakukan, aku sendiri tidak pasti...entahkan tiada satupun catatan amalanku yang diterima...juga aku kurang pasti...Allah...Allah...

Satu majlis pengkebumian yang paling aku ingati sampai kini ialah ketika ibu angkatku yang kupanggil Wa meninggal dunia...lebih tiga tahun lalu...berita kematian Wa aku terima ketika sedang berada di sekolah. terasa lemah segala sendi, aku tergamam tambah pilu...insan yang mengasuhku ketika kecil sudah diambil Allah...aku bergegas pulang ke Rembau dengan suami. Saat itu Ijlal masih lagi dalam kandungan....dari ketika jenazah dimandikan, dikapan, disolat dan disemadikan dalam lahat, aku ikuti meski hati direnggut seribu satu rasa yang sukar diungkap...saat mencium dahi Wa yang sejuk dingin, masih lagi terakam dalam mindaku...

Tiga malam tidurku tidak lena selepas menghadiri majlis tersebut...terjaga di tengah malam, berpeluh dingin, menggigil segenap tubuh...bukan sedikit air mata yang tumpah...bukan kerana takut tapi mengenangkan bagaimanakah keadaan Wa ditinggalkan sepi dalam kubur...kubur yang zulmat...namun, aku percaya Wa tenang dalam persemadian...aku cuba meletakkan diriku di tempat Wa...ditinggalkan bersendirian dalam liang lahat yang gelap, sunyi dan sempit......saat kaki anak-anak dan kerabat melangkah meninggalkan tanah perkuburan maka, Munkar dan Nakir pun tampil melontarkan persoalan demi persoalan...bersediakah aku menjawabnya? Allah...Allah...Allah...

Mungkinkah amalanku akan muncul dalam wajah indah dan harum atau mungkin muncul dalam wajah buruk dengan bau busk yang meloyakan?? persoalan yang sukar dijawab. tiada satupun ramalan yang tepat dapat menggambarkan keadaan sebenar di alam kubur kelak...

Mati itu sakit...ibarat dikupas kulit dari jasad hidup-hidup...hanya ihsan dan rahmat Allah dapat melepaskan kita dari seksa kematian...lebih penting lagi menyelamatkan kita dari azab di kubur, di Masyar mahupun neraka...bagi orang-orang yang beriman, para syuhada', pejuang agama yang terpilih, kubur itu ibarat taman dari taman-taman syurga. Maka bergembiralah dan bahagialah mereka di sana sementara menanti dibangkitkan pula pada yaumul hisab kelak. Setelah bersusah payah di dunia, berpenat lelah dengan amal dan ibadah, kubur menjadi tempat rehat yang nyaman bagi mereka. Tetapi, bagi orang-orang fasik, dan musyrik, kubur itu ibarat lubang dari lubang-lubang neraka yang mengerikan. Maka duduklah mereka dalam azab sehingga dibangkitkan pula untuk menerima azab yang lebih pedih di akhirat nanti.

Ya Tuhanku, seandainya aku dipanggil menghadapmu kala waktu terdekat ini, izinkan aku pergi dalam keadaan sedang berbakti untuk agamaMu...dalam perjuangan dakwah yang suci...jangan Kau panggil aku dalam keadaan aku sedang leka dengan hiburan dunia atau lalai dalam lagha...Ya Rabb, terlalu sedikit amal ibadahku, terlalu kurang sedekahku, solatku...entah diterima entah tidak..puasaku, entah mencapai piawaianMu entah tidak...lalaiku, lebih banyak dari insafku...ingkarku, lebih banyak dari taatku...Allah...bagaimanakh nasibku ketika menghadapMu kelak? Entahkan Engkau sudi memandang wajahku entahkan tidak...Allah...Allah..

Menanti Di BArzakh
Kumpukan Far East


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Di Muka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Tuesday, June 2, 2009

The Enchanted 3rd of June...


Happy 5th anniversary, my darling!
All I am is yours, as you are mine.
Perhaps the years erode the boundary line;
Perhaps the fortune fades into the feeling.
Yet we are will, though often not quite willing,
As this year's choice becomes the next year's wind.
Nor without love could we endure the time
Needed to bestow so great a blessing.
In choosing love, unburdening desire,
Viewing passion as a gift to give,
Embracing as we long to be embraced,
Remaining where we would someone remain:
So do we tend both equally the fire
As each becomes the one one needs to live,
Replacing what can never be replaced,
Yearning for what comes again, again.
Thank you for the 5 happening years.
Happy anniversary my dear...

