Wednesday, October 29, 2008

Selamat Hari Lahir, Sayangku....

Detik 7.46 petang, 29 Oktober 2006 (bersamaan 6 Syawal)...mujahidah kedua ummi selamat dilahirkan di Hospital Tengku Fauziah, Kangar. Mujahidah kedua ini diberi nama Wan Hadhinatul Ijlal oleh abi yang membawa makna yang cukup besar 'Pendidik yang Terhormat'...semoga dewasamu kelak memikul panji2 dakwah untuk terus mendidik dan mentarbiah ummah...

Hari ini genap usia Ijlal 2 tahun...bakal menerima kehadiran seorang adik dalam tempoh sebulan dari sekarang...Selamat Hari Lahir yang kedua, duhai permata hati ummi...I luv u with whole of my heart...



Ijlal ketika berusia sebulan...dah pandai bergurau


Ijlal ketika berusia 7 bulan...


1 year old Ijlal...


1 year old Ijlal with big sister...'tatak Iton'...


The latest pose of my baby on the first Hari Raya...


Ummi & little princess...

Tuesday, October 28, 2008

Jaulah Aidilfitri Usrah Cikgu Arash...

Seperti yang dijanjikan, post kali ini akan berkongsi catatan Jaulah Aidilfitri usrah cikgu yang telah diadakan pada 18 Oktober 2008 yang lalu...semoga ukhwwah fillah yang terjalin akan terus mekar sehingga ke akhirat...terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah menyertai dan telah menjayakan Jaulah Aidilfitri ini...sayangnya 3 orang ahli usrah tak dapat join disebabkan urusan keluarga masing2..takpe, ada rezeki kita berjaulah lagi pada tahun hadapan...

Jaulah kali ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.(Desinasi pertama ialah rumah Ili di Keramat....destinasi kedua rumah Syahirah di Setiawangsa, kemudian, rumah Syahida (ex-usrah member, Syahida dah bertukar sekolah tetapi ukhuwwah masih kekal), rumah keempat ialah rumah Mak Tok Itqan. Sepatutnya gi rumah ummi Itqan, tapi jauh sangat ke rawang...lain kalilah datang Rawang ek?? Raya Haji nanti, K?..Rumah seterusnya, rumah Nabila di Taman Bolton dan last sekali, rumah Azlina di Greenwood...puas betul berjalan time tu...sambil-sambil menjamu selera..best! best!



Gambar ni diambil sebelum bertolak ke rumah Ili. Innova kat belakang tu kepunyaan ayah Lina, En. Azizi yang kami gunakan sepanjang jaulah. Siapa drivernye? Hai...siapa lagi kalau bukan cikgu! Cikgu ni nampak je kecil tau..Bukan satakat Innova, Storm pun cikgu pernah bawak..rasanya lepas ni nak kena beli MPV satu, senang nak angkut anak2 usrah gi program sana-sini...


Gambar ni diambil di rumah Lina oleh Itqan...Itqan baru2 nak belajar ambil gambar guna digital camera dengan Kak Lina.


Juadah yang dihidangkan di rumah Ili...sedap bangat!



Bergambar di rumah Ili bersama-sama bonda Ili yang lemah lembut dan baik hati...Ijlal telah meninggalkan 'kenangan' yang indah di rumah ni...kata orang tua-tua...'serasi' hehehe...


Kakak-kakak yang ceria di sisi Itqan. Dari kiri, Ili, Nabila dan Asma'.

Destinasi kedua ialah rumah Syahirah...


Syahirah and her sweet mother...


Gambar-gambar lain di rumah Syahirah..


Buah atas meja tu bukan 'real' tau!


Berlakon makan-makan buah...


Berehat-rehat sambil menanti juadah sebelum dihambat ke dapur oleh Cikgu Arash...anak-anak dara woit, gi tolong emak Syahirah kat dapur tu! Baik, cikgu...hehehe



Ikan-ikan yang menarik perhatian Itqan & Ijlal...kat rumah Syahida


Lagi gambar ikan..


Ijlal tengah bagi ikan makan.


Bergambar ramai-ramai..Ijlal dah ngamuk2 waktu ni sebab mengantuk. Ummi bawa tido dalam Innova..


Borak-borak..


Lagi gambar di rumah Syahida..


Bergambar beramai-ramai di rumah Mak Tok Itqan di Taman Bukit Sentosa.


Kak Syahirah yang loving..hehe..boy yang dok kat tengah tu, Kamil namanya..sepupu kesayangan Itqan & Ijlal...


Cheese cake dari Secret Recipe...sorry, cikgu tak sempat masak...almaklumlah kena jadi driver kat 7 orang anak2 dara...


Gambar-gambar semasa dalam kereta...macam2 aksi si Itqan & Ijlal...syok bermanja dengan kakak yang baik hati dan rajin melayan...


Syahirah & Ijlal


Itqan becok bersembang dengan Kak Ili...macam orang tua jek!


Itqan yang bahagia...