Monday, May 25, 2009

On Children




Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life's longing for itself.
They come through you but not from you,
And though they are with you yet they belong not to you.

You may give them your love but not your thoughts,
For they have their own thoughts.
You may house their bodies but not their souls,
For their souls dwell in the house of tomorrow,
which you cannot visit, not even in your dreams.
You may strive to be like them,
but seek not to make them like you.
For life goes not backward nor tarries with yesterday.

You are the bows from which your children
as living arrows are sent forth.
The archer sees the mark upon the path of the infinite,
and He bends you with His might
that His arrows may go swift and far.
Let our bending in the archer's hand be for gladness;
For even as He loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable.

by: Kahlil Gibran

Thursday, May 21, 2009

Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban.

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina. Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.

INFO: Alzheimer

· Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

· Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

· Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

· Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

· Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

· Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

· Menjadi punca keenam kematian utama.

Sumber: Berita Harian Online, 26 Jan 2009, di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090125083312/Article/

Monday, May 18, 2009

Bahagia Hati Seorang Murobbiah...


Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya berjaya..

Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya ceria...

Bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya rajin sms ini itu...

dan, bahagiakah hati seorang guru?
Bahagia...bila pelajar-pelajarnya ingat padanya selalu...

Terima kasih tak terhingga kepada pelajar-pelajar cikgu yang mengingati, mengirim ucapan sempena hari guru yang lalu...

Their sweet messages:


Fathy Nabila Najla:
Selamat Hari Guru...syukran atas sgl tunjuk ajarmu selame ni..doakan fathy ye spy dipermudahkan dan dapat jawab exam 30 juz minggu depan.


Yes, my dear...cikgu doakan hanya yang terbaik untuk Fathy


Abdullah Hafidz Gazali:
Salam. Terima kasih atas sgl doa, ilmu & jasa yg dicurahkan. Hanya Allah yg lyk mblsnya.Moga dipanjangkan umur dalam ketaatan & keberkatan. Doakan ana bjy dunia akhirat t'utamanya dlm final exam minggu depan.

Semoga Allah kurniakan kejayaan pada Hafidz seperti yang diharapkan..

Syafiqah Afdzal:
Slmt Hari Guru. I luv u so much. doakan ana kat dq ni cikgu!

Ya..cikgu doakan. luv u too hihi!

Syifa' Kamarudin:
Slmt hari guru cikgu. Syifa' ni

Ya, sayang...tq my dear

Nabil Afham:
Guru bukan mcm papan skate..
Belum main, gilap
Dah main, pijak
Guru bukan mcm bola sepak..
Belum main pegang,
Dah dpt tendang..
Guru bukan mcm bulu tangkis...
Belum main, pegang,
Dah main, pukul.
Guru IBARAT mcm bola ragbi...
belum dapat, rebut...
Dah dpt, lindungi...
SELAMAT HARI GURU..


Yolah tu..tak mahu cikgu jadik bola ragbi..hihi..nyway, thanks for the wish

Nurazah Fathirah:
Salam Heppie Teacher's Day!
Jasamu dikenang selalu
Moga Allah Merahmatimu


ok..tq dear

Nurfatmah Nabilah
Terima kasih guru, kerna hulur tanganmu. Ku menghargai setulus jiwaku...Bicaramu guru kanku ingat slalu, mjadi azimat, hingga ke akhirnya...syukran.

thanks dear...

Asyraf:
Assalamualaikum, Selamat Hari Guru, Cikgu.

thank you for the wish...

Wardah Soberi:
assalamualaikum cgu!.. selamat hari guru. terima kasih atas segalanya.. p/s:i miss bio class dgn cgu.. hehe

Miss u too my dear...tq


Fathiyyah (my sis in law):
salam kak.Selamat HAri Guru!
Tq sayang...

Syazana:
Selamat Hari Guru cikgu! :)
Tq my dear...

Diana KB:
selamat hari guru ! lagu best! =)
Thanks sweetheart!