Terlena di pangkuan...


Syahirah kusyuk menyuap kek...di rumah Lina


Di sebelah Syahirah, emak Lina yang banyak memberi sokongan pada program-program sekolah..


Makan, jangan tak makan!




Gambar di rumah Nabilah tak dapat dimasukkan di sini sebab takde pada cikgu...so, sape yang ada gambar masa di rumah Nabilah, silalah hantar kat cikgu..boleh cikgu masukkan sekali...

Sekian saje perkongsian kali ini...semoga terhibur..

Monday, October 20, 2008

USRAH Cikgu Arash yang Best!!!

Setiap tahun menyahut tugasan membawa usrah..setiap tahun juga melalui pengalaman yang berbeza-beza..antara usrah remaja dan pelajar IPT memang jauh berbeza...masa buat degree di USM dulu, berpeluang membawa 3 usrah setahun (2 usrah pelajar IPT, 1 usrah remaja)begitu juga ketika menyambung Master di UIA...masih juga membawa usrah pelajar IPT.... Tidak dinafikan medan usrah inilah tempat aku mengecas iman...rasa hidup, rasa energetic setiapkali mengadap wajah anak2 usrah yang sentiasa eager nak tahu benda baru...tambah2 kalau bawa usrah adik2 remaja mesti sentiasa kreatif dan inovatif...usrah pelajar IPT pula agak serius tapi fun tetap ada...dan yang nyata, doa anak2 usrah yang tulus dan ikhlas inilah yang sentiasa mengiringi setiap langkahku dalam hidup...andai ada ujian menerpa, mereka inilah sumber kekuatan untuk aku terus berdiri...aku harus kuat supaya mereka juga kuat...segala-galanya dikongsi bersama...hatta sampai ke isu membina baitul-muslim pun dibincang bersama dalam usrah..

tahun 2008, kena bawa usrah f4...some of them are my own students from Bio class...and most of them were in my class last year when they were in form 3...jadi dah kenal sangat...masa sesi terakhir usrah setiap orang berkongsi pendapat sepanjang setahun berusrah dengan Cikgu Arash...ramai yang kata, first impression, macam takut...yelah sape tak kenal dengan Cikgu Arash yang strict when it come to study business...tak kenal maka tak cinta...setelah setahun, barulah tahu...siapa sebenarnya Cikgu Arash ni kan? hehe....

Ramadhan tahun lepas, antara flagship project usrah ialah Da'wah Bilhal...medan dakwah yang dipilih ialah Bazaar Ramadhan..ini kerana kami dapati ramai peniaga di Bazaar yang culas ketika masuk waktu solat...keghairahan memburu kemewahan menyebabkan mereka kerugian selama sebulan penuh Ramadhan...yang hairannya, bila azan maghrib mereka tidak lupa berbuka puasa, tetapi tidakpun menuju ke tempat solat..tidakkah mereka tahu semua amalan adalah sia-sia jika solat tidak ditunaikan? KAlau di negeri tadbiran ulama' (pengalaman belajar di Kelantan selama 4 tahun di USM Kampus Kesihatan), seingat aku gerai-gerai wajib berhenti operasi setiap kali masuk waktu solat. 15 minit sebelum azan akan ada petugas yang meronda untuk mengingatkan para peniaga supaya bersiap-sedia menunaikan solat...tiada sebarang urusan jual-beli yang dibenarkan..petugas-petugas atau squad amal ini sangat tegas..oghe klate kato 'bekeng'. Bukan sahaja peniaga yang diberi peringatan malah pembeli juga turut dilarang membeli-belah ketika masuk waktu...berlainan benar dengan suasana di negeri-negeri lain...

Atas dasar itu, kami melancarkan operasi memberi kesedaran tentang kepentingan solat terhadap peniaga2 di Bazaar Ramadhan ini...untuk mengambil hati mereka, kami turut menghadiahkan bungkusan kurma berserta risalah kepentingan solat...

Tugasan dakwah ini bukan sekadar mengedar risalah tetapi, ahli-ahli usrah perlu mendapatkan sedikit gambaran tentang keprihatinan waktu solat dalam kalangan peniaga di bazaar. Ada borang soal-selidik yang perlu diisi..antara soalan yang perlu ditanya, "Mak Cik/ Pak Cik tahu di mana tempat solat terdekat di sini?"...kalau tak tahu di mana Makcik/ Pakcik/Abg/ Kakak bersolat bila masuk waktu? (Teorinya mudah, kalau tahu di mana tempat solat sudah tentu dia dah terbiasa mengunjungi tempat tu setiapkali masuk waktu solat. Kalau tempat solat pun tak tahu kat mana, agak2 kat mana diorg solat ek?..sendiri mau ingat la!)Selepas tu, barulah mereka hadiahkan risalah peringatan dan bungkusan kurma untuk berbuka kepada peniaga terbabit...nampak simple tapi tak mudah...

Here I share some of the captured moments of the project...