Abd Rahman Dashuki:
salam cikgu...selamat hari guru..sorry la sikit ucap..hehe..apa2 pun thank you very much for being my gud teacher.doakan kejayaan ana didunia dan akhirat ye

Insya-Allah...cikgu doakan Man berjaya jadi doktor muslim yg berbakti...thanks 4 d wish..

Pelajar-pelajar ini ada yang sudah bertebaran serata muka bumi dan ada juga yang masih di SMI Al-Amin...suatu masa nanti bila mereka sudah semakin menghampiri kejayaan, cikgu pula semakin menghampiri saat tua...harapan cikgu semoga antum semua menjadi pewaris du'at...terus memakmurkan dunia dengan risalah Islam yang hak...luv u and miss u all...

Friday, May 15, 2009

Guru Oh Guru...

1988, pertama kali menjejakkan kaki ke SRK Convent Seremban. Abah hanya menghantar sehingga ke pintu pagar sekolah. Abah pesan, jaga diri elok-elok, jangan menangis, dengar cakap cikgu dan pergi tandas jika perlu..."ok, abah!". Dan berjalanlah aku masuk ke barisan.

Guru kelas, Mrs Dutt..a very nice Chinese lady...very sweet and charming...sekejap je, hati telah terpaut padanya. cara dia bercakap, sangat lemah lembut...rasa dibelai dan dibuai..sampai sekarang masih terbayang-bayang, Mrs Dutt yang tinggi lampai dan berbadan kurus itu...Semasa darjah satu, guru-guruku tak berapa ramai. Selaku guru kelas, Mrs Dutt taught most of the subjects except for English, Pendidikan Islam, PJK and Music...Till standard 6 I was a Convent Girl, moulded with tight girls-school dicipline, a sportive student yet quite shy, active in music, represented school in musical competition and english choral speaking, befriended with multiracial friends...

Bersyukur, walaupun abah menghantar kami adik-beradik ke SRK Convent, namun ilmu agama, abah sendiri mengajarnya di rumah...dari bacaan solat sehinggalah membaca quran, abahlah yang tekun mengajar...bersila beramai-ramai depan abah setiapkali selesai solat maghrib, dengan rehal kayu dan quran di depan, abah mengajar satu persatu...dan tak dilupa, rotan di tangan abah jadi azimat untuk kami lebih berhati-hati membaca, menjaga tajwidnya sekali...

Bila salah seorang daripada kami (semua perempuan) mencapai akil baligh, abah memanggil semua anak-anak perempuannya. Buku Fiqh Toharoh Wanita di tangan...dengan sabar dan penuh hikmah abah ceritakan tentang darah haid, sebab dan akibat. Cara menyucikan dan perihal mandi wajib...malukah abah bercakap soal2 keperempuanan depan anak2 perempuannya? Tidak...malah abah berbangga melaksanakan salah satu tuntutan Allah terhadap seorang bapa...

Disember 1993...abah menghantar aku ke SMAP Labu...berpisah dari keluarga, 5 tahun di perantauan, belajar mengurus diri dan pelajaran...sekali-sekala pulang ke kampung waktu cuti...guru-guru jadi tempat bermanja, mencurah kasih, berkongsi masalah...sekali-sekala bertelefon minta pandangan abah bagi 2-3 perkara...masih sportive seperti di sekolah rendah...represented the school in tennis tournament and etc... sehingga kini, setiapkali hari guru, pasti kenangan-kenangan ini melintasi ruang fikirku...abah, guru pertamaku....



Sempena Hari Guru, esok...izinkan aku melafazkan penghargaan kepada abah, juga guru-guruku yang berjiwa pendidik...tidak dilupakan, coach dan instructor di gelanggang tennis mahupun di pool...semoga rahmat Allah merahmati kalian setiap masa...Amin...

Tanpa mereka, tak mungkin aku di sini...dan kini, semangat mereka itu, aku warisi sebagai sumber kekuatan untuk aku pula memikul amanah mendidik anak bangsa, pewaris perjuangan dakwah...sandaranku hanya redha Allah...

Buat mereka yang bergelar guru, aku persembahkan sajak ini...nukilan arwah guruku juga...Sasterawan Negara Usman Awang...

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Abah and my younger sister...dah besar panjang pun abah masih lagi manjakan kami...anak-anaknya..


Abah with Atiqah, my youngest sister and Amirul our close cousin...