Tengah tunggu LRT untuk ke Bazaar Ramadhan Wangsa Maju...4 orang lagi anak2 usrah tak dapat join sebab ada hal yang tak dapat dielakkan...


Inilah medan dakwah kami...Bazaar Ramadhan Wangsa Maju. Ingat...smile sokmo...jangan rasa takut2...semua orang berhak menerima peringatan ini...bersedia dengan sebarang kemungkinan...chaiyyok!



Setelah habis peniaga di bazaar Ramadhan kami kunjungi, pengunjung Jaya Jusco pula menjadi sasaran...


Di food court JJ


Masih di food court, JJ


Tengok, habis kurma ana! Agaknye tu yang dikata Hajar


Barisan Daie yang tabah! Dari kiri, Ili, Hajar, Nabilah dan Azah


Tempat iftar yang vogue...jangan risau, cikgu belanja!


Menu iftar...jangan salah sangka, karipap dengan vadey tu bukan menu baru Shakeys...tapi dibeli dari bazaar Ramadhan...


Lagi menu iftar...makanlah puas2 ek...


Chicken soup


Berehat, sambil bertukar-tukar citer pengalaman dakwah di bazaar..



Dalam LRT dari Wangsa MAju ke Terminal Putra. Alhamdulillah dah selesai iftar dan solat Maghrib di surau JJ. Rasa muda pulak bila bergambar dengan anak2 remaja ni...orang tak perasan pun my bump! hohoho...I was nearly 8 months pregnant by that time...

Projek dakwah seterusnya...dakwah untuk non-Muslims...target, tourists around National Mosque...ala yang selalu singgah amik2 gambar tu...be prepared, k? polish up your English skill!

Sekian...nantikan kisah Jaulah Usrah sempena raya...Lina, cepat e-mail gmbar ek?..

Monday, October 13, 2008

Bon Voyage Mak Uda a.k.a Fathiyyah...

By the time this entry was published, pasti Mak Uda dah pon sampai Cairo...kejap sangat rasanya 3 bulan Mak Uda di Malaysia...sampai tak sempat pun nak spent a nite kat umah Itqan...

Itqan and Ijlal happy sangat bila Mak Uda ada...sebab Mak Uda rajin melayan...nanti tahun depan bila Mak Uda balik lagi sekali Ijlal dah jadi kakak...kitorang dah dapat adik baru..haritu Itqan ada dengar abi bincang2 nama untuk adik baru...abi kata Ihya', ummi pulak nak nama Ijmal, tapi abi kata dekat sangat dengan nama Ijlal, kalau Ikmal sedap jugak, kata Ummi...tapi macam nama Alumni sekolah ummi dulu kat SMAP Labu...camne pulak kalau Amjad...masih huruf alif di depan..tapi abi kata mesti huruf I jugak macam nama Itqan dan Ijlal...Itqan dengan Ijlal tak kesah pon...apa pun nama adik baru mesti Itqan ngan Ijlal panggil 'baby' takpun adik baby...Ijlal mesti jadi Kak Adik cam abi dulu Abang Dik...

Bila Abi and Ummi bawa Itqan and adik gi airport, Itqan happy jer..boleh main dekat playground puas-puas...Bila Abi kata, "Itqan, cepat...nak gi hantar mak uda naik kapal terbang dah ni." Itqan buat dek je...Itqan main puas-puas...Itqan kejar adik, adik kejar Itqan...tapi, bila abi terus dukung adik dan jalan laju-laju ke depan, Itqan pun terpaksa terkejar-kejar ngikut abi...ummi dah tak larat nak dukung Itqan..Ummi kata sakit perut...agaknya adik baby tak reti dok diam dalam perut Ummi..

Akhirnya Mak Uda pun masuk ke departure hall...sebelum tu Mak Uda sempat panic sebab mislocated passport...kesian Mak Uda macam nak menangis...Itqan sempat tengok muka tok ayah macam nak marah...hohoho...nasib baik jumpa akhirnya dalam beg plastik electric kettle..lega...

Selamat jalan Mak Uda...babai Mak Uda...Itqan ngan adik sempat lambai-lambai Mak Uda...Mak Uda kena belajar rajin2...cepat2 balik sebagai doktor n cepat2 buleh kawen...hohoho...

Luv u mak uda...take care...kami doakan Mak Uda sentiasa dalam lindungan Ilahi..

Loving Mak Uda and Ijlal

Friday, October 10, 2008

Kena tag lagi...


Al-kisah, si karim telah menge'tag' qistina, jadi Qistina pun menge'tag' cikgu...utk tidak menghampakan taggers yang loyal, cikgu display tag syawal ni..the fortunate 5 persons to be tagged by me are...don't forget to display the above image in your blog, k?

Ammar Sahrim (my ex-student)
ili syuhada (my anak usrah)
khalilah al-huda(anak didik debat yang hebat!)
Dianah KB (s/u science clan yang rajin)
last but not least:
Nabilah(also my anak usrah)